Pages

Monday, July 14, 2008

Catatan Ulang Tahun Pertama Cuti Belajar

Ini adalah entri khas sempena ulang tahun pertama saya meninggalkan pejabat. Tapi telah pun terlambat beberapa hari. He..he.. Saya mula meninggalkan pejabat pada bulan Julai setahun yang lepas. Terasa cepat betul masa berlalu. Haii..kadang kala terasa rindu juga dengan suasana pejabat. Yelah tempat tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat cari makan. Tapi kadang –kala terasa bertuah juga tidak perlu ke pejabat. He..he..


Pelbagai pahit manis yang dihadapi. Bermacam jenis masalah yang ditempuhi. Bukan sahaja dari mesin-mesin (komputer) tetapi dengan spesies Homo Sapien di pejabat pun hebat juga. Sewaktu mula masuk bertugas dahulu banyak betul kerja-kerja malam. Banyak naik taraf mesin/server. Berborak dengan rakan lama yang bertanggungjawab dengan mesin kerangka utama tidak lama dulu, dia turut bersetuju dengan saya. Pegawai IT yang ambil alih tugas-tugas di bekas pejabat saya sekarang lebih releks. Tidak macam kami yang hampir setiap hujung minggu perlu bekerja di pejabat. Menyelia penaiktarafan mesin. Sekarang ini mesin kebanyakkan baru tidak perlu dinaiktaraf lagi. Performance pun okey. Tak perlu ditunning-tunning.

Antara tugas-tugas berat yang dilalui ialah perpindahan pejabat dari KL ke Putrajaya. Puhh… melalui detik-detik nan sukar. Belum lagi data yang hilang di mesin utama. Masak juga...



Me and My World !


Okeylah, sebenarnya banyak lagi yang boleh diimbas dari kotak memori. Tapi tidak bolehlah dikongsi disini. Kepada rakan-rakan mH dan ASue yang telah melaporkan diri untuk berbakti kepada Agama, Nusa dan Bangsa. Selamat bertugas dan bekerjalah dengan tekun dan berdedikasi. Wah..pakat pergi JPN yer.



View from My Room at My Previous Office


Saya juga ingin mengucapkan kepada diri sendiri. Selamat berpejabat dari rumah dan cuma tinggal setahun sahaja lagi merasai kenikmatan makan gaji tanpa perlu bekerja. Huwaaaaa…..!!!!

0 comments: