Pages

Saturday, December 12, 2015

Sirih Pulang Ke Gagang - Swiss- Garden Hotel & Residences Melaka

Minggu lepas (2-4 Dis 2015) saya telah menghadiri Seminar Data Center Insights: Connect. Collaborate. Converge anjuran syarikat Lenovo, VMWare dan Trend Micro di Melaka Bandaraya Bersejarah. Di Melaka penginapan yang disediakan adalah di Swiss- Garden Hotel & Residences. 

Di bawah ini adalah ayat promosi yang diceduk dari Laman web Swiss- Garden Hotel & Residences Melaka.

"Swiss- Garden Hotel & Residences Melaka menawarkan penginapan gaya hidup kontemporari menghadap ke Tapak Warisan Dunia UNESCO Melaka bersejarah. Para tetamu boleh menikmati yang terbaik daripada kedua-dua dunia dengan kemudahan hotel yang mewah dan orang- kompleks membeli-belah bersebelahan dan menemui banyak daya tarikan di bandar pelabuhan bersejarah ini. Hartanah ini terletak di lokasi strategik di salah satu daerah Melaka yang paling bersejarah , namun ia hanya 15 minit berjalan kaki dari Jonker Street yang meriah dan tempat pelancongan lain."

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai sesi seminar yang telah saya hadiri (giler skema.. macam nak buat laporan kat bos)


Hari pertama (2 Dis 2015)

Kami bertolak dari Putrajaya dengan menaiki bas kira-kira jam 1000. 10 orang peserta yang menaiki bas sahaja kerana ada yang menaiki kereta sendiri. Sampai di Melaka kami telah di bawa makan tengahari di Restoran Melaka Nyonya Village yang terletak di Jalan Parameswara, Banda Hilir. Banyak betul lauk yang dihidangkan dan siap ada acara tarian lagi oleh pekerja restoran tersebut. Lepas makan kami di bawa ke Swiss- Garden Hotel & Residences Melaka. 

Restoran Melaka Nyonya Village

Jam 1430 sesi technology update bermula dengan penerangan mengenai produk Lenovo di tingkat 31. Jam 1730 terus balik ke bilik untuk berehat. 1930 ada jamuan makan malam dan sesi cabutan bertuah. Tapi so sad, saya tidak bertuah pun.


Hotel dan Pemandangan Dari Balkoni tingkat 13- Nampak Kampung Morten


Hari Kedua (3 Dis 2015)

Jam 0930 terus ke tingkat 31 untuk sesi technology update bagi produk VMWare dan Trend Micro. Jam 1145 ada sesi pembahagian kumpulan bagi sesi Malacca Heritage Run yang kira macam siri Amazing Race kat TV tulah. Kami telah dipecahkan kepada 4 kumpulan dan nama kumpulan saya ialah Ku's Team (warna kumpulan Kuning). Jam 1500 kami di bawa ke Dataran Pahlawan untuk aktiviti tersebut. Terdapat 5 tugasan yang perlu kami lakukan iaitu Jigsaw Puzzle, Buat Roti Canai, Buat ABC, Wefie gambar kumpulan di Clock Tower (Bangunan Merah) dan memintal bunga Melur untuk dijadikan gelang tangan. Dalam banyak2 tugasan tersebut part buat roti canai agak memualkan. Errrkk.... Terasa kembang tekak ni... 

Selain tugasan tersebut kami perlu mencari clue yang terdapat pada Tulip Map dan dipadankan dengan soalan yang perlu dijawap pada tablet Lenovo yang disediakan. Setiap soalan yang dijawab dengan betul akan diberi markah. Dahlah cuaca yang panas.. terpaksa berjalan dari Dataran Pahlawan hingga ke Clock Tower (Bangunan Merah). Lama sungguh saya tidak ke sana... dekat 10 tahun kot..

Jam 1800 kami bertolak balik ke Swiss- Garden Hotel & Residences Melaka. Famili dan mentua pun dah sampai. Malam ini famili akan tidur dihotel bersama. Yahoooo..

My Famili - Sarapan & Mandi Manda Di Kolam Renang
1930 jamuan makan malam BBQ. Kumpulan kami menang tempat pertama untuk aktivi petang tadi dan hadiahnya hamper yang berisi coklat dan biskut. Tiada lagi sesi cabutan bertuah untuk malam ini. Selepas selesai makan,  balik ke hotel. Tidur dan bersenang-lenang.


Hari Ketiga (4 Dis 2015)
Aktiviti bebas. Sarapan bersama keluarga dan kemudiannya bawa anak-anak mandi di kolam. Jam 1200 check-up dan pulang ke rumah mentua santak ke hari Ahad di sana.

0 comments: