Hari ini bermulanya cuti pertengahan semester saya. Rentetan dari itu, pagi tadi dalam suasana kemalasan sementara tidak tahu nak buat sebarang kerja (padahal nota-nota pelajaran belum habis baca lagi) tertontonlah saya sebuah lagi dokuementari yang begitu menarik. Malangnya dokumentari tersebut telah pun bermula 15 minit dari masa tayangannya di C553. Tidak sempat hendak menontonnya dari awal siaran. Jadi rebiu kali nie hanyalah 80% sahaja. Setelah layari laman web astro, saya dapati dokumentari ini akan diulang siar pada esok hari (5 Februari 2008). Kalau saya sempat menontonnya esok maka dapatlah dipenuhkan 20% yang terkurang itu.
Saluran : National Geographic, Channel (553)
Tarikh : Isnin, 4 Februari 2008
Masa : 8:00 - 9:00 AM
Sinopsis:
Episod ini memaparkan sepuluh yang teratas 10 projek pembinaan moden dengan mengembara mengelilingi dunia dan melepasinya.
No 10 : Terlepas Tayangan
No. 9 :Terlepas Tayangan
No. 8 : Boston Big Dig
- Disiap selama 13 tahun
- Menelan belanja sebanyak USD 13 billion
- Mengantikan jalan bertingkat di tengah-tengah bandar Boston
- Dibina merentasi sungai Charles
- Antara cabaran semasa pembinaannya ialah kenderaan trafik perlu beroperasi walaupun terowong bawah tanah sedang dibina.
No. 7 : Empangan Hoover
- Kegunaan: Bekalkan air dan kuasa elektrik untuk kegunaan penduduk di barat daya Amerika Syarikat seperti Nevada, Las Vegas
- Menampung 220 00 kg meter padu air
- Memerlukan 3 juta meter padu konkrit untuk membina dinding empangan
- Meragut korban 96 orang
- Siap dibina pada tahun 1935(awal 2 ½ tahun dari masa jangkaan projek disiapkan)
No. 6 : Menara Toronto
- merupakan menara komunikasi untuk siaran televisyen
- ketinggian 553 meter
- merupakan di antara 7 keajaiban dunia moden
No. 5 : Jambatan Golden Gate
- Beteraskan pada asas kejuteraan dan keseniaan (engineering and art)![]()
- Cabaran pembinaan : Agin yang kuat bertiup dari laut terbuka San Fransisco
- Disiapkan pada tahun 1937 dan kurang sebanyak 1.5 juta dari bajet yang diperuntukkan.
No. 4 : Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
- Stesen Angkasa Antarabangsa (B. Inggeris: International Space Station ISS) ialah sebuah stesen yang terletak di dalam orbit rendah bumi.
- ISS berada pada ketinggian 360km dari permukaan bumi.
- Stesen ini telah dilancarkan pada 20 November 1998.
- ISS dibina dari gabungan kepakaran, teknologi, dan kos beberapa agensi angkasa dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun, Kanada, dan Eropah.
- Fungsi Stesesn Angkasa Antarabangsa adalah untuk menjalankan ujikaji serta penyelidikan dalam angkasa lepas serta memantau angkasa lepas.
* Merupakan lokasi pendaratan Angkasawan negara kita semasa berada diangkasa lepas.
No. 3 : Terusan Panama
- Terusan Panama adalah terusan yang memotong tanah genting Panama sepanjang 82 km, - memotong Amerika Utara dan Amerika Selatan serta menghubungkan Lautan Pasifik dan Atlantik.
- Terusan ini memendekan waktu pelayaran kapal laut kerana kapal tersebut tidak perlu melalui hujung selatan Amerika Selatan.
- Cabaran pembinaan : Masalah kewangan dan tenaga kerja
No. 2 : Bangunan Empire State
- Bangunan Empire State adalah bangunan pencakar langit setinggi 102 tingkat yang terletak di antara Fifth Avenue dan West 34 Street di Kotaraya New York.
- Ianya kekal sebagai bangunan yang tertinggi didunia selama 40 tahun selepas pembinaannya tamat pada tahun 1931 sehingalah terbinanya Menara Utara World Trade Center pada 1972.
- Pembinaannya bermula pada tahun 1929 dan mengambil masa 1 tahun lebih untuk disiapkan.
No. 1 : Terowong Euro
- Menghubungkan diantara UK dan Peranchis
- Ianya merentasi selat Inggeris sepanjang 50.450 km untuk pembinaan terowong keretapi.
- Disiapkan pada tahun 1996.
- Merupakan terowong keretapi yang kedua terpanjang di dunia dan terowong di bawah laut yang pertama terpanjang di dunia.
Monday, February 4, 2008
Sepuluh Teratas – Barisan Hadapan Pembinaan
(Frontlines of Construction Top Ten)
Labels:
Catatan Filem dan Drama TV,
Catatan Umum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment