Pages

Monday, November 10, 2014

3 Kursus di Bulan Sepuluh

Sebenarnya entry ini dah lama saya buat tapi tidak sempat untuk dipost. Agak basi sedikit namun sebagai tanda memori untuk saya ingati dikemudian hari, saya publishkan jugak..

Kursus 1
SOFTEC 2014 telah diadakan di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur pada 10 dan 11 September 2014. Dengan tema  3600 Testing, persidangan ini menampilkan lebih 30 sesi Bengkel, Tutorial dan ceramah oleh penceramah antarabangsa dan tempatan. 

SOFTEC 2014 bermula pada 9.10.2014 dengan CIO Roundtable and Postgraduate Research Workshop tracks dan diikuti oleh Tutorial dan Bengkel sesi pada hari kedua. Pada hari akhir (hari ketiga) pula merupakan sesi selari mengenai pelbagai topik yang berkaiatan dengan elemen manusia, proses dan teknik yang berkaitan dengan pengujian perisian dan Jaminan Kualiti Perisian (SQA).

Saya cuma dikehendaki hadir pada kedua dan ketiga sahaja. 

Pi sensorang. So terpaksalah selfie.

Kursus 2
ISO/IEC 27001 Lead Auditor Training Course

Kursus yang menyeksakan. Bertolak dari rumah jam 7.10am dan sampai di rumah jam 8.00pm. Hari ketiga dan keempat sampai dirumah jam 11.00pm. Itu tak perlah kalau kelas best. Duduk dalam kelas terpaksa menyeksa minda dan jiwa. Taubat hendak hadir lagi. Hari ke 5 ada exam. Lokasi kursus di PJ8, Petaling Jaya. Streess 5 hari. Terpaksa pergi pasal dah memang bidang kerja. Kalau tak malam sikit nak join... terseksa 5 hari 4 malam..

Kat Bangunan nie kami tersiksa 5 hari.
Kursus 3
Kursus Peralihan MS ISO/IEC 27001:2005 - MS ISO/IEC 27001:2013 di Cybersecurity, The Mines Resort City pada 29 - 30 September 2014.

Kursus dikendalaikan oleh pengajar dari Cyber Security.
Kursus yang santai dan menarik minat sebab memang dah faham dan hadam. Rileksss.. Dapat jumpa kengkawan lama... so cool.

Friday, November 7, 2014

Barakallah Laka, Wa Barakallahu Alaika Wa Jamaa Bainakuma Fi Kulli Khair


Program Rancangan Khas (RK) di sekolah harian biasa telah dilaksanakan sejak tahun 1970. RK merupakan satu program "alternatif" bagi murid yang tidak di tempatkan di SBP. Program inilah yang telah menemukan kami. Kami adalah merupakan murid-murid RK bagi batch tahun 1990. Walau pun berlainan kelas dari tingkatan 1- 4 tapi kami tetap rapat sebab se'asrama' dan sekepala.

Tingkatan 5 kali sekelas dan duduk sebelah menyebelah. Bantuannya mengajar kimia sebelum menjelang SPM akan sentiasa diingati sebab saya mendapat credit yang cermelang walaupun merasakan subjek tersebut agak susah untuk dihadam sebelum ini.

Kami seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti yang sama di bawah aliran yang sama selepas SPM. Selepas tamat pra U, kami memilih bidang yang berbeza dan meniti tangga ke Fakulti yang berlaianan. Walaupun kami jarang-jarang bertemu namun persahabatan yang berusia 2 dekad dan 4 tahun ini tidak pernah putus.


Bergambar Dengan Pengantin dan sebahagian X students of  MHS yang sempat berjumpa.
Pada 2 November 2014, Sahabatku Rezuan Mat Yasin bersama pasangannya Hazlina  telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka di Dewan Japerun Bachang, Melaka.Walau pun tidak dapat berborak lama memandangkan banyak rakan-rakan dan saudara-mara yang perlu diraikan namun sempat jugak kami bersalaman dan mengucapkan tahniah.


Wan, apa ko rasa bila kena acting suap-suap kek depan kamera dan tetamu jemputan. Ada rasa nak pecat juru gambar tak?? Ha..ha.. aku dulu time nak amik gambar terasa seksanya..

Anak dan Isteri menjamu selera. Menu untuk tetamu - nasi beriani memang terbaikk...
Sekali lagi buat sahabatku... Selamat Pengantin Baru dan moga sentiasa dirahmati Allah swt buatmu dan isteri.

Thursday, October 23, 2014

Wednesday, October 22, 2014

Sehari Selepas 1 tahun

Anakku, jendela sanubariku..
Perjuangan itu kini sudah di hadapan
Saatnya menjalani hidup dengan penuh kebebasan
Hadapi tentangan dengan senyuman
Sapa setiap kesulitan dengan keikhlasan
Raih bintang dengan penuh harapan

Anakku, penawar hidupku..
Hidup ini tidak terlalu mudah dijalani
Ada kesulitan yang akan memperkaya hati,
Tapi.. Jadilah pemenang layaknya juara sejati
Dengan rendah hati dan luhur budi
Bertabur kasih bersulam pekerti

Anakku, bintang harapanku..
Ayunkan langkah dengan ringan hati
Gapai setiap mimpi yang ada di sanubari
Bentangkan asa agar menjadi Satu

YA Allah...
Lindungi anakku dalam teduh kurnia-Mu
Bimbing anakku di setiap persimpangan yang membuatnya bimbang
Beri kemuliaan budi agar membuatnya bererti
Titiskan kebesaran jiwa agar membuatnya bermakna
Sentuh hatinya dengan semangat tulus untuk berkongsi
Tanamkan keyakinan terhadap kebaikan
Penuhi tekadnya dengan kerja keras dan pantang menyerah
Teguhkan peribadinya agar tidak mudah goyah
Ya Allah..
Terima kasih untuk kurnia terindah ini
Terima kasih untuk anugerah tidak ternilai ini
Amin

Selamat Hari Lahir Puteriku Nisa

Friday, October 17, 2014

Kesilapan Kellie (Folly Kellie)

Pada 2 Oktokber yang lepas saya pergi mengambil anak saudara saya di UiTM Seri Iskandar Perak yang mula bercuti semester. Dalam perjalanan pulang kami melalui Batu Gajah dan sempatlah singgah sebentar di Kellie's Castle yang menjadi tarikan pelancong di sana. Walau pun hujan renyai-renyai kami turun juga untuk mengambil gambar. Opps.. sebelum cerita meleret lagi secara jujurnya saya tak ler pergi masuk ke dalam istana tu. Cuma berposing sahaja dari kaki bukit di seberang Sungai Kinta tu jer. Sempatlah bersolat Zuhur di situ.

Istana Kellie
Istana Kellie atau Kellie's Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (Folly Kellie) ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak.
With My Son Infront of Kellie's Castle

Sejarah
Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Thursday, October 16, 2014

Happy Birthday Dato'

Pagi tadi telah diadakan sambutan Hari Lahir Dato' Pengarah dan juga kaki tangan bahagian saya yang lahir pada bulan Julai hingga Oktober. 
Selamat Hari Lahir
Semoga Panjang Umur, Dirahmati Allah dan Sentiasa Beroleh Kesihatan Yang Baik 

Banyaknyer Kek
Kek Khas UntuK Dato Pengarah

Opps... sorry saya tak tergolong dalam geng-geng yang sambut hari lahir pada sesi kali ini. Datang just nak makan kek sahaja.


Tuesday, October 14, 2014

Matahari bangunlah

Suka benar ku dengar lagu ini sekarang...


MATAHARI
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/09/lirik-lagu-matahari-hafiz-af7.html#ixzz3G5htuiOG


Matahari tak cukup indah
Pada pagi yang suram ini
Malam ku resah kerana
Malam mungkin kelam

Bumi indah cinta punah
Bintang bintang tumpang berduka
Meratapi nasib
Kenapa hari ini

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu

Matahari bangunlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus melayari hidup kami

Matahari bangkitlah
Indahkan hari ini
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Lupakan kisah
Kisah yang terjadi
Mengharap sinar
Sinaran darimu