Esok adalah hari ulang tahun ke 6 untuk anakku Elman Raimi. Terasa pantas masa berlalu. Berikut merupakan catatan yang pernah saya nukilankan ketika kelahirannya 6 tahun lalu....
Assalamualaikum Elman Raimi
Jarum jam telah pun melewati ke hari baru. Dari malam tadi isteri menahan kesakitan. Sudah pagi Jumaat bisik hati saya. Di luar bangunan hujan terlalu lebat. Saya di sisi isteri hanya mampu berdoa agar semua dipermudahkan.
Tanggal 03 September 2010 (23 Ramadhan 1431H), jam 1.28am anak lelaki saya telah selamat dilahirkan di Hospital Pakar An- Nur, Bangi Selangor Darul Ehsan. Terasa sebak didada ketika beliau menjengah keluar dari rahim ibunya. Tiada kata-kata yang dapat digambarkan.
Ahlan Wa Sahlan Elman Raimi. Semoga kita sekeluarga diberkati dan diberi hidayah oleh Allah SWT dan jadilah anak yang soleh di dunia dan akhirat. Buat isteri tersayang, terima kasih kerana menjadikan status saya sebagai seorang ayah...
Sehari Sebelum Satu Tahun
