Pages

Thursday, May 29, 2008

Hari Keluarga 2008 - Laporan Penuh

Port Dickson, 24-26 Mei - Buat kali ketiganya Hari Keluarga saya telah diadakan di Tiara Beach Resort. Pendaftaran masuk telah dilakukan jam 3.00 petang di mana emak saya, famili Kak Long saya, famili Abang Lang saya, saya dan famili adik saya telah mendaftar dahulu. Kami telah ditempatkan di blok A. Blok yang terletak di depan sekali dan berhadapan dengan pintu masuk utama. Kemudianya kira-kira jam 5 petang Famili Abg Uda saya dan keluarga Kak Ngah pula tiba. Suami Kak Ngah saya (abg ipar saya) tidak dapat hadir kerana outstation ke Pahang. Kemudian aktiviti pertama yang dilakukan ialah pergi berendam di kolam. Ramai juga pengujung ke Tiara Beach ini. Maklumlah cuti sekolah.

Keluarga kami (25 orang), Emak, Famili Kak Long, Famili Kak Ngah (exclude her husband), Famili Abg Lang, Famili Abg Uda, Saya & Famili Busu

Aktiviti malam itu ialah sambutan Hari Lahir anak saudara saya yang ke 7 tahun (advance birthday) dan hari jadi Uda yang ke 33 tahun (belated birthday). Selepas itu saya telah membawa 5 anak saudara saya ke pentas tayangan yang terletak di antara Blog G dengan Blok B. Ada pertunjukkan nyayian (kebanyakkan lagu cina) dan juga pertunjukkan akrobatik Shoalin dari negara Cina. Kemudiannnya kami ke Games Room. Tiada apa yang menarik di situ selain ada games seperti Street Fighter, Football Games dan sebagainya yang mengenakan bayaran sebanyak RM 1 untuk satu permainan. Tidak sesuai untuk dikunjungi oleh kanak-kanak sekolah. Selain itu ada karaoke box yang mengenakan bayaran RM1.50 untuk satu lagu. Di dalam Karaoke box itu terdapat tempat duduk untuk 3 -4 orang, 2 mikrofon dan mesin pemain muzik beserta tv. Apa lagi, 2 lagu kami nyanyi malam tu. Macam nak pecah box tu kami kerjakan. He..he.. Sampai di bilik, ahli keluarga yang lain telah pun tidur.

Hari kedua yakni Ahad. Selesai Sarapan kami telah ke tapak sukaneka yang terletak berhampiran dengan kolam renang permaianan. Ianya bersebelahan dengan blok A juga. Telematch yang saya kendalikan ini terbahagi kepada 2 segmen. Pertama untuk kanak-kanak dan kedua untuk aktiviti famili. Untuk kanak-kanak seramai 8 orang telah di pilih dan telah dibahagikan kepada 2 kumpulan. Pasukan Biru dan Hijau. Seorang anak saudara saya yang di dalam tingkatan 2, Eqa bertindak sebagai pembantu saya dan 4 lagi anak saudara yang belum sekolah lagi (Aslan, Daniel, Imah dan Akmal) cuma bertindak sebagai pemerhati sahaja. Mungkin tahun depan mereka akan diserapkan ke dalam pasukan utama (kalau ada ler). Abang Uda saya yang merupakan pegawai tentera telah sukarela menjadi instructor untuk aktiviti regangan (senaman ringan)sebelum aktiviti dijalankan.

Dalam segmen kanak-kanak ini ada 7 permaianan iaitu Questionare, Minuman Botol Saya, Where is My Friend ?, Bigfoot in the Mist, Pengantin Misteri, Awas! Telur Panas dan Indiana Jones. Setiap satu games jika menang, kumpulan tersebut mendapat 10 markah. Untuk games pertama Questionare - setiap kumpulan telah diberikan sekeping borang yang mengandungi 15 soalan yang berkaitan dengan ahli keluarga kami seperti tarikh lahir emak saya (nenek mereka) dan sebagainya. Setiap kumpulan cuma salah menjawab satu soalan saya dan keputusannya adalah seri. Bagi games kedua setiap kumpulan dikehendaki mengisi air ke dalam botol dengan menggunakan span dan keputusannya juga seri.

Seterusnya games ketiga (Where is My Friend ?), 2 ahli setiap kumpulan dikendaki memberi arahan kepada seorang ahli kumpulan yang telah ditutup mata untuk mencari seorang lagi ahli yang diletakkan di lokasi lain. Saya sengaja memberi syarat agar 2 orang ahli setiap kumpulan yang bertindak memberi arahan terdiri dari anak buah saya yang berada di dalam tahun satu dan sekolah tadika. Kelakar pun ada bila masing-masing tidak tahu di mana kanan dan kiri dan memberi arahan yang salah pada rakan mereka yang ditutup mata itu. Keputusannya pasukan biru telah menang bagi games tersebut.

Games keempat ialah Bigfoot in the Mist. Kali ini setiap ahli dikehendaki mengepit bola hingga ke hujung trek dan berpatah balik dan bertukar bola dengan kawan. Terdapat kontroversi sedikit apabila pasukan hijau mempertikaikan saiz bola mereka lebih besar dari saiz bola yang digunakan oleh pasukan biru. Emm.. saya sebagai penyelaras yang mempunyai kuasa veto- segala keputusan adalah muktamad, surat menyurat tidak dilayan. Dah itu ajer bola yang ada. He..he.. Akhirnya semua akur - pemenang rumah biru.

Untuk games yang kelima yakni pengantin misteri, seorang ahli kumpulan dikehendaki berdiri dihujung trek. Setiap ahli yang berdiri di hujung trek yang satu lagi dikehendaki memakaikan kain pelikat, topi dan juga bola masing-masing. Dengan mengepit bola, ahli yang dipakaikan pakaian kain pelikat dan topi tadi dikehendaki berpatah balik ke kumpulan masing-masing. Keputusannya pasukan biru menang. Kali ini semangat pasukan hijau dah down. Terpaksalah pakar motivasi dijemput untuk menenangkan keadaan. Biasalah kanak-kanak.

Aktiviti keenam ialah Awas! Telur Panas. Setiap ahli kumpulan dikehendaki membawa telur di dalam sudu.
Kali ini permaianan ini dimenangi oleh rumah hijau. Games yang terakhir bagi segmen kanak-kanak ini ialah Indiana Jones iaitu mencari harta karun (gula-gula) di dalam tepung. Games ini best. Kelakar tengok muka masing-masing. Ada yang menaggis kerana tersedut tepung dan ada pula yang kata tepung tersebut seperti susu. Manis, siap makan lagi. He..he.. Kali ini games ini dimenangi oleh kumpulan Hijau. Habis kesemua 15 biji gula-gula telah dapat mereka keluarkan dari tepung.

Setelah dicampur markah. Segmen kanak-kanak ini dimenangi oleh pasukan biru dengan markah 50 markah dan lebih sebanyak 10 markah dengan pasukan hijau.

Untuk segmen famili, games nya pula dipanggil Mummies. Setiap famili dikehendaki membalut ibu atau bapa masing-masing dengan tisu tandas. Setiap famili memilih ibu masing-masing sebagai mummy. Masa yang diberi ialah 3 minit. Pemenangnya ialah tempat 1. Famili Uda, ke- 2. Famili Kak Long, ke- 3. Famili Busu,ke- 4. Famili Kak Ngah dan ke-5. Famili Alang. Seronok juga masing-masing semua sporting dan memberikan kerjasama yang baik untuk turut serta.

Seterusnya ialah aktiviti penyampaian hadiah. Semua kanak-kanak dapat hadiah dan juga setiap famili. Penyampaian hadiah telah dilakukan oleh bonda yang tercinta. Rata-rata ramai yang berpuas hati dengan aktiviti yang dianjurkan ini. Anak saudara saya juga enjoy dan ada yang request untuk buat lagi lain kali. Bagi saya tiada masalah dan asalkan dapat kerjasama semua dan semua gembira itu sudah cukup.

Petang itu Abg Uda dan Kak Ngah saya bertolak pulang ke rumah masing-masing kerana Uda need to back to Ulu Tiram to continue his course and Kak ngah need to has medical check-up on Monday. The rest just continue berendam dekat pool sepanjang di sana. Malam itu, saya dan 4 orang anak saudara pergi menonton movie di pentas tayangan terbuka ( Mr. Bean's Holiday) sehingga jam 12 malam. Kami semua check-out on Monday afternoon. Dengan itu, tamatlah famili day kami pada tahun ini. Semuanya enjoy and have a fun. Dengan lain perkataan. Marvellous !!!!!!

0 comments: