Pages

Wednesday, December 3, 2008

Jalan-jalan Ke Ipoh

Isnin lepas saya ke Ipoh. Ada urusan yang perlu dihadiri. Atau saya lebih suka jika objektif ke Ipoh ini dikategorikan sebagai sesi orentasi. Yelah bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tak biasa maka tak tahu. Opss.. Apa yang direpekkan ini.

Semalaman saya di Ipoh, saya telah menginap di The Majestic Station Hotel Ipoh. Sebenarnya inilah main point entri saya kali ini. Hotel Majestic ini antara hotel yang dikategorikan sebagai hotel budget. Kira berpadananlah kalau nak lepak kat sini dalam semalam dua dan jika ada urusan segera yang berdekatan dengan hotel tersebut.

The Majestic Station Hotel Ipoh ini telah dibina pada tahun 1917 dan ia lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Taj Mahal Ipoh.

Terletak di pusat bandar dan berkongsi bangunan dengan Stesen Keretapi Ipoh. The Majestic Station Hotel Ipoh dibina berdasarkan senibina Moorish and Victorian. Oh..ya hotel ini pernah menjadi lokasi filem Anna and the King yang telah dibintangi oleh Jodie Foster.
   
The Majestic Station Hotel Ipoh ini juga berdekatan dengan pejabat bangunan kerajaan utama di sekitar bandar Ipoh. Di seberang hotel ini ialah Dewan Bandaraya (City Hall) yang besar, putih dan berstruktur neo-klasikal. Selain itu hotel ini agak berdekatan dengan Mahkamah Tinggi dan juga Mahkamah Seksyen/ Mahkamah Majistret.

Okeylah. Inilah sahaja info yang ingin dikongsi. Saya pulang ke rumah pada keesokkan harinya. Dan malam harinya saya demam.

2 comments:

Anonymous said...

Brapa RM 1 mlm.......Cuba bg exact figure....

mH

Han Abr said...

Untuk deluxe ( 2 single bed) = RM 88/night. For Family ( 1 queen & 2 single bed) = RM 120/night (setelah dapat disc. goverment rate). Tapi dinasihatkan kalau nak gi bersuka ria dgn famili, hotel nie kurang sikitlah accommodation dia.