Kali ini saya berminat nak cerita sedikit tentang sebuah pasaraya besar (Hyper) iaitu Giant yang saban hari tumbuh macam cendawan lepas hujan. Kenapa saya nak cerita pasal Hyper Supemarket ini. Entah, saja nak buang masa jer agaknya. Marilah kita berkenalan dulu dengan pasaraya ini dulu ekkk…
Giant Hypermarket ialah sebuah rangkaian pasar raya dan peruncit yang utama di Malaysia, Singapura dan Indonesia dan merupakan anak syarikat Dairy Farm International Holdings. Jenama gedung Giant ditubuhkan oleh keluarga Teng sebagai sebuah kedai runcit kecil dalam salah satu kawasan pinggir bandar di Kuala Lumpur pada tahun 1944. Misinya ialah untuk menawarkan pelbagai produk pada harga yang serendah mampu. Oleh sebab reputasinya bertumbuh, begitu juga dengan perniagaannya.![]()
Dairy Farm yang membeli Giant pada tahun 1999, mengakui bahawa kunci kejayaan Giant sekian lama merupakan kebolehannya untuk tidak putus-putus menawarkan produk yang nilainya setimpal dengan harga. Dairy Farm mengekalkan prinsip teras ini sungguhpun ketika mengubah wajah Giant menjadi jenama kebangsaan dan antarabangsa.
Setelah usaha enam tahun yang merangkumi rekabentuk baru gedung-gedungnya, pengenalan produk bukan makanan dalam pasar hiper Giant, pelaksanaan piawaian runcit antarabangsa yang merangkumi keselamatan, kebersihan, latihan berstruktur, dan persekitaran beli-belah yang bertenaga serta juga fungsi pembelian berpusat dan peningkatan mutu operasi, Dairy Farm telah menjadikan Giant sebagai peneraju yang tidak tercabar dalam sektor peruncitan Malaysia.
Pada tahun 1999, gedung Giant Hypermarket pertama dibuka di Shah Alam, Selangor. Menjelang tahun 2006, syarikat ini telah mengembang menjadi sejumlah 73 pasar hiper/raya di Malaysia dengan saiz cawangan dari pasar hiper 350,000 kaki persegi di Shah Alam hingga pasar raya 11,000 kaki persegi di Bangsar, Kuala Lumpur. Rangkaian ini juga meliputi tujuh gedung di Singapura dan 15 pasar besar di Indonesia. Pasar hiper Giant menawarkan selingkungan luas barangan tempatan, seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan hasil laut yang segar dalam persekitaran pasar basah.
Tu dia sampai Indonesia mak cik-mak cik dan kakak-kakak ooiiii.. Kata orang pasaraya sebeginilah yang membunuh usahawan / pekedai-pekedai runcit kecil-kecilan. Mungkin ya atau tidak. Tapi saya tengok ada juga kedai-kedai baru yang muncul atau dibuka. Ambil contoh di taman saya ini ajer. Ada satu kedai milik bumiputera yang menjual secara kecil-kecilan. Di kawasan apartment dalam 300 meter dari kedai itu pula ada 2 lagi kedai runcit kecil yang dibuka. Okey jer diaorang berniaga. Tapi mungkin kadar keuntungan yang diperolehi tidak seberapa disebabkan oleh kewujudan pasaraya besar ini agaknya.
Emm.. tidak tahu pula saya dari segi impak ekonomi makro dan mikro kerana saya ini bukanlah seorang ahli ekonomi . Tapi saya nak sentuh dari sudut pengguna pula. Sebenarnya pasaraya hyper ini lebih meyenangkan pengguna untuk membeli-belah. Nak cari apa pun ada. Senang dan mudah. Cari dan ambil sahaja dari rak-rak yang tersusun. Macam pergi ladang anggur. Jalan-jalan dan petik saja dari pokoknya. Tak payah menghadapi kerenah pekedai. Pengalaman saya dengan kedai runcit di taman saya sahaja sudah cukup untuk menyenarai hitamkan kedai tersebut. Ada ke patut nak beli kelapa parut kena minta 2-3 kali baru nak buat. Akhirnya dia kata kelapa dah habis. Belum lagi nak bayar harga barang. Dia telah pergi belakang kedai. 10 minit nak tunggu dia datang utuk buat bayaran. Hai, kalau beginilah cara kerjanya, alamat tak lama lagi bungkuslah jawapnya. Maafkan saya, bukan niat saya mendoakan yang tidak baik akan tetapi kehendak penggguna/pelanggan perlulah dijaga. Tabiat atau budaya kerja tu yang mesti di SPI kan.Oppss.. Ala-ala subjek sains computer lah pulak. SPI = Software Process Improvement. Bercakap pasal kelas SPI, malam tadi merupakan kelas SPI yang terakhir. 2 minggu lagi hendak exam. Belum cukup saya faham dan mesra dengan subjek ini, tetiba sahaja kelas telah sampai ke penghujungnya.
Opss.. melalutlah pula. Harus berhenti di sini. Hendak pergi Pasaraya besar Giant. Ada barang yang perlu dibeli… Itulah sebenarnya motif saya bercerita tentang Giant Hypermarket kali ini !
Wednesday, April 2, 2008
Pasaraya Besar Giant
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Pernah dengar cerita yang dulu tokei Giant nieh apek yang jenis selalu pakai sluar seteng....pi ler ker Bank....hah sekali dia bawak kluar duit nk bank in...berkepok2
Post a Comment