Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (PBAKL) adalah acara tahunan dalam kalendar rasmi Malaysia.
Ia dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Di dalam tahun ke 27 penganjurannya, ia menyediakan ruang kepada para penerbit dalam dan luar negara memperkenalkan buku terbitan terbaru mereka.
Tarikh: 4 - 13 April 2008
Isnin - Khamis: 10.00AM to 7.00PM
Jumaat - Ahad & Cuti Umum: 10.00AM to 9.00PM
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sudah diwujudkan sejak 27 tahun yang lalu. Sekarang ia merupakan acara utama bagi industri buku di Malaysia. Sejak itu, tahun demi tahun ia menjadi acara tahunan untuk masyarakat dan mereka yang terlibat dalam industri buku tempatan mahupun antarabangsa.
PBAKL berjaya menarik penerbit-penerbit dari USA, UK, negara-negara Eropah dan Arab, Australia, China, India dan negara-negara Asean. Ia juga menjadi medan pemasaran bagi para pustakawan dari universiti-universiti dan kolej-kolej di Malaysia. Kebanyakannya akan menggunakan bajet tahunan untuk acara sepanjang 10 hari ini.
PBAKL pada tahun diadakan daripada 3 hingga 14 April 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia. Ia bertujuan mempamerkan penerbitan terkini, termasuk buku-buku pendidikan yang diterbitkan oleh penerbit tempatan dan antarabangsa. Selain itu, ia juga menjadi medan pertemuan untuk semua penerbit dan peniaga buku dari serata dunia.
Sejak Menteri Pendidikan memberi penekanan kepada pembelajaran bahasa-bahasa asing seperti bahasa Jepun, Korea, Perancis, German, Arab, Mandarin, Kantonis, dan Indonesia, ia dapat mewujudkan permintaan yang tinggi kepada hak cipta antarabangsa.
Selain daripada pameran buku, bengkel-bengkel dan seminar-seminar berkaitan industri buku juga turut dianjurkan. Ini bertujuan bagi meningkatkan tahap profesionalisme sesama komuniti dalam industri buku. Dengan corak hidup yang penuh warna-warni, Kuala Lumpur menjanjikan keseronokan yang tiada tandingan di rantau Asia.
Masyarakat yang berbilang bangsa sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. Di sini, anda juga dapat menerokai perpaduan yang baik di kalangan tiga bangsa utama yang terdapat di Malaysia- Melayu, Cina dan India. Dengan gabungan keistimewaan masakan dan budaya Asia yang memikat, ianya menambahkan lagi keunikan Malaysia. Sambil menikmati suasana tropika yang mempesona dan bandar yang moden, perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia (KLIA) yang mengambil masa kurang dari satu jam tidak akan terasa.
Monday, April 7, 2008
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (PBAKL)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment