Pages

Thursday, January 31, 2008

11 Bulan 11 Hari 11 Jam


Kali ini saya nak rebiu sikit mengenai satu dokumentari yang saya tonton pagi tadi. Agak menarik juga isi kandungannya.

Tarikh Tayangan : 31 Januari 2008
Masa : 7.00 am - 8.00 am
Saluran : C555 - History Channel
Tajuk : Last Day of War World I


Perang Dunia I bermula pada 28 Julai 1914 di Balkan. Pada 11 November 1918, perang dunia pertama ditamatkan. Akan tetapi didapati banyak kematian dilaporkan pada hari tersebut berbanding dengan hari-hari sebelum. Mengapa ianya terjadi ? Dokumentari ini telah mengupas faktor-faktor dan perkara yang berlaku disebalik musibah tersebut. Kejahilan manusia, keegoan manusia, ketamakan kuasa dan bermacam-macam kedangkalan manusia telah mengundang malapetaka ini. Kematian salah seorang askar Amerika di tangan tentera Jerman lewat jam 10.59 am, seminit sebelum tamatnya perang ini telah menjadikan beliau mangsa terakhir perang ini. Penyertaan askar berkulit hitam yang dianggap askar golongan kedua yang turut sama terkorban mempertahankan tanah air mereka dan pelbagai lagi perkara yang dibongkar sebelum menjelangnya penamatan perang ini.


28 July 1914 : Austria mengisytiharkan perang ke atas Serbia.
1 August 1914 : Germany mengisytiharkan perang ke ats Russsia.
3 August 1914 : Germany mengisytiharkan perang ke atas Peranchis. Perang Dunia Pertama pun bermula.
4 August 1914 : Britain mengisytiharkan perang ke atas Germany.
11 November 1918: Peperangan ditamatkan pada 11 Bulan 11 Hari 11 Jam.