Okeylah nak story sikit. Semalam / malam tadi (mana satu istilah yang betul), saya telah menonton sebuah filem di saluran TV1 yang bertajuk Maid in Manhattan. Filem ini telah diterbitkan pada tahun 2002 dibawah arahan Wayne Wang dan hasil tulisan John Hughes. Kenapa saya berminat menonton cerita ini? Ahaks.. Kerana saya telah pun sampai di Manhattan jadi teruja semula hendak mengimbau kembali nostalgia lama. He..he..
Marisa Ventura (Jennifer Lopez) merupakan ibu tunggal bekerja di satu hotel mewah di Manhattan dan mempunyai impian untuk memiliki satu kehidupan lebih baik bagi dirinya dan juga anak lelakinya (Tyler Posey). Satu hari ditakdirkan, tetamu hotel iaitu calon senator Christopher Marshall (Ralph Fiennes) telah bertemu Marisa dan dia telah melakukan satu kesalahan dengan tidak sengaja dengan menyamar sebagai seorang wanita yang berada pada taraf kehidupan sosial yang elit dan mewah . Selepas itu, , mereka saling jatuh cinta dan seterusnya Marisa terpaksa menyamar untuk bertemu dengan calon senator tersebut sehingga identiti sebenar Marisa terbongkar. Kemudianya timbul Isu kelas dan taraf sosial yang mengancam dan telah memisahkan mereka. Tapi penamatan cerita-cerita begiti selalunya mengundang plot-plot yang klise. Hero tetap memilih heroin kan. Marisa akhirnya menjadi seorang pengurus manakala Ralph Fiennes pula berjaya menjadi ahli senat. Oh..ya.. Ralph Fiennes itu rupanya pelakon yang memegang watak Lord Voldemort di dalam filem Harry Potter and the Goblet of Fire and juga filem Harry Potter and the Order of the Phoenix. Macam-macam perananlah pelakon orang putih ni boleh buat..boleh jadi ahli politik boleh jadi ahli sihir jahat. Versatile..
Ha..bercerita tentang filem Maid in Manhattan ini, saya secara tidak sengaja telah menjumpai satu imej dari laman satu laman web yang bukan pro-kerajan (atau bukan pro-Pak Lah). Apa yang saya dapat adalah seperti di gambar sebelah. Ahaks ..Siapalah yang punya idea ni.. Tak nak komen lebih-lebih. Nanti kena jumpa Menteri Penerangan yang baru pula..!!!
Monday, March 24, 2008
Babu di Manhanttan (Maid in Manhattan)
Term : Maid = Babu. Suka hati je letak..he..he..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Rasa nyer gamba nieh super impose...dh sahih perempuan yg diluar cermin dan didalam cermin memakai baju yg tidak sama
Memanglah super impose yang kat cermin tu gamabr Jeans. Yang Kat luar tu jeniper Lopez. Kan Jeans tu dulu kerja as pemyambut tetamu Pak Lah kan? Tu yang diaorang buat Maid from putrajaya tu...
Post a Comment