Pages

Saturday, March 22, 2008

Goodbye Boys


Lama tak bersiaran. Masa amat mencemburui. Kena siapkan assignment. Rasa lega sedikit sebab sudah disiapkan tapi tidak pasti pula samada usaha yang dilakukan itu menepati kriteria yang diperlukan.

Tadi pagi buka saluran 122 – Astro Kirana. Ada cerita Good Bye Boys. Rasanya sudah 3 kali menontonya tapi selang masa tontonan yang terakhir dalam tahun lepas rasanya. Agak menarik juga jalan ceritanya.
Goodbye Boys is a simple journey with complicated realizations. Set in 1990, Malaysia, it is about a gang of pimply guys with raging hormones, undecided ambitions and formative identities. They set out on a grueling 5-day journey through the Kinta Valley – once the richest tin deposit in the world, now an abandoned plain - that changes friendships and selves.

Cerita ini seakan-akan menyorot kembali kisah zaman sekolah dahulu. Semasa sekolah rendah dahulu sewaktu darjah empat para pelajar di SKBB dikendaki memilih satu kelab atau persatuan sebagai memenuhi aktiviti Ko-Kurikulum sekolah. Pada mulanya hampir separuh kelas pelajar lelaki telah memilih persatuan pengakap sebagai pilihan utama sebagai aktiviti ko-kurikulum. Tetapi tentulah yang popular dan terror saja yang dapat. Jadi sudah ditakdirkan saya adalah dalam kategori itu maka dapatlah saya menjadi ahli pengakap muda bagi sekolah SKBB. Rasanya hanya 5 orang sahaja yang terpilih. Apa yang istimewanya menjadi ahli pengakap ini? Sebenarnya banyak. Kita akan diberikan (beli sendiri) satu kad aktiviti untuk diisi di mana buku tersebut menyenaraikan beberapa aktiviti yang perlu dilakukan oleh pelajar dan kemudiannya guru penasihat akan menanda tangan pada kad tersebut. Selepas itu setiap aktiviti yang dilakukan akan mendapat lencana untuk ditampal dibaju. Memang best. Siapa yang banyak lencana yang ditampal di baju, itu menandakan yang memang hebatlah dia. Antara aktiviti yang menarik sekali sepanjang menyertai ahli pasukan tersebut ialah perkhemahan pengakap kawasan Melaka Tengah. Perkhemahan di padang sekolah, aktiviti memasak dan juga sesi aktiviti pengakap sehari di Hutan Reakrasi. Tapi yang menariknya semangat muhibah ketika itu. Memang tidak memilih bangsa. Bayangkan kawan karib kami terdiri dari pelajar Melayu, Cina, India dan juga Bengali. Dimana agaknya mereka (Hargovind Singh Gill, Patrik, Tan, Aravinth, Iskandar, Faizal (Laboh), Serman Sim dan juga rakan-rakan yang lain).

Masuk sekolah menengah juga saya turut sama menyertai persatuan ini. Rasanya dibawah Pengakap Muda Kota Melaka 07 bagi pengakap asrama dan 01 bagi pengakap sekolah. Tapi keseronakannya tidak dapat menyaingi semasa kami menyertainya di sekolah rendah dan tidak banyak aktiviti yang diikuti Tidak ingat pula kenapa.

Oklah. Harus berhenti dulu. Ada panggilan TV.

Gambar Ihsan dari : Goodbye Boys film, Malaysian Scouting Association

0 comments: