Pages

Wednesday, January 21, 2015

Tahi

Selepas solat Magrib. Saya telah di dapur. Anak sulong di hadapan menonton cerita adik baru (Hagemaru). Isteri dan si kecil masih lagi di tingkat atas.

"Man, jom makan.", saya memanggil.
"Ye Walid". Sambil bergerak ke dapur.
"Man nak nasi dgn sup ker?"
"Man nak tahi.."
"Jangan main-main dengan rezeki Man, tak elok!". Saya menegas.
"Man nak makan nasi ngan tahi"
"Man tak elok tu.." Saya dah start nak marah.
"Kan tadi Walid kata ada masak tahi ayam"
"Oh.. tu kuah kari Man bukan tahi"
"Yelah, tahii, tahii.."

Ohh!!! dah pelat 'K' dengan 'R' lah pulak...


Sebut betul-betul. Kariii......

0 comments: