Pages

Tuesday, April 29, 2008

Filem Forbidden Kingdom (Kerajaan Larangan)

Semalam saya ke Putrajaya. Singgah sebentar di pejabat lama. Rasa macam terasing sikit. Kawan-kawan ramai yang sudah tiajavascript:void(0)
Publish Postda lagi di situ. Selepas beramah mesra dan melawat teman-teman lama yang masih ada. Pergi ke sesi kaji selidik puan mH di Persint 9. Selepas tu. Tarrra.. saya pergi tengok Filem Forbidden Kingdom kat GSC Alamanda semalam. Saja nak test tengok. Okey jugak. Tempat baru dan orang pun tak ramai. Saya ceritalah sikit pasal filem ini, boleh? tentulah boleh pasal blog ini blog ana. Ana punya sukalah... Hekkk..khe..khe..

Filem Forbidden Kingdom merupakan sebuah filem bergenre aksi, fantasi, penggembaraan dan ada sedikit komedi. Ia memulakan ceritanya dengan kisah seorang remaja Amerika bernama Jason (lakonan Angarano) di abad ke-21 yang sangat meminati filem-filem aksi kung-fu dari Hong Kong.Ketika membeli klip filem Hong Kong di sebuah kedai, Jason tertarik pada sebilah tongkat yang kelihatan antik dan unik tanpa mengetahui latar belakangnya.

Biasalah dalam sesuatu cerita kalau ada cerita tentang remaja yang baik mesti ada remaja yang jahat dan kaki buli. Jason ini kategori "baik punyaaaa...". Tak pandai gaduh cuma minat cerita kung-fu jer. Semasa tengah berborak dengan awek sekolah dia Jason ini telah didatangi dan dibuli oleh Geng kaki buli. Jason kemudiannya telah di ugut untuk menunjukkan tempat di mana dia selalu membeli VCD kung fu. Dalam keterpaksaan pasal takut kena pukul lagi si Jason yang nerd ni bawaklah si Geng Buli ni ke kedai tu di China Town. Geng jahat tu berhasrat nak pau tokey kedai tu. Dalam kekalutan dia orang nak rompak kedai tu, ketua geng kaki samseng tu telah tembak apek kedai tu (nama apek tu Lau). Dalam keadaan nazak tu, Jason telah diserahkan tongkat sakti tu dan apek tu suruhlah si Jason tu lari. Geng jahat tu tak puas hati pasal si Jason tu sudah nampak dia tembak orang. Jason telah larikan diri atas bumbung bangunan. Geng jahat aka Geng Buli ni macam brutal lah kejar si Jason. Entah apesal lah si Jason tu lari naik atas bangunan tu pun tak seorang pun tahu. Macam tak der motif. Jeng..jeng.. Bila sampai kat atas si Jason nie dah stuck dah. "Mana mahu lari hah?" Kata orang jahat itu. Ketua geng jahat tu nak tembak dia.. "Oh..Tidak.." Jason telah terjatuh dari bangunan itu dan tiba-tiba, Jason telah mendapati dirinya berada di zaman lama China. Atas katil lagi di sebuah perkampungan China kuno. Rupa-rupanya, tongkat tersebut adalah tongkat sakti yang digunakan oleh Monkey King pada 500 tahun dulu ketika menentang Maharaja Jade dari pasukan Warlord.

Banyak sangatlah kebetulan dalam cerita ini. Salah satunya ialah sedang perkampungan para petani yang menyelamatkan si Jason ini diserang tentera Raja, datang le si Jackie Chan. Jackie Chan nie sudah tolong sama si Jason melarikan diri. Lepas tu kat kedai kopi (opppsss... kat China ada kedai teh jelah) ada pulak si Golden Sparrow yang tolong pulak. Lepas tu si Jet Li pulak rampas tongkat tu. Jackie Chan pi lah menjejaki si Jet Li dan telah fight untuk amik balik tongkat sakti tu. Punya le penat Jackie Chan dan Jet Li gaduh-gaduh, pahtu diorang baik semula dan berpakat membantu Jason menyerahkan tongkat sakti tu kat Monkey King. Aku rasa diaorang telah mengaplikasikan teknik negotation "open cry" kot seperti mana yang diajar dalam subjek Software Agent saya lah. Lepas tu si Jet Li tengok muka budak Jason tu dan ketawa..ha..ha.. lepas tu Jackie Chan pun ketawa...ha..ha.. Emmmm... entah apa tah yang lawak bangat aku pun tak tahu. Jangan-jangan si Jason tu bakal jadi Raja Lawak Musim ke 3 kot.

Okey, dalam pada masa tu adalah teknik flash back yang diceritakan oleh Jackie Chan tentang sejarah tongkat tu. Cerita dia macam nie: Monkey King telah diajak memperlihatkan kekuatan masing-masing di istana Maharaja Jade. Namun, Maharaja Jade (Collin Chou) telah menipu Monkey King sehingga dia menjadi batu dan tongkat sakti tersebut dicampak ke tengah-tengah negeri. Menurut ramalan, seorang remaja dari dunia luar akan menjumpai tongkat sakti dan mencari Monkey King yang telah bertukar menjadi batu. Okey tu jer flash back dia.

Jason memulakan pengembaraannya untuk mengembalikan tongkat sakti tersebut kepada Monkey King dengan sahabat baru yang ditemui tadi iaitu Mahaguru kungfu, Lu Yan (Jackie Chan), Silent Monk (Jet Li) dan Golden Sparrow (Crystal Liu Yi Fei), yang mengetuai penggembaraan tersebut.

Kemudiannya, penggembaraan mereka dihalang oleh sekutu Maharaja Jade iaitu Ni Chang yang berambut putih (Li Bing Bing). Power hoh..rambut dia. Boleh belit-belit orang nie. Sepanjang penggembaraannya Jason belajar mengenai kejujuran, kesetiaan, persahabatan dan erti sebenar kung-fu.

Jika nak tahu samada Jason dan rakan-rakannya berjaya mengembalikan tongkat sakti atau tidak dan mampukah Jason pulang ke zamannya semula, bacalah cerita kat bawah nie. Kalau tak nak ada spoiler sebab anda nak tengok sendiri filem ini kat wayang janganlah baca.

Macam citer Hollywood lainlah.. mestilah mereka berjaya. Adegan cerita ini macam klise lah. Saya dah agak ending dia. Si mamat tu jumpa orang jahat tu sensorang pasal nak air hikmat untuk bagi sembuh Jackie Chan yang telah di panah oleh Ni Chang. Apa tah nama air tu "elikser" ke apa tah. Objektif sebenarnya untuk memulangkan tongkat tu dah lari dah. Kalau buat research nie, kira dah fail dah sebab tak memenuhi objektif kajian. Pahtu Jet Li dan Golden Sparrow datang tolong. Sparrow mati kena power orang jahat. Tulah sapa suruh interframe masa hero tengah lawan orang jahat. Jason sedih pasal Golden Sparrow yang kononnya mak we dia tu mati. Dia tak leh hidupkan Golden Sparrow lagi. He..he.. padan muka. Masa part ni saya dah agak dah dia mesti jumpa punya lah awek nie kat masa depan. Lepas tu orang jahat - Maharaja Jade mati di bunuh oleh Jason dengan cucuk sanggul awek dia yang menemui ajal itu.

Jason lepas tu dia dihantar balik ke zaman dia di US melalui gate of no gate (apa ke benda punya istilah ler). Terdampar balik kat tempat dia jatuh memula tadi. Geng orang jahat tu sambung belasah dia. Disebabkan dia dah terror kung fu dia belasah balik ketua geng jahat tu. Geng-geng lain mamat jahat tu bukan berani pun. Dioarang tengok ketua dia dah teruk kena pukul dia orang cabut tak cukup kaki. Tokey kedai tu selamat (rupa-rupanya apek kedai tu Jackie Chan- dia tak mati pasal dia immortal) dan telah dibawak naik ambulan ke hospital. Lepas tu kan dalam ramai-ramai penonton kat temmpat kejadian tu, ada lak pompuan yang macam Golden Sparrow. Kan saya dah cakap. Dia rupanya tokey kedai cenderamata nama Golden Sparrow jugak kat depan kedai Apek kedai tu. Dia yang call 911 dan dia nampak geng jahat tu nak rompak kedai tu. Seksi giler ini awek. Masa zaman cina kuno dulu ayu jer. Then adegan ditamatkan dengan watak Jason tu tengah berlatih kung fu kat atas bangunan.

Sekian, terima kasih. Hampeh betul cerita dia. Gerak aksi dia pun slow sikit. Tapi gerak peralatan dia best. Macam pedang patah, tembakan anak panah, cucuk sangul Sparrow yang terbenam kat tiang dan sebagainya. Nampak Best giler. Tapi bagi saya best lagi cerita Jackie Chan " Rumble in Bronx".

p/s: Sub-title dia macam ke laut jer transalation dia. Dia orang terjemahkan kung-fu sebagai Gong-Phu. Betul ke kung-fu tu sama makna dengan Gong-Phu ? Aiya...

0 comments: