Pages

Thursday, July 3, 2008

Setengah Hari di Kota Singa

Sejak dua menjak ini saya ini agak sibuk sedikit. Entah apa yang saya sibuk kan saya pun tidak tahu. Selain itu pelbagai isu yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Kadang kala terasa seperti telah hilang sedikit demi sedikit kemakmuran di negara kita ini. Ahhh...... kita pedulikan sementara apa yang berlaku. Kali ini saya nak bercerita tentang pengalaman saya ke Kota Singa yang pada ketika dulu pernah menjadi sebahagian dari negara kita yang tercinta ini.

Sebenarnya kunjungan saya ke Singapura ini  merupakan projek sambil menyelam minum air. Kebetulan rakan sekerja mempunyai tugasan untuk ke Pejabat Negeri JB dan juga pejabat di Link Kedua untuk kerja-kerja membasmi Virus maka saya telah mengambil cuti untuk mengikut beliau ke sana dan kami merancang untuk ke luar negeri selepas tugasan beliau berakhir.

Dan seperti mana perancangan kami maka pada petang Sabtu 16 September 2006, kami telah pun berada di perhentian bas di Kompleks Sultan Abu Bakar untuk Singapura. Saya cuma menukar wang sebanyak RM 250.00 dan mendapat sebanyak SD$ 106.50 dengan kadar tukaran 0.456 ketika itu. Di perhentian itu kami telah menaiki Bas CW3 dengan kadar tambang SD$2.00 iaitu RM4.70. Di dalam bas kami terkial-kial mengisi borang imigresen kemasukkan ke Singapura. Perghhhh... dengan tak der pen, terpaksa pinjam pen dari driver bas. Sampai di kompleks imigresen Singapura pun kami masih belum selesai mengisinya lagi. Bas telah lama menunggu. Hampeh sungguh. Terkerjar-kejar betullah. Penumpang lain semua sudah naik dan menunggu kami.

Dengan bas tersebut kami telah dibawa ke Jurong East. Jurong East ialah sebuah bandar kecil yang terletak hampir dekat Clementi yang meliputi 3.80 km² di Singapura Barat. Stesen MRT dan bas di Jurong East juga terletak di sini. Bandar ini diuruskan oleh South West Community Development Council.

Di sana kami telah menaiki MRT (Mass Rapid Transit) untuk ke Orchad Road ( (NS22). MRT adalah sistem pengangkutan cepat aliran ringan Singapura. Macam LRT di Malaysia ini. Sistem pengangkutan awam ini sangat popular di Singapura selepas perkhidmatan basnya .

MRT ini pertama kali dibuka pada tahun 1987 dengan jalur perjalanan antara Yio Chu Kang dan Toa Payoh. Stesen-stesennya berada di bawah tanah dan juga permukaan tanah. Penumpangnya mencapai 1.435 juta setiap hari, dibandingkan dengan 2.853 juta yang menggunakan bas.

Untuk ke Orchad Road perjalanannya mengambil masa hampir 1 jam. Di kiri kanan pemandangan terdapat kawasan perumahan dan juga landskap-landskap yang agak menarik. Yang agak menarik sekali ialah kawasan perumahan flat yang terjaga rapi dan juga tidak kelihatan baju-baju diampaian bergantungan.

Sampai di Orchad Road, kami cuma berjalan-jalan menikmati panorama dan juga membeli sedikit cendera mata yang terdapat di kompleks perniagaan di area tersebut. Jalan Orchard (Orchard Road) adalah merupakan jalan jenis sehala yang merupakan pusat perniagaan dan hiburan. Jalan ini merupakan tempat di mana ramai pelancong bersiaran. Bagi kami tiada apa yang menarik hati kelihatan seperti sama di bandar Kuala Lumpur. Cuma terdapat beberapa monumen/landskap abstrak dan patung-patung yang boleh diambil gambar bersama sebagai kenangan.

Sesudah itu kami pun bertolak balik ke Jurong East semula dengan MRT dan kemudiannya membeli tiket bas ke Kompleks Sultan Abu Bakar. Sampai sahaja di Kompleks Imigresen Singapura, kesemua penumpang bas bergegas berlari-lari ke kaunter untuk urusan imigresen. Rupa-rupanya masing-masing berebut-rebut untuk kembali ke bas bagi mendapatkan tempat duduk yang selesa. Nasiblah kalau lambat orang lain akan ambil tempat kita. Kalau kena berdiri pun nasiblah. Sesudah itu kami turun di Kompleks Suktan Abu Bakar dan bas meneruskan perjalanannya ke JB. Kami selamat tiba di tanahair kira-kira jam 8.15pm.

Maka tamatlah percutian setengah hari saya di luar negeri yakni Singapura.


0 comments: