Semalam semasa memandu pulang ke rumah dari kampung, saya mendengar beberapa seleksi lagu raya yang diputarkan di corong radio kereta. Ada dua lagu raya yang menarik perhatian dan menjadi halwa telinga saya untuk mengikuti bait demi bait lirik lagu yang dilantunkan.
Lagu yang pertama adalah Lambaian Aidil Fitri nyanyian Jamal Abdillah (JA) & Saleem (S). Amat menusuk kalbu menghayati lirik lagunya.. lebih-lebih lagi tarikan suara Saleem dan lengok suara Jamal Abdillah. Kalau dengar sensorang boleh nanggis beb.. lebih-lebih lagi kalau beraya diperantauan. Tangkap leleh.. (Dalam hati ada taman).
S:
Suara takbir berkumandang
Membisik di hati
Sebak terasa di dada
Ku teringat kampung halaman
S:
Di pagi indah aidilfitri
Yang mulia ini
Sayup jauh dingatan
Ayah bonda sanak dan saudara
JA:
Jangan sedih
Usahlah kau berduka
Melayan gundah di hati
Gema takbir menambat di jiwa
JA:
Aidilfitri
Disambut penuh gembira
Walaupun di perantauan
Bersyukurlah kepada Illahi
JA:
Ku terharu
Merindukan gurauan
S:
Lambaian di desa
Ayah bonda sanak dan saudara
S:
Ampun maaf
Ku pohonkan di angin lalu
S & JA:
Ampuni anakmu
Dari segala keringan dosa
S & JA:
Ayah dan ibu
Dengarilah rintihan ku
Di hari yang mulia
Aidilfitri penuh syahdu
JA:
Jangan sedih
Usahlah kau berduka
Melayan gundah di hati
Gema takbir menambat di jiwa
S:
Ampun maaf
Ku pohonkan di angin lalu
S & JA:
Ampuni anakmu
Dari segala keringan dosa
S & JA:
Ayah dan ibu
Dengarilah rintihan ku
Di hari yang mulia
Aidilfitri penuh syahdu
Lagu yang kedua adalah Aidil Fitri nyayian Misha Omar setelah diberi nafas baru. Pemilik asal lagu ini adalah Sanisah Huri dan pernah juga dilagukan oleh Arwahyarham Datin Rafeah Buang. Lirik lagu ini merangkumi semua lapisan masyarakat. Walau pun singkat serta ringkas tapi bila dihayati terpakai untuk semua. Selama ini tidak sedar pun lirik lagu ini penuh makna.
Lirik Lagu Aidilfitri
Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita
Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat
Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana
Allah Allah Allahu Akbar
Allah Allah Allahu Akbar
Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan
Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan
Allah Allah Allahu Akbar
Allah Allah Allahu Akbar
Jom karaoke sikit. Ini lagu yang dinyayikan oleh Misha Omar.
0 comments:
Post a Comment