Kali ini saya nak gebang sikit mengenai sebuah filem yang saya tonton 2 Hari sebelum Hari Mengundi yang lepas. Ditonton di TGV Bukit Raja dengan ex- colleague. Filem ini adalah di bawah arahan Pete Travis terbitan Vista TriStar Film. Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Matthew Fox, Dennis Quaid, William Hurt, Sigourney Weaver dan Eduardo Noriega.
Without a further due, we move to ...
Sinopsis
Thomas Barnes (Dennis Quaid) dan Kent Taylor (Matthew Fox) dua agen rahsia ditugaskan untuk melindungi Presiden Ashton (William Hurt) ketika berlangsungnya “Anti Terrorist Summit” di Sepanyol iaitu persidangan yang berkaitan dengan peperangan dunia dan keganasan.
Satu keistimewaan Vantage Point adalah tenaga produksi melahirkan satu jalan cerita yang cukup kreatif, di mana mereka cuba memberikan satu sudut terbaik bagi komplot pembunuhan Presiden Amerika Syarikat. Filem ini telah menggunakan puluhan kamera untuk memastikan satu hasil kerja yang menakjubkan dan kesan khas dan aksi yang cukup mendebarkan. Pernah tengok drama TV Thru Calling dekat tv3 dulu ? Hah..gerak flash back penceritaan dia macam dalam cerita tulah, tapi itu dalam satu sudut pandangan sahaja. Setiap adegan yang diimbas kembali sebelum pembunuhan Presiden US telah dioalah pada sudut pandangan 8 orang yang berbeza. Lapan orang? Kita yang tengok ini pun terasa macam pening nak pikir. Macam mana dia orang yang buat filem ini boleh pikir nak buat cerita macam ini ek?
Antara adegan yang ternyata paling bijak dibuat dan berjaya mengelirukan penonton
ialah babak di mana seorang wanita yang terlibat dengan konspirasi pembunuhan presiden ini berjumpa dengan shooter yang telah diugut untuk membunuh Presiden US. Gambaran pertama macam mereka itu pasangan kekasih. Bila diimbas dari sudut pandangan lain, rupanya si lelaki tersebut telah diugut oleh wanita yang disangka pasangan kekasihnya itu untuk membunuh presiden AS. Garapan cerita ini sangat menarik kerana ia bermula dari sudut perspektif pelbagai watak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa pembunuhan Presiden Amerika berlaku. Bermula dengan watak agen Khidmat Rahsia, Presiden Amerika, penerbit rancangan TV, pelancong Amerika, dan seterusnya sehingga membawa kita kepada gambaran yang semakin jelas tentang pembunuh Presiden Amerika tersebut. Sangat mendebarkan, menarik,dan penuh aksi yang pasti memuaskan hati.
Thursday, March 27, 2008
Vantage Point : Sudut Sisi Terbaik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment