Pages

Sunday, October 5, 2008

Catatan Pertama Di Bulan Syawal


"Entri kali ini macam cerpen peribadi lah pulak. Sori ekkk.. malas dah saya nak edit. Kalau rajin baca. Kalau tak abaikan."



Hari ini hari Ahad, 5 Oktober 2008 dalam kalender Masihi. Ini juga bermakna sudah 5 hari kita menginjak di dalam bulan Syawal. Sekejap benar masa berlalu. Bagi saya aktiviti atau proses yang dilalui sepanjang 5 hari pertama Syawal tahun ini adalah sama seperti tahun-tahun lepas. Tiada perbezaan. Walaupun sibuk dengan kemeriahan dan jerit sorak kanak-kanak, saya rasa masih lagi dalam dunia saya. Walaupun kadang kala saya akan membuat lawak-lawak bodoh bila berbual-bual dengan ahli keluaraga ataupun melayan karenah anak-anak buah saya yang seramai 13 orang itu saya, perasan meriah itu cuma sementara. Aktiviti kerap yang saya buat ialah masuk bilik. Lepak atas katil dan terkebil-kebil memandang syiling. Entah apa yang ada kat siling itu agaknya. Entah. Mungkin peredaran masa atau penambahan usia yang mempengaruhi keadaan itu berlaku. Namun ada ketikanya sekali sekala SMS yang diterima atau panggilan telefon dapat memberi sedikit kecerian. Kekadang bila senderian di dalam bilik rindu pula bilik saya di rumah abang saya di Nilai pula.


Raya Pertama


Menjadi orang pertama yang terjaga paling awal. Bersyukur sangat masih lagi bernafas untuk menyambut 1 Syawal pada tahun ini. Bersihkan diri dan solat subuh. Perut terasa sakit-sakit. Mungkin akibat terlalu banyak makan rendang, ketupat dan sebagainya ketika kenduri berbuka puasa semalam. Oh. ya.. semalam Kak Long saya masak kuah asam pedas yang best sangat. Bertambah sampai 2 pinggan. Saya makan selepas semua jemaah kenduri telah bersurai. Tahun ini terpaksa menjadi tuan rumah utama sementelah abang lang saya tiada di Malaysia. Mujur Abg Uda saya ada turut sama membantu apa yang patut.


Jam 7 pagi, bapa saudara saya telah pun sampai untuk bermaafan. Itu telah menjadi tradisi sejak saya mengenal apa itu Aidilfitri. Memang beliau sekeluarga adalah orang pertama yang akan hadir. Tapi tahun ini beliau seoarang sahaja. Isteri dan anak-anaknya datang selepas solat Aidilfiri. Jam 8 pagi bertolak ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri. Mujur sampai awal, tiada masalah untuk memakir kereta. Selesai solat, terjumpa Shimi di tepi jalan. Berborak-borak sebentar. Kemudian pergi menziarahi kubur arwah ayah dan juga saudara lain-lain yang telah menemuiNya. Terjumpa Shimi lagi sewaktu hendak pulang dari tanah perkuburan menuju ke kereta. Sempat memperkenalkan emak dengan Shimi. Selama ini cuma bercerita sahaja tentang dia dengan emak, baru kini dapat berjumpa. Jangan tak tahu mH dan juga ASue juga mak saya kenal melalui cerita saya walaupun belum pernah berjumpa.


Kemudiannya berjalan raya di rumah-rumah saudara berdekatan dan pergi menziarahi mak saudara saya di Bukit Bayan. Jam 4 petang pulang ke rumah. Itupun selepas dapat panggilan yang kawan abang saya hendak bertandang. Badan terasa berlenggas dan melekit-lekit. Dari pagi berbaju melayu dan bersampin. Segera menukar T-shirt. Malam tiada aktiviti. Terima lawatan dari keluarga mertua abang saya. Mujurlah tiada soalan cepu mas "Bila lagi nak khawin ?" ataupun komen pedas seperti "Mak aaiiihhhh, makin sihat badan" seperti yang diterima pada tahun-tahun yang lepas.


Raya Kedua


Kak Ngah saya buat makan-makan untuk kawan-kawan husbandnya dan jiran-jirannya di Taman Cheng Ria. Menjadi driver merangkap caterer membawa rendang ayam dari rumah ke rumahnya. Tidak banyak menolong memandangkan Kak Long dan suaminya ada. Lagipun tetamu yang hadir tidak ramai. Cuma memerap di dalam bilik. Tengelam dalam dunia sendiri dalam keriuhan jerit sorak anak-anak buah. Kemudiannya, saya menolong membasuh pingan dan mangkuk. Jam 3 bertolak pulang. Kawan abg.uda saya telah pun sampai. Tidak sempat dia berjumpa abang uda kerana uda telah pun bertolak pulang ke PPinang dari rumah Kak Ngah saya. Malam terima kunjungan sepupu. Terasa sebak di dada bila mengetahui yang salah seorang staf yang saya pernah praktikal di pejabatnya dulu telah meninggal dunia. Terasa terkilan sangat kerana saya pernah berhasrat untuk berjumpa beliau tetapi seringkali menangguhkannya. Sewaktu praktikal beliau amat rapat dengan saya walapun berbeza umur. Beliau boleh dipanggil pak cik tapi saya memanggil beliau abang Leman sahaja. Pernah dulu sewaktu praktikal beliau berkata "Selalunya budak-budak praktikal ni tak kan datang jumpa kita lepas habis praktikal kat sini". Mendengar itu saya telah memasang tekad untuk menziarahi beliau selepas bekerja namun tidak kesampaian hasrat saya ini. Terkilan yang amat. Semoga Roh Arwah Abang Sulaiman dicucuri Rahmat. Al-Fatihah.


Raya Ketiga


Jam 10.38 pagi telah sampai di rumahnya. Berborak-borak dengan abangnya. Sempat bersalaman dengan ayahnya. Serius sungguh. Kali terakhir berbual-bual dengan ayahnya ialah 6 tahun dulu. Itupun kebetulan menghantar kad jemputan perkahwinan abang saya. Tidak cam lagi rupanya. Tiada kesempatan untuk berborak. Jam 12 bertolak pulang. Perasaan tak boleh ditelah. Masuk bilik mengelamun lagi. Kepala terasa berdenyut-denyut. Solat Jumaat seperti biasa bersama anak adik saya yang sekarang di darjah 3. Sejak akhir-akhir ini saya sering mengantuk ketika khubah Jumaat. Mengapa ya? Anak adik saya itu tiada kawan lagi kerana sepupu lelakinya (anak kak long saya) dan dalam darjah 4 itu telah pun balik ke Subang. Kenalah dia berkawan semula dengan saya. Saya berpesan pada dia. Kalau nak tanya soalan tanyalah soalan yang cerdik sedikit. Soalan-solan bodoh Pak Cik tak akan layan. Sewaktu hendak pulang ke rumah selepas solat Jumaat dan selesai menziarahi kubur arwah ayah. Di dalam kereta dia telah memberikan soalan yang saya tak jangka. "Pak Cik, siapa yang cipta wang dan bila ianya dicipta". Hah.. ambil. Tak terjawap..


Raya Keempat


Shimi telefon. Dia akan sampai dalama masa 15 minit. Emm.. rumah Shimi di batu 5 dan saya di batu 6 1/2. Tidaklah jauh sangat pun. Shimi datang seorang. Dia berborak-borak dengan mak. Bercerita tentang salahsilah keluarga. Pandai sungguh Shimi menyusun ayat. Teratur satu persatu. Shimi dan saya sebenarnya saudara. Sesekali saya menyampuk juga. Saya pening. Banyak sangat nama-nama yang timbul sewaktu perbualan. Menambahkan pening, pangkat-pangkat seperti Pak Long, Pak Ngah, Mok Teh, Mok De dsb turut muncul.. Selepas Shimi pulang, kepala terasa sakit dan terasa mengantuk. Selesai solat Zuhur. Saya baring-baring sebentar hingga jam 3. Jengok-jengok di dapur jika ada kerja-kerja yang boleh dibuat. Malam ini akan diadakan jamuan raya sedikit. Adik saya menjemput keluarga mertuanya dan jira-jiran terdekat bertandang. Check hphone. Tiada SMS. Ada missed call dari abangnya. Buat panggilan semula. Adik-beradiknya akan datang bertandang. Kata abangnya ayahnya yang suruh datang. Maklumalah bersaudara. Segera menunaikan solat Asar. Abangnya Faisal turut ada. Lama sungguh tidak berborak-borak dengannya. Terakhir jumpa pun raya tahun lepas di masjid. Faisal sebaya dengan saya dan anaknya sudah pun 3. "Kau bila nak makan nasi minyak?" tanya si Faisal. " Entah, bau nasi minyak pun tak de lagi nie". Tu jelah yang saya boleh jawab.


Selepas magrib tetamu mula hadir. Hidangan tahun ini ialah nasi lemak, mee goreng, roti canai (ditempah) dan makanan ruji kanak-kanak seperti nugget, hot dog dan kentang goreng. Jam 10 mlm tiada lagi tetamu yang hadir. Segera mendapat tugas-tugas hakiki. Basuh pingan mangkuk. Dapat SMS dari sidia. Saya reply pun dah lambat. Tiada respon. Sudah tidur kah atau merajuk?


Raya Kelima


Tersedar awal macam biasa. Malam tadi tidak dapat tidur nyeyak. Sudah banyak tidur siang tadi ataupun terlalu banyak berfikir. Selesai solat Subuh. Terus on-line.


Hari ini saya telah pun berjanji menjadi driver mak untuk ke rumah saudara mara di Sebatu (Air Tawar), Merlimau. Mengikut perancangan bermula jam 10.30am. Pergi bersama mak cik saya dan famili anak lelaki sulongnya. Tidak tahu balik ke rumah jam berapa. Kalau dibuat hitung panjang dari sejarah lawatan dari tahun-tahun lepas, melepasi Isyak baru sampai di rumah. Nasiblah badan. Harus berhenti dahulu untuk bersiap-siap.

0 comments: