Rabu mingu lepas sewaktu menunggu anak saudara saya pulang dari Taska nya saya telah ke GSC Alamanda untuk menonton sebuah filem yang diwar-warkan sebagai filem terbaik Malaysia 2008. Berdasarkan faktor itu saya berasa
teruja untuk menonton filem tersebut bagi membuktikan kesahihan pernyataan tersebut. Walaupun Asue dah buat review tentang filem ini dan bagi banyak markah, saya nak juga bagi pandangan peribadi saya tentang filem ini. Sempat lak kau pergi tengok yer dalam kena pool tu. Sebelum saya komen dengan lebih lanjut kita imbas sedikit sinopsis cerita ini.
Sinopsis
Filem drama romantik ini mengisahkan 3 orang yang berasingan mengenal erti CINTA, KEHILANGAN dan KESEPIAN. Adam, seorang tukang masak yang berjaya dalam kariernya, meluaskan kerjayanya dengan mereka hiasan masterpiece untuk majlis perkahwinan. Tetapi beliau masih membujang dan belum bertemu dengan pasangannya sendiri. Kemudian seorang jejaka bernama Sufi yang sekian hari cuba melenyapkan memori pemergian isterinya ke alam Barzakh. Akhir sekali Imaan seorang penulis teater muda yang menjadikan pentas teater sebagai tapak memahami masa silamnya dan kupasan demi kupasan ke dalam masa depannya sendiri. Ketiga-tiga mereka akhirnya berkait di dalam satu insiden dramatik yang seterusnya merubah kehidupan mereka buat selamanya.
Kisah cinta pertama mengenai ADAM iaitu Afdlin Shauki yang memegang watak yg agak berlainan dgn wataknya dlm filem lain. Kisah pertama ini saya rasakan membawa mesej iaitu, cintailah orang yang kita cintai.
Kisah cinta kedua pula mengenai SUFI iaitu Tony Eusoff yang memegang watak pemilik kilang kasut. Kisah ini membawa mesej sayangilah orang yang ada di depan anda dengan penuh kasih sayang selagi mereka masih ada.
Kisah cinta ketiga mengenai IMAAN, seorang pelajar, penulis skrip teater. Kisah ini membawa mesej tentang redha dengan takdir yang telah ditentukan oleh tuhan serta bersedia untuk membuka mata dan hati kita untuk insan lain.
Apa Yang Menariknya Cerita Ini.
1. Sudah tentulah elemen pengarahnya yang cantik. Belum ada pengarah yang kreatif sebegini di Malaysia. Kalau nak tengok shoot-shoot yang menarik macam ini atau lebih lagi silalah tonton filem-filem Hindi kelas A seperti arahan Karan Johar ataupun filem terbitan Yash Chopra.
2. Elemen emosinya macam cerita Hindi.
3. Jalan ceritanya yang lain sedikit dari tipikal filem-filem cinta Malaysia.
Dan itu ajer
Yang Kurangnya.
1. Hubungkait watak-watak yang longgar. Macam adegan Adlin jumpa Vanida Imran. Tony Jumpa Eja. Imaan jumpa Iean. Tetiba jer masing-masing boleh jatuh cinta. Macam terlalu cepat. Rasa macam ada adegan yang kena potong pulak.
2. Lakonan Adlin ok tapi gaya lawak selambanya sama sahaja macam filem-filemya yang lain. Tetapi terasa macam ada refleksi pulak dengan.. eemm tak yah ceritalah.
3. Terlalu kebaratan. Jumpa lelaki perempuan pun kiss-kiss pipi lak. Macam dah jadi budaya pulak.
4. Tiada pun adegan yang menjurus kepada ajaran agama. Dah isteri baru meninggal. Asyik nanggis pahtu terus berjogging then jumpa awek tepi kolam. Jatuh cinta. Pelik jugak tu. Kata sayang sangat kat Isteri. Bab, Imaan pulak, dah pak we mati kena tikam. Tak redha dengan ketentuan tuhan lepas tu berkhayal yang pakwenya hidup lagi. Pelik ekkk..
5. Bertambah pelik lagi watak Imaan lagi ialah memula tidak suka kat Iean pahtu terhegeh-hegeh juga nak ajar mamat tu baca sajak dia. Macam suka-suka tapi mahu jer..
6. Adegan pementasan teater dan pembacaan prosa puisi tu tetiba jer aku rasa macam bosan gila. Tak tahu kenapa. Mungkin caranya tak kena kot dan berlebih-lebihan. Nampak pula entah apa-apa teater Sepi yang diaorang pentaskan tu.
7. Adegan si Zain (Riezman) yang mengetahui isterinya mengandung dan happy gila bagitahu orang kat pasar tu pun macam tak real. Macam dibuat-buat.
8. Isteri bermain mata dengan orang lain di belakang suami. Enuz is enuz !
Entahlah jalan ceritanya ada sedikit longgar tapi saya rasa okeylah jika dibandingkan dengan kisah cinta dalam sembilu , Sembilu II dan Tragedi Oktober yang memualkan isi perut tu... Tunggulah ajalah cerita Stamp karya terbaru Kabir Bhatia nanti. Macam mana pula ceritanya....
0 comments:
Post a Comment