Posting kali ini tiada kena mengena dengan rancangan terbitan Astro yang
disiarkan setiap petang jam 6.00 petang, Isnin hingga Khamis di Astro Ria yang disandur dari rancangan terbitan dari Negara Jepun yang dipanggil “Tunnels no Minasan no Okage Deshit” itu. Sinopsis sikit ."Bolos ialah rancangan permainan baru bersama pengacara Zizan ini mencabar peserta membolosi dinding berlubang dengan apa jua cara dan gaya. Jangan sampai jatuh dan basah!". Tapi posting ini adalah mengenai kelas semester 3 yang perlu saya hadapi sehingga bulan oktober nanti. Aduhai....
Kelas Software Quality semester ini dikendalikan oleh Dr. Rodziah. kali ini saya bertekad untuk menumpukan perhatian di dalam kelas. Tidak seperti dalam kelas SPI semester lepas. Banyak main-main, last-last result untuk subjek SPI pun dapat main-main. Rasanya Dr. mesti perasan saya dan rakan yang sering kali ketawa dan senyum-senyum di dalam kelasnya. Dalam hatinya mesti cakap "Siap kau punya result nanti" (he..he..imaginasi aku dan rakan sahaja).
Kelas OO D
alam Pembangunan Perisian macam boring sikit. Lecturer macam kaku jer. Terlalu formal. Sesi berkenalan pun macam tak best jer. Dia bagi satu problem masa kelas. Give us 10 minutes to think. Then he call student one by one. Introduce your self and give your opinion to solve that problem. Eiii.. tak bestnya. Dah bagi assignment untuk buat jurnal paper. Must done as individual task. Warggghhh.. tak sukanya.. Kena proficient Java or C++ katanya. Matilah gua...
Malam tadi ialah kelas Data Mining. Student ramai juga. Around 45 ++ student. Lecturer okey. Dr. Norwati.
Kata kawan saya"Seem she more confident to deliver her knowledge." Saya pun rasa macam tu. But she only conduct that class in 1/2 semester and another semester will conducting by Dr. Nasir. Oh.. Dr. Nasir. Okey jugak tu. Dia ajar senang juga nak follow. Ada juga kena present paper. Nasib baik kena buat dalam group but only 2 person in each group. Nasib baiklah.
Okey need key-board off dulu. Ada perkara perlu diuruskan.. Daa...
Saturday, July 12, 2008
Bersedia Atau Tidak, Bolos Saja Dinding Itu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment