Salah satu siri televisyen yang menjadi kegemaran saya ialah CSI. Sebenarnya siri televisyen CSI ini ada tiga. Las Vegas, CSI Miami dan CSI New York. Kali ini saya hendak cerita sedikit siri CSI versi LVPD (Las Vegas Police Department). Menurut dialog dari drama tv ini di Las Vegas kadar jenayahnya lebih tinggi dari Miami dan New York. Betul ke? Tidak pastilah kebenaranya. Mungkin juga betul kerana Las Vegas kan tempat perjudian terbesar di Amerika Syarikat ( Mungkin juga di dunia). Jadi tidak hairanlah kadar jenayahnya pun boleh tahan. Banyak setan kat sana. Hendak tahu pasal Las Vegas ? Emm.. malas lah pulak nak tulis. Pi sendirilah kat sini. Las Vegas.
CSI: Crime Scene Investigation intertitle
So let go move to it synopsis...
CSI: Crime Scene Investigation (biasanya dirujuk sebagai CSI) merupakan siri televisyen Emmy Award-winning CBS mengenai kisah penyiasatan sepasukan ahli sains forensik di Las Vegas yang membongkar kematian misteri dan luar biasa yang melibatkan kes-kes jenayah lain.CSI dihasilkan dengan perkongsian syarikat media Kanada Alliance Atlantis. Pada masa ini siri televisyen ini telah pun ditayangkan sebanyak 8 musim. Selain ianya dihasilkan oleh syarikat Alliance Atlantis, CSI adalah juga dikeluarkan dengan perkongsian antara Jerry Bruckheimer Television dan juga CBS Productions.
Mari kita berkenalan dengan watak-watak yang terdapat di dalam dalam tv ini. Ye..ha...
Dr. Gilbert Arthur "Gil" Grissom, Ph.D. (William Petersen) - dia ni kira penyelialah pada pasukan forensik ini. Hebat betul dia. Cara pemikiran, kerja, pembuat kesimpulan yang handal. Catherine Willows (Marg Helgenberger) terror sebagai Blood spatter analyst. Kira macam pembantu Grissom lah. Bapa beliau kaya sebab terlibat dengan bisnes perjudian tapi dah mati kena bunuh. Hubungan dia dengan bapa dia tak berapa ngam sebab perbezaan ideologi pekerjaan. Dia polis, bapak penyagak mana boleh berlaga angin. Yang lelain pula ialah Warrick Brown (Gary Dourdan) special sebagai Audio-video analyst, Nicholas "Nick" Stokes (George Eads) power sebagai Hair and fiber analyst. dan juga Det. Capt. James "Jim" Brass (Paul Guilfoyle) sebagai Homicide captain serta Sara Sidle (Jorja Fox). Yang lelain tu supporting jer.Oh..ya..siri semasa ini Grimson nie pulak bercinta dengan Sara Sidle ni. Sara Sidle ni sampai musim 8 jer.
Yang bestnyer drama TV ini ialah cara diaorang selesaikan kes-kes tersebut. Kekadang tak terfikir camana diaorang boleh draf jalan cerita drama ni. Tak tercapai akalmu. Drama TV CSI ini ditayangkan di C701 - AXN. Tapi sekarang saya dah kurang tengok versi LV. Asyik tengok versi New York sahaja. Pasal ada ulangan tayangan pukul 7.00 am. CSI LV selalunya pukul 9.00 pm. Ulangan dia tak sure bila. Jarang dapat tengok.
Oh! Hendak bagitahu juga ni. Sebagai menyahut seruan slogan "Malaysia Boleh" industri drama tempatan pun ada buat jugak cerita macam CSI ini. Tajuk dia "Forensik" kalau tidak silap. Malas hendak cakap. Karang kutuk dia orang kata budget diaorang ciput dan kita tidak sokong industri hiburan/seni tanahair. Dah tahu tak de budget tapi nak buat apa kes. Ada sekalilah saya tengok siri tu. Dalam satu adegan si kumpulan forensik tu di tempat kejadian jenayahlah. Props dia kereta. Ada mamat tu cakap " Kita kena bawa balik kereta ini, banyak bukti kita boleh dapat ni", sambil menepuk body kereta tu. Kawan dia tu siap angguk-angguk lagi tanda mengiayakan. Lepas tu sampai habis drama tu, tidak ditunjuk pun diorang diagnos bukti kat kereta tu. Tetiba jer orang jahat dah kena tangkap. Lepas tu minggu depan, saya haram tak tengok lagi. Sekarang pun dah tak der pun promo kat tv. Tak dapat sambutan kot.
Yelah cerita CSI tu bukan lah 100% betul. Tapi cara dia tunjukkan ciri-ciri penyiasatan tu menyakinkan. Taklah macam cerita forensik tu, dah lah tak betul hendak yakinkan penonton lagi nampak tak betul. Hampeh...
Kalau nak baca komen tentang komen Kelucuan Drama Polis Malaysia. Klik disini.
p/s: Nanti cerita pula pasal CSI Miami dan New York pulak...
0 comments:
Post a Comment