Disebabkan peperiksaan telah berakhir ( saja jer buat mukadimah ini- jangan jelous), semalam saya telah menonton sebuah telefilem di saluran Hallmark C702 mengenai kisah benar usaha murni seorang guru muda yang telah berjaya mendidik para pelajarnya yang bermasalah hingga berjaya. Tajuk telefilem tersebut ialah The Triumph (Kejayaan).
Sinopsis
Ron Clark (Dilakonkan oleh Matthew Perry ) ialah seorang guru muda yang energetik, kreatif dan idealistik telah meninggalkan kampung halamannya di Utara Carolina untuk mengajar di satu sekolah awam di Harlem, New York.
Beliau telah berjaya meyakinkan para pelajarnya tentang keyakinan diri, sifat ingin berusaha serta memajukan diri sendiri melalui penggunaannya peraturan khas di bilik darjahnya dan juga teknik-teknik pendidikan yang sangat inovatif (seperti subjek sejarah- untuk mengingati 42 presiden US, beliau telah menggubakan lagu rap yang ditukar liriknya). Berbekalkan semangat juang yang tak kunjung padam untuk pelajar-pelajarnya, Cikgu Clark cuba membantu dengan menangani mereka masalah-masalah mereka. Walaupun beliau hampir tewas setelah dijangkiti oleh radang paru-paru, Cikgu Clark terus bekerja dengan mengharap bahawa dia boleh menaikkan markah ujian para pelajarnya dengan menjaringkan satu tahap yang boleh diterima ataupun mungkin dengan markah yang lebih tinggi lagi.
Bagaimanapun, apabila Cikgu Clark kembali bertugas setelah pulih dari penyakitnya (2 minggu beliau terlantar di rumah), dia mendapati pelajar kelasnya masih lagi tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan.
Namun begitu beliau tetap optimistik mengenai peluang-peluang yang mereka boleh capai. Setelah seminggu berlalu, para pelajarnya telah menduduki peperiksaan negeri.
Akhirnya, segala kerja keras Cikgu Clark has already borne the sweet fruits apabila keputusan peperiksaan keluar. Beliau telah dihadiahkan dengan kejayaan besar apabila para pelajar kelasnya telah mendapat purata markah tertinggi di negeri. Cikgu Clark telah dianggap oleh para pelajarnya sebagai seorang guru terbaik mereka di dunia.
Klise bukan? Tapi ini adalah kisah benar. Sila lawati laman web ini- About Ron Clark untuk mengetahui kisah sebenarnya dengan lebih lanjut. Kadang-kadang di dunia yang rata-ratanya hampir semua manusia yang mementingkan diri sendiri masih lagi terdapat insan-insan mulia yang masih lagi sudi menghulurkan tangan membantu manusia lain yang amat memerlukan bantuan dan dorongan.

Matthew Perry (kiri) dan Cikgu Ron Clark
p/s : Telefilem ini akan diulang tayang semula di saluran Hallmark C702 pada 8 Mei (jam 10.00 pm) dan 9 Mei (jam 3.00 pm).
0 comments:
Post a Comment