Si Emas Hitam, Microsoft Windows Movie Maker, Bercuti Mengemaskini & Tempoh Percutian- Padat, Sendat & Ketat.
Si Emas Hitam
Saya pernah terbaca dahulu ada perumpaan/ kata-kata (tak ingat di mana) yang mengatakan minyak (yakni petroleum) merupakan emas hitam. Mana-mana negara yang memperolehi emas hitam ini merupakan sebuah negara yang paling beruntung.
Emas hitam ini sering kali menjadi rebutan dan menjadi barang dagangan yang popular sekali dalam pasaran. Dan tu dia... Hari ini telah diumumkan bahawa harga petrol telah dinaikkan sebanyak RM 0.78 seliter, bermakna, rakyat hari ini terpaksa membayar RM 2.70 bagi setiap liter, berkuatkuasa 12 tengah malam tadi. Kenaikan harga petrol sebanyak 40% seliter ni. Biar betul? Adakah ini penyelesaian yang betul bagi mengatasi kenaikkan harga minyak dunia? Kaedah kurang popular ini telah digunakan pada masa rakyat sedang dalam riuh dan keluh kesah mendambakan tampuk kepimpinan yang baru. Yang pasti slogan “Sejahtera, Aman dan Makmur” hanya tinggal tag propaganda PRU-12 sahaja. Apa yang bakal terjadi pada keharmonian negara ekoran dari kenaikan harga minyak ini? Persoalan ini harus dinoktahkan setakat di sini sahaja.
Microsoft Windows Movie Maker
Sejak dua menjak ini saya tidak mengemaskini blog ini bukannya sibuk sangat akan tetapi saya sedang asyik meng'explore' penggunaan Microsoft Windows Movie Maker.
Ralit benar 2-3 hari ini saya mengedit klip-klip video sepanjang percutian hari keluarga kami tempohari. Dan hasilnya saya berjaya menghasilan klip video dengan memasukkan keenam-enam elemen multimedia dan di'burning' ke dalam cd dalam format VCD. Tidaklah sebagus mana tapi sekurang-kurangnya saya telah berjaya menjelajah satu ilmu baru dalam masa cuti ini. Untuk mengasilkan klip video berdurasi 18 minit ini memang memerlukan kesabaran dan kesungguhan juga. Terfikir juga saya mengenai tugas seorang penyunting filem untuk menghasilkan sebuah filem? Tentu rumit gila kan. Untuk mengedit gambar pegun saya telah menggunakan Adobe Photoshop 7.0 dan untuk mengedit klip video saya telah menggunakan Microsoft Windows Movie Maker version 5.1. Manakala untuk menjadikannya sebuah VCD saya telah menggunakan Roxio Creator DE Version: 9.0.117.
Bercuti Mengemaskini
Mulai esok hingga minggu depan saya akan bercuti mengemaskini blog ini disebabkan saya akan
pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara saya dan minggu depan saya akan menghadiri kursus Java Programming Language di INTAN, Bukit Kiara selama 4 hari mulai 9-12 Julai. Jika saya mendapat kemudahan asrama, mungkin ada posting yang boleh dibuat dan jika tidak saya akan menginap di rumah kakak saya di Subang sepanjang waktu kursus tersebut. Rumah kakak saya di Subang tiada kemudahan talian internet. Harap-harap kursus nanti memberikan input yang besar kepada saya terutamanya tentang Bahasa Pengaturcaran Java ini.
Tempoh Percutian- Padat, Sendat & Ketat
Jika dihitung mulai hari ini saya hanya mempunyai 30 hari sahaja untuk bercuti sebelum kembali semula mengadap nota kuliah dan juga tugasan yang diberikan.
Oh..ya bercakap mengenai kuliah, Alhamdullilah kertas cadangan projek akhir saya telah ditanda tangani oleh penyelia saya tanpa ada pindaan. Projek final saya bertajuk Profiling System Management for Bio-Informatics’ Portal. Di harap saya dapat menjayakan projek ini dengan baik. Result keputusan semester 2/2007-2008 telah pun saya terima melalui pos semalam. Sebenarnya saya telah pun mengetahui keputusan ini melalui portal Sekolah Pengajian Siswazah. Alhamdulliah walaupun terdapat sedikit penurunan tetapi kelunturan semangat saya semasa menjawab soalan exam tempohari telah berjaya dipulihkan dengan keputusan yang saya terima ini.
Minggu depan juga saya akan menghadiri kursus PHP Scripting Language yang dianjurkan oleh seorang kenalan atas kenalan selama 1 1/2 hari (Sabtu & Ahad). Sebelum itu pada sebelah pagi Sabtunya pula saya akan menghadiri kelas English di IKBTN terlebih dahulu (minggu lepas, kelas ini tiada). Wah..!! Padat sungguh dengan kursus dan input yang perlu saya terima pada minggu depan.
Setakat ini sahaja buat kali ini. Jumpa lagi dilain siaran.
0 comments:
Post a Comment