Pages

Thursday, August 1, 2013

Coretan di Bumi Mahsuri

Oh.. Kali ini saya hendak bercerita mengenai segmen Catatan Perjalanan. Walaupun cerita ini agak basi sedikit tapi nak jugak cerita. Cerita bulan April tu... Ha..ha.. My blog sukahati gua lah.Walaupun ada ke tidak spesies Homo Sapiens yang baca... 
Pisau tumpul kena Asah, Ada aku kesahh. Ahakksss..
Nak cerita pasal pelancongan bersama famili di Bumi Mahsuri... Ha..ha.. bukan jauh pun.. Tak nak cerita lebih-lebih. Nak gebang sikit mengenai kereta kabel yang menjadi daya tarikan pelancong. Sebab lain-lain yang kat Langkawi tu dan biasa sangat dan panjang sangat pulak nak cerita.

Saya ke Langkaawi bersama famili isteri (Mertua, Abang Ipar & Famili, Adik Ipar & Famili dan tentunya dengan famili sendiri. Total sekali 13 orang termasuk 3 orang kanak-kanak. Macam travel agent pulak gua masa nak check-inkan semua kat KLIA. Dapat naik flight MAS because MAS membuat promosi RM 130 seorang pergi dan balik. Murah kan? Menginap pula di TM Resort Langkawi. Walaupun resortnya ala-ala sendu tapi bolehlah.. Nak harga berpatutankan.. Boleh tampung semua dengan membooking 2 apartment yang ada 2 bilik.

Kami pergi menaiki kereta kabel di Langkawi pada hari terakhir. Disebabkan pada hari kedua iaitu Sabtu.. Ramainya umat.. Maklumlah cuti hujung minggu.. Kalau diikutkan kereta kabel langkawi ini saya dah naik sebanyak 4-5 kali. Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung Mat Cincang yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland. Kelas kau Maria..

Okay.. nak kisahkan sikit pasal gunung Mat Chinchang pulak. Gunung Mat Chinchang yang terletak di Langkawi, Kedah mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki). Gunung Mat Chinchang mempunyai Hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Okey gambar kat bawah merupakan gambar yang sempat disnap masa kat atas Gunung tu.. Orang rumah, mertua dan seorang adik ipar tak join..

Abang Ipar (Hashimi), Elman & Adik Ipar (Hisyam)

Elman ber'ultraman' di puncak gunung...

Saya, Abang Ipar (Hashimi), Wife Adik Ipar (Suzanna), Abang Ipar (Fadly) & Isteri (Mira)
Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad.Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004.Emmm... Panjang keseluruhan kabel telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.

Apa tu Hutan Dipterokarp Bukit?. Hutan ini ialah kawasan hutan yang terdapat di ketinggian antara 300 - 750 meter dari paras laut yang merupakan kelas hutan yang terluas di Semenanjung Malaysia. Spesies utama ialah pokok Seraya, pokok Keruing, dan pokok Meranti.

Petang tu sebelum kami ke Airport Langkawi untuk balik ke KLIA, sempat kami pi makan Laksa Ikan Seekoq kat Jalan Kuala Muda. Tepi pantai.. Laksa ikan seekoq ini disajikan dengan hirisan cili merah, bawang dan telur rebus dan kami berpeluang menikmati seekor ikan rebus tambahan dalam setiap pingan.  Ditambah pulak dengan minuman air kelapa muda.. best sangat.

Laksa Ikan Seekoq (gambar ehsan dari website lain - lupa nak snap)
Flash back sikit. Malam sebelum tu kami makan malam dekat Bamboo Beach Restaurant yang terletak di Penarak Langkawi.Tempatnya memang strategik sangat, sunyi, aman dan tenteram. Jauh dari kesibukan kota. Lokasinya ditepian pantai, ala-ala restoran terapung tapi agak malap. Yang bestnya di sini ialah masakan seafoodnya sama ada di bakar atau dimasak.. Yang best lagi abang ipar yang belanja. He..he...
Bamboo Beach Restaurant - Gelap kan??
Selain itu kami sempat ber'island hopping' dan melawat ke MARDI Langkawi Agro Technology Park.  Okeylah... tu jer nak bercerita kali nie.. Chow dulu...



0 comments: