Pages

Thursday, April 24, 2008

Cuti-cuti Malaysia


Agak lama juga tak kemaskini blog ini. Maklumlah minggu peperiksaan sedang berlangsung. Tapi sekarang sudah selesai semuanya. Malam tadi merupakan peperiksaan yang terakhir bagi semester ini. Walaupun sekarang, ikutkan macam sudah merdeka buat sementara waktu dalam 10 minggu akan datang tapi perasaan saya tidaklah rasa macam merdeka sepenuhnya. Entah kenapa? Mungkin disebabkan oleh rasa kurang puas hati semasa menjawab soalan-soalan exam pada semester ini agaknya. Yang pasti soalan malam tadi rasa macam entah apa-apa yang saya jawab. Semakin banyak yang saya tulis terasa huruf A di slip keputusan nanti semakin berbalam-balam sahaja dari penglihatan. Emmm...

Kita tinggalkan dulu kisah duka peperiksaan akhir saya itu. Seperti biasalah, saya ni kan suka buat ulasan. Kali ini saya nak bercerita tentang kisah cuti-cuti Malaysia saya yang saya jalani pada 12-13 April yang lepas. He..he.. dalam kerisauan nak exam sempat juga bercuti. He..he.. kali ini saya akan bercerita tentang Taman Tema Air Lost World of Tambun.

Lost World of Tambun


Kisah ini bermula pada pukul 10.00 am. Saya bertolak dari rumah dan sampai di bandar Ipoh jam 1.00 pm. Oh. Ya percutian ini saya sertai bersama dengan Famili abang saya ( 2 dewasa & 2 kanak-kanak) dan juga ibu saya. Check-in di hotel Sun Inn. Okeylah, tak mahal pun dan dekat sahaja dengan taman tema tersebut. Pukul 2.00 pm. Terus pergi Taman Tema tersebut. Waktu di tempat letak kereta hendak menuju ke pintu masuk taman tetiba ada pak cik tu nak jual 3 keping kupon tiket masuk bagi orang dewasa dengan harga RM 20.00 sekeping. Katanya anak dia dapat cabutan bertuah di tempat kerja dia. Harga sebenar tiket tersebut RM 22.90. So jimatlah lebih kurang RM5.70. Setelah diteliti kesahihan kupon tersebut maka saya pun belilah. Di kaunter cuma perlu beli 1 keping tiket dewasa dan 1 keping tiket kanak-kanak sahaja lagi. Kanak-kanak tiketnya adalah RM17.90. Mahal gila. Kanak-kanak kurang dari 90cm tidak dikenakan bayaran. So Si comel Aslan tak kena bayaran. Kupon itu kemudian ditukar dengan tiket dan di jadikan pelekat macam gelang di tangan. Satu lagi makanan luatr tidak dibenarkan dibawa masuk. Habis diseluknya beg-beg kita. Tapi makanan ringan macam twisties, keropok-keropok tu bolehlah bawa.

Walaupun hari tersebut hari Sabtu tetapi macam tak meriah pun. Tak ramai orang pun. Entah samada tempat ini kurang popular ataupun hari Ahad baru ramai orang. Tak sempat pulak nak buat case study kat sini.

Apa yang menarik di sini ya? Kalau ikutkan kat brochure terdapat 5 elemen di dalam taman tema ini. Taman Air, Taman Permainan, Taman Berpantai, Tambun Hot Springs dan Tiger Valley.

Sebagai permulaan saya basahkan diri di kolam air yang dilabelkan dalam brochure sebagai Jungle wave Pool. Tak der macam jungle pun. Letaklah buaya ker, ular air ke, anaconda ke baru lah tersa jungle nya. Tapi harus mati sorang-sorang di makan buaya dan anaconda ataupun di patuk ular..he..he..

Lepas tu wa (tukar kata ganti nama ) gi pulak naik train dia yang dilabelkan dalam brochure sebagai Adventure Express. Wah.. adventure sangatlah konon. Hampeh jer. Tak der adventure pun. Adalah dibawanya kami keliling satu taman itu. Round-round melawat 5 elemen tadi. Tapi ada satu view tu amatlah cantik. Dalam brochure dilabelkan sebagai Needle of Tambun iaitu formasi batu kapur yang meruncing ke atas setinggi 80 meter. Subhanallah.. cantik betul. Lepas tu dia lalulah kat Tiger Valley. Adalah 2 ekor harimau sedang bercakaran. Kesian pulak saya tengok harimau tu. Pasal apa ekk..dia nak bergaduh. Tak diberi makan ke ? Lepas tu ada pula penumpang yang dalam train tu berbangsa emmm.. tak yah tulislah ekkkk.. buat lawak bangang dengan berlagaknya dia shouting ” Wooo.. tiger don’t fight, I’ll give you tiger biscuit”. Apa kejadah lawaknya itu...

Lepas tu saya sensorang diri pi naik Stormrider yang konon-konon bahtera lanun. Mula-mula tu tak ler takut tapi kemudian bila dah tinggi tu rasa cam gerun jugak. Kot-kotlah masa dia berayun tu kalau ada skrew-skrew tercabut. Harus mendarat semuanya atas bumi. Dah ler masa tu semua berlagak macam lanun. Entah sempat bersyahadah ke tidak.

Lepas dah gayat tu. Nak best lagi Wa try pulak satu lagi permainan yang dinamakan dalam brochure sebagai Dragon Flights. Aksi dia macam buaian pusing yang berputar pada ketinggian yang amat. Seram sejuk jugak abang nie. Tapi biasalah hero. Berlagak macho ler konon. Alah bukan seram sangat pun nak jerit-jerit. Kalau kat dalam brochure ada Perak prade. Macam kuda pusing kat fun fair tu. Tapi tak boleh berfungsi pun. Tapi rasanya orang dewasa tak le naik kot. Untuk budak-budak jer. Harus patah kuda tu kalau wa naik agaknya. Satu lagi ada games Giddy Galleon. Haram tak nampak pun kewujudanya. Kat mana tah. Entah-entah dah kena makan dinasour agaknya.

Lepas tu aku (kejap aku, kejap saya, kejap wa... lantaklah ekk) pi lah basahkan badan semula kat Kid’s Explorabay. Dah tak der budak-budak kat situ, Wa pi lahh. Siap naik gelonsor air lagi.. He..he.. Nasib baik tak patah dia punya gelonsor.

Lepas dah penat-penat dan amik gambar. Anak buah saya yang kecil comel tu dah mengantuk gila. Nak suruh amik gambar lagi pun dia dah buat muka bosan dah. So kitaorang cabutlah balik ke hotel...

Itulah ulasan saya kali ini. Sekian terima kasih. He..he...

0 comments: