Pages

Tuesday, February 5, 2008

Raja Laksamana Bentan

King Admiral of Bentan


Malam tadi sewaktu istirehat di ruang utama. Tertekanlah hamba saluran emas 2. Ditayangkan pula ceritera zaman dahulukala. Lakonan seniman dan seniwati terkemuka negara. Ahmad Mahmud, Normadiah dan Mariani tonggak utama. Manakala Jamil Sulong menjadi sutradara. 1959 tahun terbitannya pula.

Tarikh Tayangan : 4 Februari 2008 (Isnin)
Masa Tayangan : 9.00 – 11.30 pm


Raja Laksamana Bentan

YAM Di Pertuan Bentan empunya negeri
Puteri bernama Wan Intah Wan Senari
Putera seorang Raja Muda gelar diberi
Hidup damai walau tidak berpermaisuri

Malang menimpa laut dinoda
Megat Alang empunya angkara
Laksamana diperintah menghapus segera
Raja Muda turut tanpa diduga

Pergi Laksamana Wan Intah gundah
Keris tertinggal alamat pudah
Wan Senari mula bertingkah
Berebut kasih dendam tak sudah

Walau Megat berjaya ditawan
Raja Muda mati tertikam
Mendengar khabar baginda rawan
Jatuh gering maut menerkam

Wan Senari pengganti Sultan
Mengundur diri ke Pulau Bangka
Bersama Megat tinggalkan Bentan
Wan Intah dan laksamana dikahwinkan diberi takhta

Enam belas tahun masa beredar
Puteri Laksamana besarlah sudah
Wan Seribani nama digelar
Mengidamkan tiang gading berdada merah

Wan Senari dendam tak hilang
Kasih tak sampai minta digalang
Megat dan Nakhoda menjadi petualang
Kebahagiaan Wan Intah diminta halang

Wan Senari kesal tidak terperi
Megat dan Haridan menerima balasan
Demikian berlaku ditimpa mati
Kisah Raja Laksamana Bentan


p/s: Kadangkala seronok juga menonton cerita-cerita klasik sebegini

1 comments:

Anonymous said...

emm..tgk le sri mersing..best jugak..tp agaks terkedu bile dak2 kelas aku hampir semenye terpinga bila ditanya by one of my lect "pernah tgk x sri mersing??..."Sedih...tp tulah reality..