Pages

Tuesday, June 17, 2014

Angin dan Naik Angin

Angin (Jawi: اڠين) ialah udara yang bergerak yang diakibatkan oleh putaran bumi (kesan Coriolis) dan juga pemanasan tidak sekata permukaan bumi yang mengakibatkan perbezaan tekanan udara(tekanan tinggi ke tekanan rendah) di sekitarnya. Masa dan skala angin berbeza-beza, dari bayu setempat selama beberapa minit hinggalah angin sejagat selama beberapa hari.

Naik Angin
Maksud: Terlalu marah.
Contoh Ayat: Dia naik angin apabila kawan-kawan mengusiknya.



Itulah yang terjadi ke atas saya semalam. Tetiba jer saya naik angin apabila urusetia hari keluarga di pejabat saya longgokkan pelbagai benda kepada saya. Khemah, meja dan handle train nak ke tapak family day. Lagi 4 hari sahaja. Meeting tidak, lantik pun pakai e-mel sahaja. Mana tak anginnya. Terus pi toilet dan ambil wudhu untuk solat asar. Redalah sikit anginnya..

0 comments: