Huwaarrhh..Huwaahh.. tu bunyi nafas saya selepas exam malam tadi. Lega lah rasanya juga. Dah pun settle 2 paper untuk mid term test. Tinggal satu lagi paper, 2 minggu lagi. Cuma sekarang sedang sibuk menyiapkan tugasan proposal final project dan 2 jurnal review. Tiada apa yang menarik sepanjang masa pertapaan saya ini. Bukan study sangat pun cuma nak relax tak boleh, nak study kadang kala rasa malas. Serba tak kena.Antara peristiwa menarik yang dilalui oleh saya ialah:
1. Lawatan Ke Malaysia, Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 (MAHA 2008)
Tak terfikir pun selama ini nak ke sana pada mulanya. Just idea spontan sewaktu borak-borak dengan rakan.
Terus kami buat planning untuk ke sana selepas berjumpa dengan lecturer Rabu lepas. Apa yang menarik? Tiada apa sangat pun. Bila baca newspaper macam best jer. Tapi bila pergi tiada apa-apa pun yang menarik hati. Mujurlah pergi sewaktu hari bekerja. Kendati pun begitu, ramai juga manusia yang ada. Dah le parking agak jauh. Mujurlah tidak diletakkan kereta di medan parking mula-mula masuk. Alamat terbakarlah kulit kami merentas jalan sewaktu matahari tegak di atas kepala. Lawatan kami tidak sepenuhnya dibuat. Selesai melawat 3 - 4 blok bangunan, kami mengambil keputusan untuk mengundur diri. Semuanya sama. Pameran dan jualan. Sempat membeli keropok lekur mentah dan rakan membeli kurma. Oh..ya saya ada membeli Repel Roach (Pencegah Serangga & Penyegar Udara) keluaran Global Herba (Perak) Sdn. Bhd. Ianya di dalam bentuk ketulan kecil (macam sabun) dan terdapat 5 ketul didalam satu bungkusan. Diperbuat dari daun serai wangi. Tujuan saya membelinya adalah untuk membasmi semut-semut kecil yang bermaharajalela berkeliaran di atas meja makan di rumah saya sekiranya diletakkan lauk-pauk yang menarik perhatian mereka. Serangan semut ini terjadi sebulan dua nie. Tak tahu kenapa. Alhammdullillah sehari dua ini selepas saya ikat ketulan ini di kaki meja, tiada ternampak kelibat semut pun berkeliaran. So kat sini saya nak rekemen kat pembaca blog saya ni. Tak rugi beli. Selain untuk menghalau semut ia juga bagus untuk menghalau lipas dan serangga kecil juga. Harga sepeket RM6.00. Kalau beli 2 paket, harganya RM10.00. Ralat juga cuma beli satu sahaja. Konon hendak test sahaja dulu. Nak pergi balik MAHA untuk beli semula? Sori, malam sikit sikit.2. Lawatan Ke Genting Highland
On the way nak buat. Idea tak mari lagi. Nanti saya post.
3. Aktiviti Harian.
Macam biasa. Pagi tadi sewaktu mengayuh basikal dari Laman Jasmin ke Laman Dahlia, saya sempat menyapa sepasang warga emas suami isteri di Laman Dahlia. Sejak dua menjak saya sering terjumpa dengan mereka berdua ini. Rajin betul bersenam pagi-pagi bersama-sama. Mereka tidak mengayuh basikal cuma berjalan pantas sahaja.
Haa..ha.. Bagus untuk senaman dan keharmonian rumah tangga. Cuaca tadi macam berkabus atau mungkin juga berjerebu sebab saya terbau macam bau asap. Tepat jam 8.00am, saya mesti dah ada di depan TV untuk menonton Siri Televisyen Early Edition. Saya rasa dah masuk musim ke-empat untuk siaran TV kali ini. Warggghhh.. dah last season nie. Tak bestlah, lepas nie mesti tak dapat tengok lagi kerana Early Edition ini tiada sambungannya lagi. Kali terakhir pun dibuat pada tahun 2000. Kali ini ramai dah tahu yang si Garry Hobson ini mempunyai kelebihan luar biasa mendapat akhar sehari awal . Mereka yang dah tahu ialah Marrisa (patner bisners kedai minum dia tu), Mum and daddy dia dan juga awek dia Ericca and anak awek dia Henry. Si Erica ini baru jer tahu. Hai...macam mana pulak dengan sambungan siri ini minggu depan. Ahakksss.. Macam tak der benda lain lah pulak nak pikir.. He..he..4. Beijing 2008
Sukan olimpik. Saya follow juga. kadang-kadang gatal juga tangan nie tekan saluran sukan Supersport.
Setakat ini China masih lagi mendahuli dengan 46 pingat emas dan 83 pinggat keseluruhan (emas + perak + gangsa). Banyak disiplin sukan yang menarik untuk disaksikan. Kali ini saya teruja tengok sukan angkat berat. Tahulah sikit-sikit kategori yang dipertandingkan. Clean and Jerk, snatch dan kombinasi kedua-duanya. Selain itu pertandingan ini mengikut kategori berat peserta. Bagi lelaki dan pompuan kategori berat adalah berlainan. Sempat juga tengok pertandingan akhir Badminton perseorangan lelaki antara Malaysia dan China. Set kedua permulaan jer saya dah rasa, mesti kita akan kalah. Terus tutup TV dan baca buku.Okeylah tulah catatan buat kali ini. Nak key-off dulu. Banyak kerja sedang menunggu.
0 comments:
Post a Comment