Ahhaakksss… hari ini saya bersiaran di Food Court presint 9 bertentangan dengan gerai no 10 – Lot 10 Steak Station. Saya di sini sementara menunggu anak buah saya pulang dari Tadika. Kakak Ipar saya bertugas di Kuala Lumpur sepanjang 4 hari ini. Sejak menghantarnya jam 8.30am tadi, saya duduk di sni. Semalam telah ke pejabat lama. Malu pula jika setiap hari hendak bertunggu dan bertangga di sana. Kawan-kawan lama banyak telah berkhidmat di jabatan lain. Sudah lain suasana jika ke sana.
Kelas telah pun bermula semalam. Saya pergi menghadirinya petang semalam sebagai salah satu subjek elektif .
Kononnya semester hadapan tidak perlu untuk menghadiri kelas lagi. Cuma perlu menyiapkan projek akhir sahaja. Namun setelah berbincang dengan rakan kumpulan kami bercadang untuk membatalkan untuk mengambil subjek “Multimedia Information System” tersebut sebagai mata pelajaran elektif. Ini memandangkan jika kami mengambil subjek tersebut kami perlu mengambil 4 subjek dan 2 kredit projek akhir (paper proposal). Agak membebankan. Selepas berbincang, semasa break selepas menunaikan solat magrib kami pun terus pulang ke rumah. Sayang juga untuk drop subjek tersebut kerana saya minat juga dengan subjek yang ditawarkan selain pensyarah agak sempoi juga.
Bercerita pasal mulitmedia, saya sebenarnya berkesempatan menghadri kursus asas Grafik dan Mulitmedia anjuran Kementerian Belia dan Sukan di IKTBN tempat di mana saya berkursus bahasa Inggeris yang pernah saya maklumkan pada posting-posting yang lepas. Penyertaan saya dalam kursus ini pun secara tidak sengaja apabila kelas BI saya ditunda pada hari Ahad (selalunya Sabtu) dan kebetulan pada hari itu adalah hari pertama bagi kursus Grafik dan Multimedia. Teman sekelas BI ada yang telah mendaftarkan diri untuk kursus tersebut dan dia telah mencadang kepada kawan-kawan lain untuk mendaftarkan diri. Katanya masih lagi terdapat kekosongan. Selesai sahaja kelas BI terus saya pergi mendaftarkan diri.Kursus ini mengambil masa 4 hari (Setiap Ahad) dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Yang bestnya ianya adalah percuma. Hari pertama itu, saya cuma berkesempatan belajar dari jam 1 petang hingga 6 petang sahaja. Pada perjumpaan pertama ini kami telah didedahkan dengan asas penggunaan Adobe ®Photoshop CS. Sempat saya belajar teknik-teknik seleksi (Tool Bar), Feather, asas penggunaan layer, Transformasi Objek Bebas dan sebagainya. Oh..kami juga diberi nota dalam fail folder. Selain itu teknik-teknik filter juga ada diajarkan kepada kami.
Berikut ialah beberapa hasil yang saya sempat saya buat hasil dari kursus tersebut. (Tak le best pun masih amatur)




Perjumpaan kedua tidak dapat saya hadiri kerana pulang ke kampung. Kali ini kami didedahkan dengan penggunaan Adobe Illustrator versi 10. Malang saya tidak sempat untuk mengikutinya. Ahad lepas ialah kursus asas penggunaan Macromedia Flash MX 2004. Kelas mengenai penggunaan software ini dijalankan selama 2 minggu (2 kali perjumpaan). Ada sekali lagi perjumpaan. Bagi kursus yang lepas kami didedahkan dengan penggunaan elemen asas dalam animasi flash dan juga jenis animasi Frame-by-Frame. Ada lagi 3 jenis animasi yang akan diajar iaitu Motion Tweening, Shape Tweening dan juga animasi berdasarkan masking di dalam flash (Motion Guide), penggunaan teknik masking dan penghasilan butang juga akan diajar pada minggu depan. Teruja betul lah !!
Okey harus berhenti dahulu setakat ini. Jam sudah pun ke angka 12.00pm. Pelangan pun sudah semakin ramai disini.
0 comments:
Post a Comment