Semalam selepas baca sedikit nota pelajaran saya telah menonton sebuah cerita Hindi yang sudah 10 tahun usianya. Tetapi cerita tersebut masih lagi menarik dan ideanya masih segar untuk ditonton. Tetapi saya cuba juga untuk padankan cerita tersebut dengan cerita Holywood tetapi rasanya saya belum pernah lagi menonton filem Hollywood yang sama seakan cerita tersebut. Tapi instinct saya kuat mengatakan yang cerita ini telah menceduk idea dari filem di Hollywood.
Tarikh : 6 Februari 2008 (Khamis)
Masa : 10.00 pm - 1.00 am
Saluran : TV9- Dekat Di Hati (C119)
Dil To Pagal Hai (terjemahan: Hati itu gila (BM), The Heart Is Crazy(BI)) merupakan sebuah filem Bollywood jenis komedi/drama yang mula tayang umumnya pada 31 Oktober 1997.
Filem ini mengisahkan kemelut percintaan yang berlegar di antara anak seni di dalam kumpulan tarian teater muzikal. Diarahkan oleh Yash Chopra dan dibintangi oleh Shahrukh Khan, Madhuri Dixit, Karisma Kapoor dan juga Akshay Kumar sebagai bintang undangan. Pada mulanya cerita ini diberi tajuk Maine To Mohabbat Ki Hai. Filem ini juga dikatakan filem Bollywood pertama yang menjalani pengambaran di Baden, Germany, dan juga di German theme park yakni Europa Park. Filem ini telah mendapat punggutan kasar yang kedua tertinggi di Bollywood pada tahun 1997.
Tag Line:
Someone..... Somewhere..... is made for you.
p/s : So touching...
Thursday, February 7, 2008
Malam Bollywood
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment