Pages

Monday, May 19, 2008

Iron Man - Orang Besi


Sebenarnya tak terfikir pun nak tengok filem ini. Rasapun citer nie bukan genre yang saya minat sangat pun. Tapi kalau setakat nak layan CGI okeylah. Last saturday I received sms from Ajis and he ask me to watch this movie. Memandangkan tak der aktiviti semalam saya pun pergilah. 5 orang geng semuanya. Punyalah ramai manusia kat Alamanda tu. Tak biasa pergi weekend so tak sangka pulak orang seramai itu. Nasib baiklah tiket dah beli awal. Walaupun ASueka ler dah buat review tentang citer nie, saya nak jugak review. Punya suka lah...

Iron Man ialah filem berdasarkan watak Marvel Comics Iron Man. Filem ini diarahkan oleh Jon Favreau dan membintangi Robert Downey Jr., Gwyneth Paltrow, Terrence Howard, dan Jeff Bridges.

Synopsis

Tony Stark, pengerusi syarikat senjata Stark Industries, telah diserang hendap oleh sekumpulan pengganas semasa di Afghanistan selepas demonstrasi senjata terbaru keluaran Stark Industries iaitu Peluru Berpandu Jericho di hadapan pasukan tentera Amerika Syarikat. Memamng hebatlah bom dia tu. Betul lah kata ASue. Power betul nie.. Semasa dalam tahanan, Stark dengan bantuan Dr. Yinseng (tah teytiba jer ada watak mamat nie) merekacipta satu sut perisai keluli lengkap bersenjata yang berfungsi melalui reaktor arka mini untuk membolehkan mereka melarikan diri. Stark berjaya melarikan diri dengan sut itu. Oh.hero can't be die lah kan? But sadly said Dr. Yinseng terkorban semasa cuba melindungi Stark semasa dia hampir selesai menyempurnakan rekaan sut itu.

Setelah kembali ke Amerika Syarikat, Stark membuat kejutan dengan pengumuman pemberhentian aktiviti membuat senjata tetapi ditentang hebat ahli lembaga pengarah yang lain. Untuk menebus kesilapannya yang menyebabkan senjata keluaran sayarikatnya yang telah jatuh ke tangan pengganas, dia merekabentuk sut perisai yang lebih sempurna untuk hapuskan stor simpanan senjata penganas itu. Dalam satu majlis, Stark dikejutkan apabila ada wartawan yang menunjukkan kepada dia gambar-gambar senjata buatan Stark Industries telah dimiliki oleh kumpulan pengganas. Dia juga mendapat tahu bahawa rakan kongsinya, Obadiah Stane, mengkhianati syarikat dengan menjual senjata buatan Stark Industries kepada kumpulan pengganas secara haram.

Seterusnya, Stark menghantar pembantunya yang paling setia iaitu Pepper Potts untuk menggodam sistem maklumat syarikat bagi mengesan sebarang aktiviti penghantaran senjata haram kepada pengganas. Semasa menggodam, Potts mendapati rupa-rupanya Stane memang mengupah kumpulan pengganas tersebut untuk membunuh Stark. Lebih teruk lagi, Stane turut mencuri reka bentuk prototaip sut perisai asal Stark di Afghanistan serta membuat kejuruteraan undur untuk membuat sut versinya sendiri. Dalam klimaks filem tersebut, macam biasa lah filem hollywood, Stark berlawan dengan Stane di dalam sut perisai masing-masing dan akhirnya berjaya mengalahkan Stane. Power ini habis runtuh-runtuh bangunan, kereta accident dan sebagainya. Filem ini ditamatkan dengan pengisthiaran Stark pada press confrence yang di buat bagi menafikan keterlibatan dia tetapi dia telah buat pendedahan hebat dengan mengatakan "I'm Iron Man !" So akan adalah nanti Iron Man II. Pasti punya. Hollywood biasalah...

Selesai menonton. Kami pergi makan di Sungai Merab. Nasib baik pergi awal sebab masa kami tunggu hidangan sampai, punyalah ramai orang. Nampak Datuk R. Buat-buat tak nampak jer. Saya dengan Ajis harap-harap dia tak nampaklah kami. He..he.. Karang nak panggil Datuk lah pulak. Nak berprotokol-tokol le pulak... Malas deennnn.....

0 comments: