
Today is my close friend, Zairina binti Mohd Zaid@Mamat's birthday. Si Zairina nie nama glamour dia ialah Mek Na ataupun selepas diberi sentuhan komersial ala-ala barat dinamakan Mc Na. Saya personally kenal gadis kelahiran bumi Terengganu nie kau tak silap tahun 2003 selepas beliau melaporkan diri sebagai ahli bahagian kami di pejabat saya yang masa tu bertempat di Pusat Bandar Damansara (PBD). Masa tu dia dia ditempatkan di depan partition saya dengan Ajis. Agak serius tak cakap dengan sesapar pun.. Almaklum ler budak baru. Kesian gak dia sebab dia duduk sorang ajer kat area tu. 3 Lagi partition yang selongok dengan dia kosong. Selalu kena kacau dengan Mazlan (driver) di bahagian kami. Beliau masa tu ditugaskan untuk menjaga kerja-kerja OA dan ditempatkan di unit operasi.
Masa di pejabat lama kami di PBD, si Mc nie menetap bersama-sama dengan geng-geng pompuan yang lain yang digelar sebagai awek-aweks kota Damansara.
Selain itu antara kelebihan si Mc ini ialah beliau boleh berperanan sebagai penarik kereta opppsss...! Penarik hand brake kereta kepada seorang lagi rakan kami yang bernama Anis. Masa tu si Anis baru beli kereta dan tugas si Mc ini ialah menarik dan melepaskan hand brake kereta si Anis ketika berhenti di lampu isyarat. Amat unik sekali kerja hakiki si Mc ini.Antara kenangan yang tak dapat dilupakan sewaktu bekerja dengan si Mc ini ialah dia selalu menjadi mangsa yang kami suka sangat usik dan sakat. Kejap2 dia digossip dengan Tn. Hj. H. Kejap2 dengan abg A kejap 2 dengan abg B kejap2 dengan abg I... he..he.. Pernah satu ketika kami (saya & Ajis) menyibukkan diri mengikut Mc ke Shah Alam untuk kerja instalasi e-mel dengan menaiki kereta TAG dia. He..he.. apalagi kena usiklah sepanjang perjalanan. Antaranyz ialah ucapan tahniah pada Mc yang telah berjaya memotong papan iklan di tepi jalanlah dsb.. He..he..he.. mengamuk sakan mak cik tu. Siap singsing lengan lagi sambil memandu.. Ajis yang kebetulan berada di sebelah pemamdu siap tarik lengan baju untuk menutup tangan si Mc nie dengan alasan aurat mestilah ditutup. Haaa..hahhh.. macam nak pecah kereta tu kami pakat gelak. Merah2 muka si Mc.. Ha..ha...ha...

Apa yang bestnya dengan si Mc nie ialah dia kalau nak minta tolong amatlah senang. Tak der suka sangat berkira. Senang kerja dengan orang macam nie. Kalau dia dah tension, dengan bos pun dia boleh lawan gak. Heeeiii... teringat pulak kisah Mc mengingkari arahan Ajis untuk install e-mel di bahagian kewangan. Did you remember tak lagi Ajis & Mc? Baru kau tahu kan Mc, kalau Ajis marah dengan teknik mendiamkan diri, macam mana keaadaan masa tu?
Banyak betul kenangan kerja bersama Mc nie. Walaupun dia tak terlibat secara langsung dengan kerja-kerja saya tapi dia pun banyak membantu.. Anyway sebagai salah seorang rakan rapat, pada hari kelahiran Mc ini saya ingin mengucapkan,
" Selamat Hari Lahir dan Semoga Berbahagia Bersama Keluarga Tercinta."
"Woii.. apa ni amik gambar. Saya nie pemalu tau!!" kata Mc sambil menutup mukanya pada family Day BSMR 2005.
p/S: Nanti Bayar yer Asue untuk entry nie... He..he..

0 comments:
Post a Comment