Pages

Saturday, August 23, 2008

Jalan-jalan di Atas Angin (Genting Highlands)

Kunjungan saya ke Genting Highland ini adalah idea yang datang secara spontan. Sebenarnya saya sedang survey untuk ke sana pada hujung tahun ini dengan membawa anak-anak saudara saya ke sana. Sedang berborak-borak tentang Genting Highlands ini bersama rakan rapat sekuliah saya iaitu saudara Hashimi. Beliau telah memberi cadangan untuk ke sana. Dan hasilnya pada 11 -12 Ogos 2008, tertunailah  percutian saya ke Genting Highland. Oh.. terima kasih kepada beliau yang telah menempah hotel dan juga membeli tiket pengangkutan dan juga tiket masuk ke Taman Tema tersebut. Pada tahun ini hotel-hotel di GH sedang membuat promosi harga (Pakej RM 38, 58 dan RM 78). Tiket pengangkutan dan Taman Tema cuma berharga RM 42.00.
 

Sedikit informasi tentang Genting Highlands.
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting 2000m di atas paras laut 3°24′6.51″U, 101°46′2.62″T) ialah puncak gunung yang terletak dalam Banjaran Titiwangsa di Semenanjung Malaysia dan merentasi sempadan negeri Pahang and Selangor. Perjalanan ke Genting Highlands mengambil masa kira-kira sejam dengan menaiki bas dari KL Sentral dan juga kereta kabel mengambil masa 15-20 minit.


Luckily, tak ramai orang pun. Sampai je terus dapat naik kereta kabel. Sampai di puncak genting kami pergi ke hotel. Check-in cuma boleh dibuat jam  12.00 tgh hari. So kami meletakkan bagasi kami di bell boy conner. Oh, ya di sini kami  menginap  di Theme Hotel. Lobi hotelnya betul-betul berdekatan dengan  pintu masuk utama Taman Tema Luar. 

Setelah menukarkan kupon dengan gelang masuk ke taman, kami  terus memilih untuk menaiki  rides yang dipanggil Spinner. Konon-kononnya untuk memanaskan badan dulu tapi perrrghhh... silap..baru-baru masuk dah naik rides yang mencabar. Alah-alah pening lalat pula kami selepas itu. Kemudiannya kami menaiki Tea Cup. He..he.. sebenarnya rides ini sesuai untuk bawa anak-anak jer. Tapi kami sebat jelah. Tiket dah pun bayar kan. Nasib baik muat. Tea cup nie macam cawan yang berpusing-pusing tu. Okeylah..orang pun masih tak ramai. Kemudian kami naik Astro fighter. Nie pun untuk ibu bapa yang bawa anak-anak jer.. Kami naik satu fighter sorang. Tak mencabar. Ha..ha..

Kemudian kami  ke Pirate Train  conner. Yang ini pun kami naik sorang satu train, memandangkan takut sempit pulak nanti. Ini pada mulanya saya sangkakan kononnya agak mencabar. Ialah kita akan masuk ke dalam terowong lepas tu di kejutkan dengan patung-patung lanun yang menyergah di kiri dan kanan. Memang saya terkejut pun bila keluar. Kenapa? Sebab tah apa-apa tah kezutan yang dibuat. Tiada elemen ketakutan yang disampaikan. Emmmm.. layan jelah..

Hah.. ini memang betul kezutan yang mencabar kewibaan. Kami ke terminal Fyling Coaster. Hahhh.. rakan saya panggil rides ini ialah spiderman. Tapi disini kena bayar RM10.00. Tak tahu kenapa.Orang pun tak ramai. Di rides ini kita dikendaki berbaring dalam sangkar yang disediakan. Bagi satu kali perjalan terdapat 4 sangkar yang berjalan serentak. Di sebelah saya ada seorang awek arab. Stand Alone je dia. Ha..heeeiii.. gerun jugak nie bila bermula. Tungang terbalik kita dibuatnya. Mati-mati saya ingatkan tiada penahan di belakang sewaktu rides ini terbalik ke belakang. Risau jugak. Lepas dah nak keluar dari situ baru perasan rupa-rupanya baru ada sangkar penahan. Cis, sia-sia jelah saya risau tadi.

Kemudian nak memulihan semula  aliran darah, kami pergi menaiki Antique car. Kira macam naik kereta antik nie. Rakan menjadi driver. Kereta ini bergerak mengikut laluan yang disediakan. Kemudian kami menaiki Pirate Ship. Terasa sikit seram-seram. Tapi tak lah sangat.

Kemudianya kami ke jeng..jeng... rides yang bagi saya paling mencabar sekali. Space Shoot nama dia. Ramai juga orang yang sedang beratur. Semakin dekat terasa semakin seram bila terdengar jeritan orang yang sedang naik rides ini. Space Shot ini ialah rapid vertical ascent and descent amusement ride. Ia mengangkat 12 orang pada suatu masa ke udara dengan providing an exciting G-force on the way up and a feeling of heightlessness on the way down. Seram beb!! Sewaktu menjunam turun ni, macam rasa saya tercabut dari tempat duduk nie. Dah le ketika itu kabus agak tebal. Tak nampak langsung daratan nie... Seram yang amat. Setelah selesai terasa sakit di bahagian tut..tut.. sekejap, bukan saya sahaja tetapi rakan juga..Ha... ha... tak boleh naik selalu. Menganggu sistem reproduksi nanti.

