Pages

Tuesday, October 14, 2008

Catatan di Pertengahan Syawal & Oktober


Hari ini 14 Oktober 2008 bersamaan 10 Syawal 1429H. Kali ini entri saya dihantar melalui komputer dan rangkaian di pejabat lama. Setengah minggu ini saya menjadi pemandu menghantar Kakak ipar (Ke Hotel Residen, UNITEN) dan anak buah saya (ke Sekolah di Putrajaya). Hari ini selepas menghantar kak ipar saya, saya ke pejabat lama. Konon nak buat kejutan dengan kawan-kawan lama tetapi saya pula yang terkejut. Semua tak ada. Ada yang pergi PBD, ada yang pergi PJ, Subang dan sebagainya. Akhirnya tinggalah 3-4 orang sahaja yang saya kenal. Yang lain banyak pegawai-pegawai dan kakitangan baru.

Pengajian saya macam biasa. Berbaki satu lagi projek yang perlu dipersembahkan pada Jumaat ini dan satu lagi tugasan yang perlu dihantar pada hujung bulan ini. Tugasan kupasan jurnal telah selamat dipersembahkan pada sabtu yang lepas. Mujur 2 orang dalam satu kumpulan. Siapa lagi patner saya jika bukan Shimi. Diberi masa 10 minit. Saya dan Shimi ber'present' macam mesigan Ramboo pula mengejar masa. Bercerita pasal projek pula, perjalanannya agak 'dry'. Susahlah nak dapat ahli team macam mH dan Kak Rossey. Saya dan Shimi jer yang agak beria-ria dan risau. Yang sorang lagi okeylah ada juga berbalas mail dan sorang lagi 'akak' agak menyakitkan jiwa. Kami ini yang entah kononnya nak mencari pengalaman mempelbagaikan peringkat usia/ jawatan dalam kaedah berkomunikasi berkumpulan. Akan tetapi hasilnya menjerut hati dan perasaan pula. Untuk memadamkan api kemarahan dan penipisan lapisan kesabaran, saya sering memesongkan fikiran ke arah sudut yang positif. Mungkin ada hikmah disebalik ujian dan cabaran yang diberikan tuhan.

Oh.. peperiksaan akhir 'just a round the conner'. Namun debarannya tidaklah terasa seperti mana semester yang lepas-lepas. Tapi fikiran dan hati pula seringkali teringatkan 'event' yang dirancangkan pada bulan November dan Disember. Entah kenapa ye? Pemilihan UMNO kah? Pembentukkan 'kerajaan baru' kah ? atau... ahaksss...