Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun berjauhan. Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel.
Telefon bimbit (juga dikenali sebagai telefon mobil, telefon wireless, telefon selular, telefon sel, atau hand phone(hp) adalah peralatan elektronik mudah alih yang digunakan untuk komunikasi data dan suara melalui tapak stesen yang khusus yang dikenali sebagai cell sites. Beraneka bentuk teknologi telefon bimbit telah dicipta bermula dari teknologi Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSM), dilengkapi pula WAP / GPRS sehinggalah ada yang boleh memuat turun muzik, dihubungkan ke Internet serta merakamkan gambar secara pegun atau visual. Hebatkan!
Kenapa saya bagi mukadimah yang pasal hphone ini ? Nak tahu? Macam tajuk kat atas tu lah, kali ini saya hendak bercerita tentang telefon bimbit yang pernah saya miliki dan saya gunakan sepanjang hidup saya setakat ini.
Jenama telefon bimbit saya yang pertama ialah Erisson model T10. Warna unggu. Masa tu saya bekerja di syarikat IT swasta. Saya tak beli. Abang saya yang bagi. Masa tu pakai pre-paid, 013. Hphone tu cinonet jet. Tapi masa tu mahal beb. Tak der skrin colour. Nada dering adalah monophonic. Monophonic ringtone adalah ringtone yang boleh hanya memainkan satu jenis musical tone pada satu masa sahaja. Hphone ini guna teknologi 1G jer iaitu ia hanya berupaya memindahkan suara seseorang pemanggil dari satu telefon ke satu telefon lain. 
Selepas itu bila dah bosan dan rasa hphone tu dah tak canggih. (sebenarnya dah rosak, kalau tak rosak jangan harap nak beli lain). Saya tukar ke handphone Nokia 1012. Lama jugak pakai hphone ini pasal hphone jemana Nokia kan tahan lama. Masih lagi nada dering dia jenis monophonic. Saya gunakan hinggalah LCD skrin dia asyik-asyik hilang/padam. Kena letak kertas kat belakang bateri dia. Hphone nie selalu orang cakap, "kalau baling anjing sure mati ler anjing tu". Ye ker ? Kot-kot baling anjing, Anjing tu amik bawak lari baru tahu. Masa nie dah tak pakai prepaid dah. Pakai postpaid pulak. Pasal dapat dari kak ipar punya adik. Dia kerja kat telekom dan dia dapat 3 line percuma. Satu dia bagi kat saya. Tak payah bayar caj sewaan talian. Jimat banyak...
Selepas selalu ada masalah kat hphone Nokia tu dan ada duit sikit. Usha-usha ler nak pakai hphone apa. Tengok ada staff vendor (Zul HTP- mH takut kat dia nie...he..he.. ada sejarah kat sini. Ingat tak lagi wahai mH ?) pakai hphone Samsung. Teringin nak pakai. Skrin colour. Ada ciri-ciri animasi. Polyphonic lagi. Polyphonic ringtone adalah ringtone yang boleh main pelbagai jenis tones pada satu-satu masa.. Contohnya MIDI file. Tak der storan luar. Teruja sangat nak beli. Gi kedai kat Pekan Subang. Hari-hari gi survey. Satu hari bila dah dapat gaji pi lah. Boleh trade in lagi hphone lama tu. Tokei kedai hphone tu nak amik RM100. Baik jer dia nak pegang. Tup tetiba jer skrin LCD Nokia lama tu padam. "Aiyaaa.. ini macam wa amik RM70.00 le kawan. Mahu betul itu LCD lagi". Tokey cina tu cakap kat aku. Hammpess punya hphone kalau nak tunjuk perangai pun tunggulah aku dah bayar hphone baru tu.. Okeylah aku procedd jelah harga tu nak buat mana mana kan.
So mulai hari tu aku pakailah h/phone jenama Samsung model C100. Pakai hphone ini lama jugak dari july /ogos tahun 2004 hingga tahun 2007. Hingga ada masalah bateri. Balik-balik kalau banyak call mesti bateri flat. Kena charge selalu. Hinggakan aku rasa perlu berhijrah beli hphone baru. Masalah pakai hphone jenama samsung nie ialah bila time lupa bawak charger. Susah nak carik/pinjam charger sebab jarang orang pakai. Pernah jadi masa hari raya. Charger rosak. Sorang ahli keluarga saya tak der pakai Hphone Samsung. Kedai hphone tutup. Nak pinjam charger saper kat kampung. Time tu punyalah gigih jadik engineer betulkan sendiri charger tu. Hebatkan. Akhirnya boleh bertahan 2-3 jam jer nak guna charger tu. Hampesss. Oh.. selepas setahun lepas tu kat opis dah ramai orang pakai hphone salah seorang dia Asue (apasal dia punya nick name Asue ekkk... oh..mungkin dia suka cakap sukalah..kot?)
Agak dah kaya sikit. Gaji pun dah ada lebih sikit. Cubalah usha-usha hphone baru. Tapi nak cari nokia jer. Sebab belajar dari pengalaman yang h/phone jenama ini tahan lama dan mudah nak carik charger. Usha punya usha, cari punya cari saya ambil Hphone Jenama Nokia model 6280. Okey ada external memori, kamera 2 MP, Clour skrin. Truetone lagi. Puas hati. Bila bandingkan hphone lama dengan hphone ini, rasa skrin hphone lama tu kecik giler. Masa beli tu makan riban jugak harga dia. Sekarang dah murah kot dalam RM 700 dah boleh dapat. Harap tahan lama hphone nie.
Okeylah itulah sejarah penggunaan hphone saya. Agak lambat penggunaannya. Sekarang nie budak-budak sekolah pun dah pakai hphone. Anak buah saya tingkatan 1 lagi dah pakai. Selalu sms saya minta suruh downloadkan lagu untuk dia. Masa saya dulu ada ler 2-3 orang student kat U yang pakai. Stok-stok anak orang kaya. Prepaid pun belum glamer lagi. Sekarang nie hampir semua budak U ada hphone. Ada tu hphone punya lah canggih-manggih. Sudah tua rupanya pak cik. Begitu cepat masa berputar.
p/s: Pesanan penaja. Kalau nak basuh baju pakai mesin basuh jangan lupa check dulu kat poket baju atau seluar. Kot-kot ada h/phone kat dalam poket tu. Jangan jadik macam ....... (isi tempat kosong). He..he..he....
Wednesday, April 30, 2008
Sejarah Telefon Bimbit Saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment