
Memandangkan di saluran tv9-Dekat Dihati sedang ditayangkan Akademi al-Quran musim ketiga, saya kali ini ingin membuat rebiu mengenai CD Koleksi Bacaan Tarannum Finalis Akademi al-Quran (AQ) musim pertama yang telah diterbitkan oleh Hijaaz Records Sdn Bhd dengan kerjasama tv9- Dekat Di Hati. CD ini boleh didapati di rangkaian kedai-kedai kaset, kedai-kedai buku agama dan juga gerai-gerai yang menjual buku agama di pasar malam dengan harga pasaran RM 15.90.
Isi kandungan CD ini dimulakan dengan paduan suara ke-enam finalis AQ musim pertama dengan alunan merdu bacaan doa tilawah berlagu. Trek kedua pula ialah bacaan juara akademi al-Quran musim pertama iaitu saudara Abdullah Fahmi Che Nor yang memperdengarkan bacaan Surah Al-An’Am:19 dengan tarannum (Qiraat Riwayat Susi) Bayati, Saba, Nahwand dan Jiharkah.
Seterusnya ialah bacaan surah Al-An’Am : 125 dari saudara Azraie Abdul Haq dengan tarranum Bayati, Saba, Nahwand. Trek ke-empat pula ialah bacaan surah An-Nur : 14 dari saudara Amirrahman Abas dengan tarranum Bayati, Nahwand dan Rast.
Seterusnya ialah paduan suara sekali lagi nasyid Khallidu Bil Quran oleh finalis AQ. Bacaan al-Quran seterusnya ialah dari Surah Khafi yang disampaikan oleh saudara Anuar Hasin dengan tarranum Bayati, Hijjaz, Nahwand dan Jiharkah. Saudara Mohd. Shukri Ali kemudiaan memperdengarkan bacaaanya dari surah Al-Fath: 27 dengan tarranum Bayati, Nahwand dan Rast. Kandungan CD ini akhiri dengan bacaan satu-satunya puteri yang menjadi Finalis AQ musim pertama ini iaitu Saudari Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd. Badiuzaman. Beliau telah memperdengarkan bacaan surah Ali Imran: 14 dengan penyampaian tarranum Bayati, Saba, Nahwand dan Rast.
Sebelum CD ini dikeluarkan dipasaran, bacaan qari dan qariah ini telah diaudit dan disemak oleh panel yang bertauliah iaitu Ustaz Khairul Anwar Muhammad (USM) dan juga Ustaz Suhaimi Saad.
Selain dari CD koleksi bacaan tarannum finalis Akademi al-Quran (AQ) musim pertama ini, CD dengan format yang sama bagi finalis musim kedua juga telah diterbitkan. Kalau tidak silap, saya juga ada terlihat CD bacaan tarannum dari kedua-dua juara AQ musim pertama dan kedua iaitu saudara Abdullah Fahmi Che Nor dan saudara Anuar Hasin telah turut ada dipasaran. Usaha murni syarikat Hijaaz Records Sdn Bhd yang dimiliki oleh kumpulan Nasyid Hijjaz ini patut dipuji kerana telah membantu mengetengahkan Akademi al-Quran dan persertanya di khalayak ramai. Ini secara tidak langsung dapat mengurangi dominasi rancangan program realiti lain seperti AF, One in Million, GangStaz dan lain-lain lagi yang jelas melalaikan masyarakat kita saban hari.
Info di Bawah Dipetik Dari Laman Tarannum al-Quran
TARRANUM
Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu.
Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama: alunan atau bentuk bunyi.
TARANNUM BAYATI
Bermaksud rumah, dipopularkan oleh qari-qari Mesir.
Sifat Tarannum Bayati
* Lembut disamping tegas.
* Sesuai dengan tobaqot sederhana.
* Harmoni.
* Berunsur ketenangan.
Peranan Tarannum Bayati
-Memantapkan persembahan.
-Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
*Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
*Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
*Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM SABA
Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir
Sifat Tarannum Soba
*Gerak ringan meresap jiwa.
*Alunan lembut yang mendayu.
*Sesuai dengan tobaqot sederhana.
*Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.
Peranan Tarannum Saba
Menenangkan persembahan.
Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
* Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
* Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM HIJAZ
Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Hijaz
*Gerak lambat tapi berkesan.
*Ketegasan pendorong semangat.
*Kelincahan menghidupkan persembahan.
*Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
*Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.
*Memberi semangat kepada persembahan.
*Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
*Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
-Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
*Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
*Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM NAHWAND
Nahawand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Nahawand.
*Gerak ringan yang berkesan.
*Kelembutan bersopan.
*Sederhana memikat jiwa.
*Kehalusan seni.
*Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Peranan Tarannum Nahawand.
*Melembutkan bacaan.
*Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
*Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
*Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
*Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM RAST
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Rast
*Gerak lembut disamping ketegasan.
*Kelembutan alunan.
*Lincah menyemarakkan.
*Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
*Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.
Peranan Tarannum Rast
*Memberi semangat kepada persembahan.
*Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
*Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
*Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
*Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
TARANNUM JIHARKAH
Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Jiharkah
*Gerak ringan yang berkesan.
*Kelembutan menusuk kalbu.
*Harmoni.
*Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
*Sesuai dengan tobaqot sederhana.
Peranan Tarannum Jiharkah
*Menenangkan ketegangan persembahan.
*Melembutkan persembahan.
*Membawa kekhusukan dan keinsafan.
*Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
*Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.
0 comments:
Post a Comment