Pages

Monday, June 16, 2014

Ilmu Baru - Ilmu Bakeri

Program Latihan 1 Malaysia GIATMARA adalah merupakan  latihan / kursus kemahiran berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning / 3L) yang dilaksanakan di GIATMARA secara Modular.
Semalam saya dan anak buah telah dipanggil untuk menghadiri kursus Bakeri bagi modul pembuatan biskut. Dapat pangilan pun hari Jumaat. So setuju jelah. Borang permohonan telah pun lama kami isi. Dalam bulan Februari lepas. Sepatutnya ada seorang lagi anak buah yang patutnya join tapi dia pun dah dapat panggilan UiTM so seorang jelah yang pergi. Yang anak buah yang pergi UiTM tu sebenarnya yang paling berminat dengan kursus-kursu bakeri ini. Tapi apakan daya, tak der rezeki dia untuk menimba ilmu kat sini.

BTW, kursus ini bukanlah lama sangat pun. Dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang jer.Kami telah dipecahkan kepada 3 kumpulan. Sebenarnya kami lambat sampai. Pukul 9.40 pagi baru sampai dan main masuk jer dalam group ke 3. Nasib baik group tu ada 3 orang jer so campur kami adalah dalam 5 orang. Okeylah tu.

Macam dijangka peserta semua perempuan dan nasib baik cikgu kami adalah cikgu lelaki dan pembantu dia 2 orang pelajar Giat Mara lelaki. Tak ler rasa macam terasing sangat. Ahli kumpulan 3 terdiri daripada saya, Kika (my niece), Nafizah,  Kak Liza dan Kak Faridah. Ok-ok jugak dorang nie. Enjoy jer buat biskut tu. 

Kami diajar untuk buat 3 jenis biskut iaitu:

1. Biskut Pertama - Biskut Y
Biskut yang paling senang. Gunakan 3 bahan sahaja. Simple dan sedap.

2. Biskut Kedua - Famos Amos.
Bahan-bahan dia banyak tapi senang jer nak buat. Jenis kuih drop jer.. sng jer nak bentuk. Masuk dalam sudu dan tenyeh kat dulang bakar & letak satu chip coklat kat atas sebagai hiasan.

3. Biskut Ketiga - Biskut German
Senang jugak tapi tak berapa sedap sangat. Dia pakai tepung kentang. Manis dan pahit sikit sebab pakai Chocolate emalcho.

Lepas dah gedebak gedebuk buat 3 biskut tu. Pukul 1 petang lebih kurang kami pun balik. Oh.. ya yang bestnya kami boleh bawak balik biskut yang kami buat. Tiada apa-apa bayaran pun yang dikenakan. Bestkan. Bersyukur sangat. Bulan puasa ini bolelah cuba untuk buat untuk Biskut Raya nanti.

0 comments: