Pages

Tuesday, November 25, 2008

Catatan Kemaskini

Diam tak diam kita telah pun berada dalam bulan-bulan terakhir tahun 2008. Sepanjang bulan November ini pelbagai peristiwa telah terjadi. Catatan di bawah sekadar catatan  peribadi saya. Jangan baca jika rasa tak perlu dibaca. Apa-apa pun ini catatan ini dari sudut pandangan saya dan sekadar makluman mengenai diri saya untuk dikongsi. Tidak lebih dari itu.


Kemaskini Status
Sekadar berkongsi. Status saya telah pun berubah. Saya telah pun menjadi tunangan orang. Maaf saya cuma dapat maklumkan melalui blog sahaja. Untuk makluman rakan-rakan semua, tunangan saya adalah orang senegeri juga. Cuma beza jarak 2.414016 km sahaja dari rumah saya. Jika disemak susur galur salasilah keluarga, kami ada pertalian saudara pula. Oh.. ya bukan berdasarkan aturan ibu bapa ya. Itu sahaja kemaskini status saya buat masa ini. Doakan jodoh kami berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir usia. Ahakss... Jika ada pertanyaan lanjut boleh YM atau private mail on me.

Kemaskini Keputusan
Seperti telah diduga. Target 4 flat saya menjadi kepulan kabus di tengah hari. Sirna dipanah terik matahari. (ayat metafora habis). Keputusan semester 3 dah pun keluar hari ini. Semester ini keputusan jatuh lagi. Walaupun CGPA masih lagi di atas pointer yang agak selesa namun jika jatuh berterusan pasti CGPA akan tertarik ke bawah juga. Dalam kesedihan saya tetap bersyukur juga. Saya memang sedar usaha masih lagi berkurang. Target semester ini pasti akan dibawa ke semester depan. Mampukah...?? Yakin boleh bro...

Kemaskini Cuti
Cuti masih ada 1 bulan 7 hari. Final projek mesti diselesaikan awal supaya tidak menganggu perancangan seterusnya. Boleh kah?? Yakin boleh Bro....

Kemaskini Aktivit
i
Sedari 2 minggu lepas sehingga awal Disember, saya harus pulang ke kampung halaman. Maaf bukan disebabkan kampung tunangan saya di sini tapi banyak aktiviti perlu di selesaikan. Tunang saya di Selangor okey.. Ishhkk sedih tak dapat jumpa hujung-hujung minggu. He..he.. 2 Minggu lepas dah balik, Minggu lepas balik, minggu ni perlu juga balik kerana adik ipar abang saya di Jasin berkahwin dan awal bulan Disember kena balik juga menyambut Hari raya Aidil Adha.

Itu sahaja catatan kemaskini saya buat kali ini. Jumpa lagi nanti.


0 comments: