Pages

Tuesday, September 16, 2008

Warkah Dari Nanjing, China ( I )

Kali ini kita ada penulis undangan untuk segment Catatan Perjalanan di blog saya ini. Posting ini saya terima semalam. Harapnya kita dapat berkongi pengalaman di bumi Nanjing, China dari kacamata seorang Meteorologist.


Syukur akhirnya selamat sampai ke Nanjing selepas menempuh perjalanan yang memenatkan kerana terlebih duduk. Pengalaman berjalan di negara orang akan menginsafkan bahawa kita mempunyai banyak kelebihan malahan berlebih-lebihan.



Penerbangan semalam dari KLIA ke Hong Kong mengambil masa 3 jam 45 minit. Perjalanan yang memang selesa sambil boleh menonton movie namun hanya dapat menghidu bau makanan sahaja (sebab puasa). Apabila tiba di HK, lapangan terbangnya amatlah besar dan pesawat perlu mencari tempat landing agak lama juga. Di HK ini kami kena transit sehingga jam 5.55 petang. Banyak masa untuk meronda airport HK tetapi tidak beli apa pun sebab harga barang-barangnyanya mahal dari harga di Malaysia.



Kami check in awal kira-kira jam 3.30 petang kerana pemeriksaan keselamatan adalah ketat dan perlu berbaris panjang.Kami diperiksa dua kali tetapi yang untung kalau Malaysia citizen ni selalunya tidak dipandang serong. Flight dari Hong Kong ke Nanjing dengan pesawat China Southern Airlines mengambil masa 2 jam 10 minit. Sempatlah kami berbuka dalam flight mengikut masa berbuka di China. Lebih kurang sama dengan waktu berbuka di Sabah. Menu berbuka adalah mee goreng dengan ikan (sedap juga). Ini kerana nasi dan lauknya tak halal taayibaa.



Kami mendarat Nanjing lebih kurang jam 8.10 malam, WMO RTC ada menghantar wakil untuk menjemput kami. Kalau tidak sukar juga hendak mencari teksi disebabkan masalah bahasa. Sampai universiti tempat berkursus lebih kurang jam 10.00malam. Selepas selesai urusan check in di hostel yang lengkap juga (macam hotel) sempat jugak buat mee segera udang Ho Lio dan Oligo. Lepas makan terus tertidur ZZZZZZZZ sehingga ke jam 3.50pagi. Bangun sekejap untuk sahur air Oligo yang berbaki semalam dengan biskut Almound London yang dibawa bekal. Lepas tu tidur semula ZZZZZZZZZZZ. Rasanya badan masih letih lagi. Jam 7.30pagi puteri ku, Nina dah call complain kenapa tak jawap phone call dan papa duduk China berapa lama?



Jam 8.30pagi dah menapak kat dalam kampus pergi kelas.. Rasa macam hendak beli basikal. Berjalan 4 km baru sampai kelas. Kelas tak mula lagi. Katanya jam 10.30 pagi. Basikal di sini adalah kenderaan utama di dalam kampus. Masa belajar kat UM dan UUM dulu tak ada student yang naik basikal termasuk penulis (ha ha ha). Berhenti sehingga di sini dahulu.


Salam dari

Nanjing, China

3 comments:

Anonymous said...

blog dlm blog huh?.. best idea nih

Han Abr said...

saperlah... anonymous nie ekkk

Anonymous said...

eh..boleh pulak ade segment penulis undangan..sonok nie..ckp kt penulis undangan tuh..nak kem cadar leh..-ANONYMOUS 2