Pages

Saturday, April 5, 2008

Balik Kampung : Journey which are calling the nostalgic


Cis tajuk entri macam bagus jer.. Macam cerita Hindi Vivah: Journey from engagement to marriage. Ahakkksss… Sebenarnya saya berada di kampung sekarang. Semalam sewaktu sedang memandu teringat pula nostalgia lama yang berkaiatan dengan pengangkutan yang membawa saya pulang ke kampung halaman yang tercinta.
Sebenar aktiviti balik kampung sudah menjadi semacam rutin bagi saya dewasa ini (mukadimah ayat macam karangan budak SPM je..hik..hikk). Bukannya jauh pun dari Negari Hang Tuah dengan Negeri Adat Pepatih ini. Sekitar ± 100km jer. Melalui lebuh raya utara selatan cukup mudah dan memendekkan masa perjalanan. Bayar sahaja duit tol dan minyak sahaja.

Ok jom .. kita balik ke zaman lampau dengan mesin masa buatan Malaysia yer dengan bahan pembakar minyak masak kelapa sawit Saji .. Okey sila ketatkan tali pinggang anda.. Vroooooooommmmm…

Saya melanjutkan pelajaran pada peringkat matrikulasi di Kuala Lumpur bermula tahun 1997. Pada masa tersebut kenderaan yang saya gunakan untuk balik kampung ialah bas ekspress. Naik dari Puduraya atapun dari stsesen bas ekspress yang terletak di Sebelah Sungai Melaka. Sekarang ini stesen tersebut telah pun berpindah ke Melaka Sentral yang serba canggih. Adalah sekali saya pernah menaiki bas dari sana. Tapi sekali Cuma dan dah lama dah.

Selalunya saya akan naik bas ekspress dari syarikat bas transnasional. Memula dahulu ada syarikat bas baru yang iaitu bas Seri Mutiara kalau tak silap. Memula tu okey jer bas tersebut sebab semuanya serba baru tetapi selepas beberapa tahun basnya sudah tidak selesa untuk dinaiki. Tempat duduk sudah tidak empuk. Bas pun lembab giler so saya bertukar balik naik bas transnasional. Syarikat bas transnasional ini selain dari keadaan basnya yang selesa, jadual perjalannnya pun teratur. Kalau hujung minggu atau musim perayaan jadual perjalanannya selang ½ jam sahaja. So kalau kita terlepas bas 10.30am. Bas 11.00am sudah sedia menanti untuk bertolak. Tidak perlu beli tiket dahulu kerana tiket boleh dibeli pada bila-bila masa sahaja.

Tiada pengalaman istimewa yang saya pernah ditempuhi. Waktu paling best sekali naik bas ini ialah ketika bas baru nak bertolak keluar dari terminal bas Puduraya. Rasa macam best jer saat tu. Tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan kita telah berjaya keluar dari kepompong asap kenderaan yang tepu di dalam terminal tersebut agaknya. Tapi ada satu detik yang seakan klise dan melankolik ialah sewaktu selekoh nak masuk ke PLUS. Ada perasaan lainlah. Saya suka memandang pemandangan keluar. Rasa macam sedang berlakon video klip lagu slow ballad pulak. Agak jiwang sekali. He..he.. Selepas 20-30 minit pandangan agak gelap sebab saya dah tertidur, tersedar sahaja sudah sampai separuh perjalanan. Yang menjadi kepantangan saya ialah selepas tidur pasti sudah tidak boleh tidur lagi. So terkebil-kebil menanti sampai ke destinasi.

Satu lagi yang part yang best ialah disebabkan rumah saya di Melaka tidak jauh dari jalan besar yang dilalui oleh bas-bas ekspress ini maka tidak perlulah saya pergi ke stesen bas. Suruh ajer brader driver tu berhentikan ajer dekat simpang. Dan seterusnya berjalan kaki lah saya ke rumah… Sesuatu yang saya terkilan ialah tak terfikir pulak nak mengayat awek-awek Melaka… Kalau tak dah ada anak 10 orang dah agaknya sekarang.

Tahun 1998. Saya dah ada kenderaan sendiri. Masa ini saya di tahun satu. Seronok giler. Tak payah bersusah payah menaiki bas untuk ke mana-mana. Urusan di universiti pun mudah. Tak perlu berpeluh-peluh ketiak dan membanting tulang 4 kerat nak ke kuliah. Vroomm sana.. vroom sini. Nak balik kampung pun mudah. Agak hujung minggu tak der assignment atau aktiviti terus ajer balik kampung. Tapi aktiviti lazim saya ialah balik ke rumah Kakak di Subang setiap hujung minggu kalau tak balik ke kampung. Sebab apa? Pasal malas nak basuh baju sendiri. So bawaklah himpunan baju terpakai seminggu untuk dibasuh. Macam hantar kat kedai dobilah pulak… Keh…keh..

Dunia pemotoran beroda dua ini saya ceburi sehingga tamat belajar dan juga bekerja di sektor swasta dan awam hingga November 2004. Masa saya bekerja di sektor swasta sahaja dahulu kena bekerja ½ hari pada hari Sabtu. Teragak sahaja nak balik terus sahaja merempit balik Melaka tidak kira panas atau hujan. Esoknya perlu pulang ke Subang semula. Gigih sungguh dahulu walaupun cuti cuma sekejap. Sekarang ini nak tunggu cuti lama sikit baru nak balik. Part paling best ialah sewaktu belajar dahulu. Setelah solat subuh di pagi Sabtu teragak sahaja hendak balik terus pack beg dan balik. Matahari masih lagi malu-malu nak keluarkan cahaya kita dah terpacak di depan rumah memberi salam. Masih lagi terbau bau embun-embun di dahun-dahun pokok. Bau tanah yang terapung ruang udara. Perggghh… nostagik sekali kenangan itu. Terjiwang lagi le pulak..

Side efek bila telah menunggang motor hampir 2-2 ½ jam ialah kita akan mengalami kekebasan di sekitar peha dan bahagian belakang pinggang. Ala.. lepas 5 minit okey jer.. Pengalaman pahit. Motor pancit di tengah lebuh raya. Nasib baik ada orang yang datang menolong.

Tahun 2005. Saya dah tak balik kampung naik bas ataupun motosikal lagi. Kekerapan balik kampung 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Bayar duit tol dan isi minyak jalan terus. Pagi, petang atau malam tiada masalah. Perjalanan cuma 1 – 1 ½ jam sahaja.

Selepas ini tidak tahu pula apa jenis kenderaan yang ada. Kalau ada keretapi laju pun ok juga. Duduk kampung kerja kat area KL. ½ jam dah sampai. Tapi itu sudah tidak dikira sebagai balik kampung lagi kan? Dan bila agaknya akan ada kemudahan itu. Kalau ada pun entah sempat ke tidak untuk merasainya. Haru dinoktahkan disini. Nota pelajaran harus dibaca.

0 comments: