Sekejap benar kita telah melangkah ke pertengahan bulan Ramadhan. Solah witir usai solat tarawih di surau ataupun di masjid telah pun ada bacaan doa Qunut di rakaat terakhirnya. Setelah dewasa ini terasa cepat betul pergerakkan masa. Tempoh pengajian semester ini telah pun melangkau ke minggu ke 11. Cuma tinggal 3 minggu lagi sebelum semester ini ditamatkan. Tugasan pelajaran pun terasa bertambah-tambah pula. Semakin cepat masa berjalan semakin cepatlah merasa usia semakin bertambah. Heemmm.. Harap-harap beberapa azam saya sewaktu mula cuti belajar ini dapat ditunaikan.
Semalam saya menghantar abang saya ke KLIA. Beliau akan ke mengikuti Kursus Radar and Satelite Meteorology selama 6 minggu di Nanjing University of Science & Tech, China. Terpaksalah beliau beraya di perantauan. Tentu satu pengalaman yang bernilai beraya di perantauan tanpa anak, isteri dan keluarga di perantauan. Ha..ha.. mesti berendam air mata di sana. Sesekali saya mengusik dia sebelum berangkat ke KLIA. Dia cuma tersengggih sahaja. He..he.. saya yang kadang kala pulang ke kampung terkenang-kenang juga si kecil Aslan yang mula nak bercakap-cakap tu dan juga dengan lambaian jari-jari kecilnya di balik grill pintu sewaktu saya hendak ke kelas. Inikan pula lagi papanya yang sering kali jadi pendodoi waktu tidurnya itu. Mesti saban hari kerkenang akan puteri dan puteranya.
Alamak harus berhenti segera. Aslan sedang bermain talcum dashing saya ini. Wah..minyak wangi pula nie. Maaf terpaksa berhenti di sini.
1 comments:
uuu..talcum dashing..patut la harum tuuutt malam..heheheh-ANONYMOUS 1
Post a Comment