Kali ini kita gali tentang topik dalam sistem rangkaian sikit. Selalu jer kita dengar apa itu IPv6 kan tapi kita pasti ke apa benda menatang IPv6. Moh...kita fahami sikit apa itu IPv6.
Memahami konsep IPv6
Perkataan IP adalah dari singkatan dari perkataan Internet Protocol. IP merupakan satu cara dimana maklumat dihantar dari satu komputer ke komputer yang lain didalam satu jaringan.
Untuk memudahkan penghantaran dan penerimaan, setiap komputer yang wujud didalam jaringan akan diberikan no IPnya sendiri.
Jika komputer tersebut wujud didalam jaringan persendirian, ianya akan diberikan no IP Persendirian (Private) dan jika komputer disambungkan kepada Internet secara terus ianya pula akan diberikan no IP Umum (Public).
Konsep no IP ini adalah seperti konsep no telefon, setiap perkakasan telefoni yang mempunyai kemudahan untuk membuat panggilan perlulah ada no tel mereka sendiri. Di Internet pula, setiap komputer atau perkakasan yang hendak mengakses Internet perlulah mempunyai no IP unik mereka sendiri.
No IP sesebuah komputer boleh diperolehi dengan memilih Start > Run > CMD > Ipconfig. No IP yang digunakan sekarang adalah didalam versi IPv4. Contoh IPv4 adalah seperti berikut:
Public IP 202.188.23.14 (boleh digunakan untuk diakses dari Internet)
Private IP 10.10.10.100 (hanya boleh digunakan untuk diakses didalam jaringan persendirian)
Sistem no IPv4 yang digunakan sekarang mempunyai 4 ruang untuk 3 digit nombor digunakan. Kombinasi 4 ruang dan tiga digit ini boleh menghasilkan sebanyak lebih kurang 4 billion (4,294,967,296) no IP yang unik.
Ianya memang mencukupi semasa ianya mula diwujudkan pada awal tahun 70an. Namun dengan munculnya kemudahan Internet, jumlah komputer yang memerlukan no IPnya sendiri telah meningkat.
Dengan wujudnya telefon bimbit dan peralatan mudah-alih yang memerlukan no IP mereka sendiri apabila ianya membuat sambungan ke Internet, ini telah menyebabkan keperluan no IP yang unik telah naik secara mendadak.
Dengan permintaan no IP yang melebihi jumlah yang ada, kebanyakaan pembekal kemudahan Internet tidak memberikan no IP tetap kepada pengguna, mereka memberikan no IP yang berubah-ubah (Dynamic IP) kepada pengguna.
Namun pemberian no IP yang berubah-ubah ini menyukarkan pengunaan jika perhubungan ingin dibuat dari Internet ke perkakasan tersebut. Ini adalah ibarat no telefon yang berubah-ubah akibat kekurangan no tel. No tel akan hanya diberi kepada mereka yang ingin membuat panggilan sahaja.
Didalam konsep no tel, jika no telefon di sesuatu kawasan tidak mencukupi satu digit lagi akan ditambah untuk memberikan lebih banyak lagi kombonasi nombor disesuatu kawasan tersebut. Penambahan digit ke dalam no telefon tidak begitu menyukarkan kerana setiap negara, kawasan dan bandar mempunyai kod-kod mereka sendiri, namun no IP di Internet adalah no untuk seluruh dunia tanpa kod negara atau kawasan. No IP pula tidak boleh ditambahkan seperti menambahkan digit kepada no telefon.
Dengan kekurangan no IP ini, suatu langkah perlu diambil supaya ianya tidak menjejaskan pengunaan jaringan oleh semua pengguna yang ingin menyambungkan peralatan mereka ke Internet.
Langkah yang telah diambil adalah dengan menaiktarafkan konsep no IP yang digunakan sekarang dari IPv4 kepada IPv6.
Perbezaan diantara IPv4 dan IPv6
IPV6 merupakan satu initiatif untuk menambahkan jumlah no IP yang boleh digunakan oleh peralatan yang ingin disambungkan ke Internet.
Kebanyakan peralatan sekarang menggunakan kemudahan IPv4, dimana IPv4 boleh menghasilkan sebanyak 4,294,967,296 alamat. IPv6 pula boleh menghasilkan sejumlah 340 undecilion no IP.
Berapa besar agakanya undeciliion itu? Jika million mempunyai 6 kosong, undecilion pula mempunyai 36 kosong.
Selain daripada jumlah no IP yang boleh dihasilkan, berikut adalah perbezaan diantara IPV4 dan IPv6:
1. Paparan
contoh paparan IPv4 - 202.118.23.45 contoh paparan IPv6 - 3ff3:501:8:45:260:97ff:fe40:efb
2. Aksara
IPv4 - 4 field, 3 digit - 0-9 IPv6 - 8 field, 4 aksara - 0-9, a-f
3. Pembahgian field
IPv4 - menggunakan (.) dot atau titik IPv6 - menggunakan (:) colon atau dua titik bertindih untuk mendapatkan no IPv6 anda bolehlah melayari laman web www.mynic.net
p/s: I'm posting this article by using the Qumana Tools. With this tools we can write the article when we're offline and can publish it when our pc have connection to the internet. Very helpfull. You can download it on Qumana- tools for bloggers
Tags: ICT
0 comments:
Post a Comment