
Rabu lepas saya balik ke kampung. Memandangkan hari Khamis esoknya ialah hari kelepasan am sempena Hari Pekerja saya membuat cadangan untuk ke Taman Buaya Melaka (TBM) bersama-sama anak-anak Kak Ngah saya dan anak-anak adik bongsu saya. Sebenarnya TBM ini terletak tidak jauh dari rumah saya. Dianggarkan lebih kurang 10 km sahaja dari rumah saya dan cuma mengambil 10-15 minit masa perjalanan.
Kalau dihitung kali pertama dan terakhir saya ke TBM ini ialah pada tahun 1990 iaitu kira-kira 18 tahun yang lepas ketika saya masih lagi di dalam tingkatan 1. Itupun pergi dengan rombongan sekolah. Entah kenapa saya tiada keterujaan hendak ke sana. Mungkin tidak berminat hendak melihat buaya-buaya tersebut agaknya. Emmmm... yang saya mengimbas kenangan zaman jepun ni apasal le pulak. Saya ceritalah apa yang saya alami semasa mengunjungi taman buaya tersebutlah ye..
Oh! Ya tiket ke taman buaya ini berharga RM 5 untuk pengunjung dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak yang berumur 5 tahun - 12 tahun. TBM ini dalam proses penaiktarafan/ pemulihan pada masa sekarang. Oleh itu banyak monumen-monumen dan kadang-kandang buaya sedang dalam proses pembinaan. Kebetulan saya tiba di TBM, ada pertunjukkan di pentas utama TBM pada jam 11.30am. Pertunjukkan ini dibahagikan kepada 2 segmen iaitu pertunjukkan silap mata dan pertunjukkan buaya. Silap mata dia macam magic show perfomed by David Blane. Yo ko.. acah jer. Biasa-biasa aje macam keluar barang dari beg kosong dan juga 3 orang volunteer kanak-kanak dipanggil untuk membantu pertunjukkan. Segmen kedua diteruskan dengan pertunjukkan bersama buaya.
Pertunjukkan mencium buaya, berus gigi buaya, masukkan tangan dalam mulut buaya dan juga memasukkan duit yang diberikan oleh pengujung ke dalam mulut buaya melalui mulut kakitangan yang melakukan pertunjukkan itu dan ambil semula duit tersebut melalui mulut juga. Agak menyeramkan juga. Tapi saya rasa buaya tersebut telah dikunci pergerakkannya. Mungkin ada ilmu-ilmu untuk menjinakkan buaya itu telah diaplikasikan semasa pertunjukkan itu dilakukan.
Selepas itu pertunjukkan ditamatkan dan para pengunjung pun mula beredar dari pentas utama untuk melihat buaya-buaya yang terdapat di dalam kandang-kandang khas yang disediakan. Tangapan pertama saya semasa melihat buaya tersebut ialah kesian kat buaya-buaya tersebut kerana kadang-kandang yang tersedia ada itu agak kecil dan tidak menarik. Tangapan kedua bagi diri saya ialah tiada yang menarik kalau setakat hendak lihat buaya-buaya tersebut terngaga dan tidak bergerak-gerak. Macam malas buaya-buaya itu itu beraksi.
Saya kemudian menaiki Jurasic Train yang tiketnya berharga RM2.00/ seorang. Apa yang menarik? Keretapi ini macam keretapi yang ada kat Zoo Negara tu tapi gerabaknya sikit ajer dan sidikt uzur. Melalui landasan yang disediakan khas dan melalui terowong-terowong gelap dan anda akan disergah dengan patung-patung dinosaur di kiri dan kanan.
Emmm.. tak menyeramkan tapi melucukan. Entah lah tak tahu kenapa patung-patung yang di jadikan dinosaur itu tidak dibaiki pulih. Kelihatan uzur dan usang. Bukan membangkitkan elemen menyeramkan ataupun menakutkan tapi lebih kepada elemen lucu dan kesian. Rasa macam kat fun fair di Chennai, India pulak. Selain itu ada terdapat rumah hantu dan rumah cermin. Saya tidak memasukki rumah hantu dan cermin itu kerana disebabkan oleh prestasi Jurasic train yang menjengkelkan itu. Nanti buang duit aja. Bagi ketiga-tiga pertunjukkan/elemen ini iaitu Jurasic Train, Rumah Hantu dan Rumah Cermin ini, saya rasa ianya dikendalikan oleh syarikat/ tokei yang berasingan dan disewakan tapak untuk beroperasi. Kunjungi saya ke taman buaya ini ditamatkan dengan aktiviti makan tengahari di Mc Donald yang terletak bersebelahan dengan TBM itu.
Bagi saya jika anda mahu berkunjung ke TBM ini pada masa terdekat ini eloklah perancangan anda itu ditangguhkan dulu.
Pastikan taman ini telah siap sepenuhnya dibaiki pulih. Jika tidak anda anda akan merasa kecewa dan tidak berbaloi dengan nilai wang yang anda keluarkan semasa kunjungan anda itu. Jika sudah siap sepenuhnya pun, anda kena pastikan bahawa anda adalah peminat haiwan-haiwan pemangsa seperti buaya ini. Jika tidak pasti ayat saya " Buaya punya taman buaya" akan sentiasa bermain di benak anda!
0 comments:
Post a Comment