Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu Bandung telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Bandung juga mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia.
Selain itu Bandung amat terkenal sebagai pusat membeli-belah bagi rakyat Malaysia. Saya telah menempah tiket ke Bandung lbh kurang 10-11 bulan awal dari tarikh penerbangan yang dijadualkan pada 16 - 19 September 2013. Tapi Allah lagi Maha Mengetahui. Bulan April isteri saya telah disahkan mengamdung 3 bulan dan pada tarikh berlepas isteri saya telah pun 8 bulan. jadi secara Automatiknya isteri saya tidak dapat bersama-sama ke bandung bersama anak sulong saya. Berkelanalah saya dengan ibu yang tercinta pada tarikh yang dinanti.
Produk Yang Terdapat Di Pasar Baru Trade Centre
![]() |
| Pilihan Kain Ela Untuk Dibuat Baju |
![]() |
| Kain Lagi |
![]() |
| Telekong Yang Pelbagai |
Disebabkan hanya kami berdua di kota Bandung, masa banyak dihabiskan di Pasar Baru Trade Centre untuk membeli-belah bagi menghabiskan Rupiah yang menebal di dalam beg duit.
Hotel Penginapan - Hotel Guntur
Hotel Guntur yang bersih dan harga yang berpatutan serta dekat dengan pusat membeli belah.
Lagipun hotel yang kami menginap iaitu hotel Guntur agak dekat dengan Trade Centre tersebut maka tiadalah masalah pengangkutan yang kami hadapi. Hanya berjalan kaki untuk membeli belah.
Tidak lupa juga membeli-belah di Kedai Kartika Sari yang juga dekat dengan hotel yang kami inapi. Kartika Sari merupakan kedai kedai kek dan cookies menyediakan produk warisannya iaitu Brownies Panggang, Brownies Kukus, Cheese Stick, Cheese Roll, Lapis Legit, Lapis Malang, Banana Roll dan Bagelen Oval. selain itu terdapat juga kuih-kuih basah tradisional seperti lemper ayam, bika ambon, kroket, risoles dan masih banyak lagi lainnya.Kerepek-kerepek tradisional banyak juga tersedia seperti kentang putih, tempe goreng, oncom dan lain sebagainya.
![]() |
| Hadapan Kedai Kartika Sari |
| Antara Kek Yang Di Jual |
| Tingkat Atas - Ada restoran halal (tempat lunch dan dinner kami) |
Walau bagaimanapun kami tidak sempat melawat ke Gunung Tangkuban Perahu,Sari Ater Hot Spring, Puncak Bogor ataupun membeli belah di Jalan Cibadayut yang terkenal dengan barangan kulit. Mungkin akan ada lawatan semula ke Parijs van Java juga nanti. Insya Allah.





0 comments:
Post a Comment