
Kali ini saya hendak bercerita tentang pengalaman saya ke New York atas tugasan melaksanakan pemasangan peralatan pasport biometrik di Pejabat Konsulat Malaysia di New York. Berada di sana selama 10 hari. Tapi pergi dah lama dah iaitu pada 8 Disember 2005. Sebenarnya tugasan saya di New York ini merupakan lawatan ke luar negara saya yang ketiga. Lawatan yang kedua selepas ke Medan ialah ke Arab Saudi bagi menunaikan ibadah umrah. Posting mengenai lawatan tersebut akan saya siarkan kelak di atas sebab ketiadaan foto digital. Foto semuanya di dalam format hard copy sahaja.
New York City (secara rasmi bernama City of New York) adalah bandar terbesar di Amerika Syarikat dan salah satu bandar terpenting di dunia dalam bidang kewangan dan komunikasi. Dengan populasi melebihi 8 juta orang dalam wilayah seluas 800 km², dan populasi imigrasi yang besar dari 180 negara, New York City adalah bandar ke-13 terbesar di dunia dan sering disebut sebagai "the Big Apple" (Si Epal Besar).
Penerbangan MAS ke New York dengan Air Craft Boeing 777-200 tersebut mengambil masa kira-kira 23 jam.
Gila babas.. Rasa macam, apa tah kejap rasa cam terang kejap rasa macam gelap. Atau mungkin sekadar perasaan saya ajer kot. Saya ke sana seorang diri sahaja yang menaiki penerbangan MAS. Geng-geng vendor lain ada yang naik KLM Royal Dutch Airlines dan juga Singapore Airlines iaitu SIA. Ini disebabkan oleh perancangan last minute. Kejap pergi sekian hari, kejap pergi sekian hari. Hampeh betul. Last-last flight MAS fully booked. Yang tinggal satu jer untuk saya. Walaupun berada di Bussiness Class, penerbangan 23 jam tu agak menjemukan jugak. Habis dah tengok semua movie yang ditayangkan. Makan berapa kali makan tah. Oh..ya .. Sebelum kapal terbang ini mendarat di lapangan terbang Newark ianya singgah sebentar di Stockholm bagi mengisi bekalan makanan dan berlakunya pertukaran kabin krew. Berhenti sebentar di sana lebih kurang 1 jam. Boring jugak nie. Sebab tak der apa yang menarik. Cuma nampak salji je. Kawan pun tak der nak borak-borak.
Saya mencemar duli menjejakkan kaki di US buat kali pertama ketika sampai di Newark Airport yang terletak di New Jersey. Urusan imigresen tiada masalah disebabkan visa saya ialah visa urusan rasmi. Beg pakaian pun tidak dibuka untuk diperiksa. Di sana ada kakitangan konsulat sudah pun menunggu. Nasib baiklah. Hotel penginapan saya telah siap ditempah. Lepak di Hotel Beekman Tower Hotel. Suite lagi. Mahal beb. Geng-geng lain tah mana entah diaorang duduk. Berterabur semuanya. Walaupun Kota New York ini juga digelar kota yang sibuk dan tidak tidur (never sleep city) but, that night, I'm stay loneliness at New York City!
Tersedar awal pagi. Tengok ditingkap salji-salji berguguran agak lebat pagi tu. Buka tv. Rupanya-rupanya baru hari tersebut salji mula turun di New York. Semua siaran berita memaparkan kejadian tu. Over excited dan acting betul pembaca berita diorang. Siap baring-baring atas salji lagi buat liputanlintas langsung. Rasanya saya pun tak akan buat macam tu walaupun itu pertama kali melihat salji live di depan mata.
Hotel Beekman Tower yang saya duduk tidaklah jauh dari pejabat Konsulat Malaysia. Saya berjalan kaki saja ke sana. Adalah macam dari Pejabat Imigresen ke Wisma Putra di Putrajaya tu.
Walaupun dekat tetapi mengharungi salji dengan persekitaran yang sejuk agak melelahkan juga. Sempat melewati Bangunan Trumph Tower. Ketika salji berguguran di bahu terasa bahagia sekejap. Tak sangka sedang menjejakkan kaki di US. Setelah berkenalan dengan kakitangan dan konsulat di situ kami pun mulalah bekerja memasang peralatan yang telah tiba lebih awal melalui khidmat penghantaran barangan. Disebabkan kawan-kawan lain duduk merata tempat kami berbincang agar kami duduk di hotel yang sama supaya senang untuk berkomuniaksi dan bekerja. So saya pun berpindah ke Hotel La Quita Inn Queens. Ianya terletak di Queens Boulevard, Long Island City. Kena naik subway kalau hendak ke Pejabat Konsulat. Tiketnya berharga USD 2.00 sehala perjalanan.
Esoknya pejabat konsulat cuti hujung minggu - Sabtu dan Ahad. So kami tak pergi ke pejabat.
Apa lagi, jadilah kami tourist. Antara tempat menarik yang dilawati ialah The Statue of Liberty yang menjadi mercu tanda di New York. Kena naik feri nie kerana mercu tanda ini terletak di Pulau Liberty. Sebelum nak naik feri tu kena check satu badan. Buka kasut, jaket dan tali pinggang lagi. Macam nak naik kapal terbang nie. Sebenarnya monumen Statue of Liberty ini diperbuat dari tembaga (kuprum) tetapi disebabkan oleh proses pengoksidaan warnanya adalah seakan-akan warna hijau kebiruan ni. Ini disebabkan oleh kesan garam yang menyelaputi fizikal luarnya. Masa naik feri tu sejuk tak ingat. Hendak pula masa angin bertiup, rasa macam kena bius pipi saya ni. Sejuk yang amat. So kalau nak pergi melancong tu diingatkan janganlah pergi time musim winter macam ini.
Lain-lain tempat yang disinggah ialah tapak bangunan World Trade Centre ataupun dipanggil Ground Zero.
Ada dipamerkan papan kenyataan yang menyatakan turutan peristiwa yang berlaku. Ada juga kelihatan pelancong yang datang ke situ menanggis. Tambahan pula ada orang mengesek biola di situ. Menambahkan lagi kesayuan agaknya. Ketika itu ditapak bekas runtuhan WTC tersebut sedang dalam proses pembinaan bangunan baru. Mungkin dah siap agaknya. Selain itu tempat yang sempat dilawati ialah Empire State Building - Bangunan yang kita boleh tengok dalam cerita King Kong tu. Jalan-jalan dan membeli belah di Fifth Avenue dan juga membeli minyak wangi yang dikirim oleh kawan-kawan di opis seperti dia ni kat Marcy's di 151 W. 34th St. yang berdekatan dekat Broadway. Penat wooo.. malam baru habis jalan-jalan tu.
Pengangkutan di sini sangat efisen dan cekap betul. Kami gunakan New York City Subway untuk ke semua tempat.
Ada juga perkhidmatan bas yang disediakan dan saya sempat menaiki aerial tramway iaitu macam kereta kabel yang menghubungan Roosevelt Island dan Manhattan. Pernah tengok cerita Spider Man. Hah..kalau perasan dalam satu adegan si Spiderman ada bergaduh kat atas aerial tramway ini. Kat dalam CSI New York pun ada juga kalau anda perasan. Makanan? Asal ada tanda halal kita sebat jer. Sejuk-sejuk nie memang lapar giler. Kebanyakkan makanan yang halal ialah makanan India (Curry, curry and curry... nasib baik saya suka makan curry). Selain itu terdapat penjaja Arab yang menjual nasik Arab. Murah dalam 3-4 USD sahaja.
Itulah 2 hari yang sempat saya jalan-jalan. Selepas itu, mulai hari Isnin saya dah mula berulang-alik ke pejabat konsulat sahaja. 
Balik pun dah petang. Ketika itu hari siangnya amat pendek. Pukul 6-7 pm sudah nampak bulan dilangit beb. Oh..ya selain itu sempat jugak saya pergi China Town. Pergi beli peralatan elektrik untuk pemasangan komputer. Dan juga kakitangan di sana bawa kami ke Jersey Garden di New Jersey yang menjual pakaian dengan harga yang berpatutan. Saya bertolak pulang dari Lapangan Terbang Newark pada pukul 8.00 malam pada hari Sabtu dan tiba 23 jam selepas itu di tanahair.
Itulah pengalaman saya di negara terjauh yang pernah saya sampai. Tapi itu tahun 2005. Sekarang mungkin sudah berlainan dan berubah agaknya.
0 comments:
Post a Comment