Semalam saya sekeluarga ke Taman Botani Putrajaya. Tidak lama sekejap jer. Adalah dalam 30 minit. Lagipun hari hendak hujan. Sedikit cerita pasal taman Botani nie.
Taman Botani terletak di bahagian Utara Presint 1. Ia telah direkabentuk sebagai sebuah Arkadia atau sanktuari kebangsaan untuk koleksi taksonomi tumbuh-tumbuhan dan juga sebagai pusat pembelajaran dan kajian. Taman botani ini mempunyai lebih daripada 700 spesis tumbuhan dari benua-benua yang berbeza di dunia. Ia berfungsi sebagai kawasan perlindungan dan pusat pembelajaran dan kajian bagi khazanah negara Malaysia. Ia mempunyai 13 buah taman tema. Ia mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai salah sebuah daripada 40 buah taman tercantik di Asia.
Menarik dan teruja. Cantik. Tidak sangka pula ada senibina Morocco kat sini. Oh ya kalau nak masuk ke Moroccan Pavillion kena bayar RM3.00. Kami tidak masuk pun. Cuma berjalan-jalan di laman pancutan air tu jer... Banyak lagi kawasan yang tidak sempat kami lawati. Mungkin di lain kunjungan. Anak saya sangat suka. Melompat-lompat dia berlari.
Okey ini gambar yang sempat saya ambil semasa berkunjung di sana.

0 comments:
Post a Comment