Pages

Friday, December 11, 2015

கேமரன் மலை - Tanah Tinggi Cameron

Pada 27-29 November 2015 lepas, saya dan keluarga isteri saya telah mengadakan percutian di Cameron Highlands, Pahang. Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10 c hingga 20 c. Pengunjung boleh sampai di Cameron Highland melalui simpang laluan dari Tapah, Perak atau Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh digunakan untuk ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar. Namun bagi kami sekeluarga ,kami telah menggunakan  jalan dari simpang Pulai untuk ke sana. 



Ahli Keluarga Famili Isteri Saya


Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia. Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung Brinchang, Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm, Green Farm, Rose Valley Village, Butterfly Farm, Butterfly Garden, Kea Farm, Pasar Sayur, Uncle Sam Farm, Cactus Point, Tokong Sam Poh, Cactus Valley, Strawberry Farm, pelbagai hotel, resort dan rumah rehat serta padang golf.

Di sana saya telah menginap di Mama Mountain Homestay.Boleh rujuk di sini mengenai home stay tersebut. Memang selesa dan menarik sekali home stay ini. Satu malam anggaran sewaan adalah RM400. Di home stay ini terdapat kemudahan untuk berbbq dan menariknya sepanjang di Cameron Highland banyaklah aktiviti makan, makan dan makan sahaja yang dilakukan.


Kenangan Di Rose Valley

Antara tempat yang telah kami lawati ialah Rose Valley Village dan Uncle Sam Farm. Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. 

Yang kurang manariknya di jalan raya yang berdekatan dengan pasar-pasar yang memasarkan hasil tanaman tempatan akan mengalami kesesakkan kereta disebabkan kereta-kereta pengunjung di parkir di bahu jalan. Tiada pembaharuan yang telah dibuat. Selain terdapat pembaikan jalan yang juga mengakibatkan kesesakkan jalan. Bagi saya tiada yang mengujakan untuk hadir di sini sekali lagi disebabkan kemudahan pasarananya terutamanya jalan raya yang masih lagi sama seperti  8 tahun lalu iaitu ketika kali terakhir yang saya ke sini dahulu.








0 comments: