
Slogan Air Asia yang mengatakan 'Sekarang setiap orang boleh terbang' (Now everyone can fly) kadang kala boleh mempengaruhi juga. Berdasarkan pada perkara itu saya dan 3 orang lagi rakan sekepala yang mengelarkan diri kami Empat Abang telah menyahut seruan slogan itu dengan melancong ke Jakarta, Indonesia selama 4 hari 3 malam dengan duit poket kami sendiri.
Untuk mendapatkan harga tiket pada harga murah ini, kami telah pun menempah tiket dari Bulan Feb 2006 lagi iaitu 5 bulan sebelum perjalanan. Redah ajer. Takut juga, kalau- kalau ada perkara mustahak pada tarikh tersebut. Emm... lantaklah.
Kami bertolak dari LCCT pada hari Jumaat dan tiba di Lapangan Terbang Sukarno-Hatta, Jakarta 1 jam 40 minit selepas itu.
Check-in di hotel Mega Cikini yang terletak di Jakarta Pusat. Petang tiada aktiviti. Cuma kami makan di KFC yang berdekatan. Wah..lain benerrr rasa ayam gorengnyer dengan ayam goreng di KFC Malaysia. Tidak sama dengan selera kami. Malamnya kami cuma berjalan-jalan di sekitar hotel penginapan.
Keesokkan harinya kami ke Pasar Tanah Abang.
Pasar ini dikatakan bermula pada 300 tahun dahulu bagi perniagaan haiwan ternakan. Tapi kini di situ telah didirikan bangunan kormesial 3 tingkat yang disewakan kepada para peniaga. Selain itu terdapat kedai-kedai kecil yang menjual barangan tekstil seperti pakaian, telekung, kain ela dan juga kain batik. Terdapat juga kedai-kedai yang menjual permaidani, barangan peralatan rumah seperti pinggan mangkuk, kasut, bunga api dan juga terdapat rifles (senapang patah tapi peluru dia bukan peluru hiduplah). Buah-buahan dan juga makanan ringan juga terdapat disini. Makan malam kami ialah di Rumah Makan Pondok Laguna Jalan Batu Tulis Raya No. 45 Jakarta Pusat. Total harga makanan dalam Rp 179, 498. Maikkk haiii.. ratus-ratu ribu makan malam nie. Bila dicovert hanya RM 73.60 untuk 4 orang. 2 saiz XL, Satu L dan satu lagi saiz M. Okeylah tu kan. Lauk dia boleh tahan jugak. Pahtu ronda-ronda kota Jakarta. Sampai malam beb.
Esoknya, sepanjang hari lepak bilik sahaja. Diramalkan pada jam 1400 ada gegaran gempa bumi. Semua dikehendaki standby keluar dari hotel jika ada gegaran. Tapi disebabkan kegantukkan yang amat kami tido dan kuak lentang ajer di bilik. Alhamdullilah tiada apa yang berlaku. Petang sikit baru jalan-jalan di sekitar Jakarta lagi. Naik teksi. Jenama Camry lagi teksi kat sini. Lepas tu gi makan kat Gerai Soto Ayam di Depan Masjid Istiqlal, Jakarta. Memula tu saya macam tak lalu jer nak makan. Was-was beb.
Kedai dia adalah gerai bergerak yang boleh disorong. Tapi member saya sumer bedal semacam jer tak ingat so saya pun join le. Tapi makan tak habis. Tak baper nak selera. Kalau kat tempat kita minuman ringan kita yang glamer ialah minuman berkarbonat macam mirinda orange, coca-cola ataupun minuman kotak macam Soya Yeos dsbnya kan? Tapi kat sini minuman yang glamer dan mudah didapati ialah Teh botol jenama Sosro. Rasanya macam air teh kat Malaysia nie tapi kurang manis sikit. Tapi bagi saya boleh layan lah..
Esoknya adalah hari terakhir kami di bumi Jakarta ini. Check-out dari hotel jam 1100 am dan bertolak ke Lapangan Terbang Sukarno-Hatta, Jakarta. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 20 km di barat tengah Jakarta, iaitu di Cengkareng dalam wilayah Banten.
Flight kami pukul 1310 tapi biasalah Air Asia selain terkenal dengan tambang murahnya ia juga terkenal dengan 'flight delay' nya. Pukul 1400 baru kami dibenarkan masuk ke dalam kapal terbang nie. Oh..waktu-waktu tadi tu adalah waktu tempatan iaitu waktu Indonesia Barat (WIB). Kami tiba di Malaysia jam 1630 (Waktu Malaysia). Tamatlah sesi pelancongan budget rendah kami. Best memang best. Geng-geng yang pergi pun satu kepala. Secara umumnya kota Jakarta okeylah. Ada tempat dah mula membangun. Trafik kenderaan dia pun tak macam kat Medan. Kat sini lebih teratur sedikit.
Antara Anyer dan Jakarta
Deru sang ombak bersilir ke pantai
Disambut alunan nyiur melambai
Rembulan megah di atas mahligai
Tersenyum melihat kita berdua
Angin membawa lagu cinta
Sejuta bintang bermain mata
Seakan rela dua insan
di dalam skenarionya
Antara Anyer dan Jakarta
Kita jatuh cinta
Antara Anyer dan Jakarta
Kisah cinta tiga malam
Kan kuingat selamanya
Antara Anyer dan Jakarta
Antara Anyer dan Jakarta adalah lagu Indonesia pada akhir tahun 1980-an yang dicipta oleh Odie Agam dan dipopularkan oleh Sheila Majid.
0 comments:
Post a Comment