Assalamualaikum dan ni hao ma,
Diam tak diam dah masuk 3 minggu berada di sini. Sambutan raya tidak diraikan sebab tidak ramai muslim di kawasan sini. Cuma ucap Eid Mubarak dengan rakan-rakan muslim satu kursus dan beberapa kenalan di sini.
Kursus pun dah menjurus kepada terlalu teknikal pening juga kepala dibuatnya. Kekadang sempat lelap mata seketika kadang kala lelap terus. Bersama-sama ini disertakan sajak yang sempat direka semasa pening mendengar lecture. Bukan apa nak elak dari mata terlelap terus.
Akhir kata, kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, Insyallah kita berjumpa lagi.
Nanjing 2008Cuaca di Nanjing berubah lagi

Semalam panas kini sejuk dingin
Esok cuaca belum lagi pasti
Apa yang pasti aku masih di sini.
Hari ini tanggal 7 Oktober 2008
Genaplah sudah 24 hari aku di sini
Menunaikan impian mencari ilmu duniawi
Tinggalkan keluarga, anak dan isteri
Aidilfitri tahun ini dibiar berlalu pergi
Tanpa sambutan tidak dirai
Kadangkala syahdu diselubungi rindu
Tetapi semangat kekal untuk berubah
Kerana untuk mara perlu berilmu
Tanpa ilmu apakah maknanya
Tergapai-gapai ditakuk lama.
Nanjing terkenal bandar bersejarah
Ibu kota enam dinasti lama
Melihat masyarakatnya gigih bekerja
Mengajar dan mendidik diri
Untuk mengsyukuri kehidupan yang dianugerahi Ilahi
Sesungguhnya hidup di negara tercinta lebih indah
Bak kata pepatah hujan emas di negeri orang
Hujan batu di negeri sendiri
Kerana emas mungkin tiruan yang berkilauan
Batu tidak mustahil kan menjadi permata yang bergemerlapan.
Kampus NUIST kembali meriah
Pelajar sudah kembali belajar
Terasa asing di tempat orang
Seperti kata pepatah lama
Lain padang lain belalang
Lain orang lain ragamnya
Semua itu tidak dihiraukan
Berlainan bangsa dan bahasa
Apa yang pasti kita semua
Manusia di alam yang fana ini
Apa yang pasti …….
Aku masih di Nanjing lagi.
Nukilan rasa: Ramlan
NUIST, Nanjing
Salam dari Nanjing.
0 comments:
Post a Comment