Kemudiannya kami ke hotel semula untuk proses Check-in. Luckily dapat hotel yang hampir dengan lobi. Cuma perlu turun ke aras 5. Lobi di aras 6.

Setelah selesai lepak-lepak dan solat. Pukul 2 kami kembali ke taman tema. Rides yang pertama kami pergi ialah Crazy Space Lab. Apa itu? Nak tahu.. Jawapan dia ialah hampeh. Terasa teruja betul bila nak masuk. Ialah rasa macam filem sains fiksyen. Sempat juga sekumpulan muda-mudi Arab yang bertanya what exactly that games. We also don't have any idea. Nak tahu apa dia ? Crazy Space Lab ini ialah kira macam satu bilik. Ada kerusi macam kat panggung wayang tu. Kira ada 3 baris kerusi yang bertentangan. Di tengah ada model mahluk asing dan juga tabung uji dsb. Lepas tu kan. Dinding kat belakang kita akan berputar dan kemudianya adalah lampu-lampu disco yang memancar-mancar. Ada sikit sound efek and after that finish. Hampeh kan.... Ingat sains fiksyen sangat le tu...

Kemudianya kami menaiki games yang mencabar lagi kali nie. Nama rides ni Corkscrew. Ini macam roller coaster. Tonggeng terbalik kami dibuatnya. Malangnya jangka hayat menaikinya amat sekejap. Kalau beratur panjang masa nak naik tu memang tak berbaloi. Tapi okeylah, boleh dikategorikan sebagai ganaslah jugak.

Kemudian kami ke Dinosaour Land. Apa yang menarik? Ada beberapa replika disnosaur yang diletakkan di atas bukit. Atas titian gantung dan boat yang kita boleh naik mengeliling dinosaur land tersebut. Kami tak pun naik boat tersebut. Ramai manusia sedang menunggu. Boat-boatnya lansung tak nampak. Dah kena makan dinosaur agaknya. Kami cuma snap-snap gambar dari atas bukit tu. Cantik juga permandangan kota genting dari situ.

Last rides yang kami naik di taman luar ini ialah Matahari. Kira ianya eyes of Malaysia macam kat tasik titiwangsa tu. Dari rides ini kita boleh melihat pengujung yang menaiki rides Space Shoot tu... Hah..ha... ada yang lepas turun jer dari games Space Shoot tu, jalan ada pelik sikit... ha hah ha mesti mengalami simpton yang sama.

Selepas itu kami ke Taman Tema Dalam First World. Makan di Burger King Restoran. Menurut Shimi, harga mahal sedikit dari restoran yang terdapat di tempat lain. Selepas makan kami melihat pertunjukkan akrobatik dan kemudian kami pulang semula ke bilik hotel untuk solat dan berehat. Hendak melihat matahari terbenam, hujan telah turun pula. Sejuk betul.

Jam lapan keluar semula ke Taman Tema Dalam First World. Dengan gelang sakti yang masih melilit dipergelangan tangan, kami tidak perlu untuk membeli lagi tiket-tiket untuk menaiki rides-rides yang terdapat di situ. Perghh.. macam power jer. Tunjukkan tangan jer beb.. Antara rides yang sempat kami naiki ialah Venice Gondola (naik gondola di sungai buatan mengeliling restoran-resoran tema -macam kat venice ni sambil diiringi oleh musik saprono dari Itali), Carousel ( rides yang bergerak dan tergantung di atas bumbung), Ferrish Whell (macam eyes of malaysia), Euro Express (Roaller coaster yang tak mengerunkan pun). Ohh.. sempat juga kami menonton 4D movies yang bertajuk Enchanted Castle. Then selepas itu ada mesin karaoke yang kita pergi untuk men'sumbang'kan suara. Lastly kami pergi Starbuck untuk minum dan balik ke bilik untuk tido.

Keesokkannya jam 8.00am kami ke restoran hotel untuk sarapan. Cuak juga ini. Halal ke tak? Sebab nama restoranya ada pelik sedikit.  Tapi pekerja-perkerjanya adalah melayu dan kata pekerja di front office ianya adalah halal. So okeylah...

Jam 9.30am bertolak menaiki kereta kabel. Ramai juga orang yang pulang ketika itu. Mujurlah kereta kabel yang tersedia amat banyak sekali. Jam 10.30am kami bertolak balik dan sampai di KL Sentral jam 11.30am. Kemudiannya  menaiki komuter pulang ke rumah. Sampai di rumah saya jam 1.30pm.

Maka tamatlah percutian ke Genting Highlands saya. Rasanya okey GH nie. Tidak  adil lah jika saya nak comparekan dengan Taman Disneyland Tokyo yang saya pernah pergi pada tahun 2006 yang lepas. Petang tu ada kelas lah pulak. Ada presentation lagi. But anyway, all of its are under control. Walaupun saya rasa, saya present macam hampeh jer malam tu. He..he...

A. Di atas Carousel
B. Hashimi : Menunggu Gondola di Venice
C. Ini adalah restoran berbentuk Double Decker Bus.
D. Didepan pintu Utama taman Tema Luar
E. Space Shoot- providing an exciting G-force on the way up and a feeling of heightlessness on the way down
F. Di dalam kereta kabel.
G. Berlatar belakangkan Genting Kota Keriangan
H. Di Dinosaur Land

0 comments: