Perubahan besar telah berlaku di DUN dan Parlimen tempat saya mengundi. Selamat berkhidmat kepada yang menang bertanding. Kepada yang kalah terima kasih atas segala jasa yang diberikan dan berusaha lagi menambah keyakinan pengundi untuk memilih tuan dalam masa 5 tahun lagi.
![]() |
| Kawasan DUN Bukit Baru - Bertanda Hijau (PAS) |
![]() |
| Kawasan Parlimen Bukit Katil - Bertanda Biru Muda (PKR) |
Pengalaman Mengundi
1. Seronok dapat berhimpunan beramai-ramai secara sah.
2. Dapat jumpa kawan-kawan lama dan saudara-mara yang jarang-jarang sekali dapat berjumpa di tempat mengundi.
3. Dapat masuk kawasan sekolah yang tiada sebab nak masuk selama ini.
4. Pengalaman yang diperolehi dalam masa 5 tahun sekali sahaja.
5. Dapat melihat gelagat peraih undi yang over
6. Dapat bersama-sama bersorak di dalam kereta sewaktu melintasi pondok panas di tepi jalan raya untuk memprovokasi peraih... haaa..haaa.. part nie yang saya suka....
Namun yang penting adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat malaysia untuk menunaikan amanah kita untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak dan tanggungjawab pemimpin yang telah dipilih pula adalah amanah yang besar yang perlu dipikul.
Walau bagaimanapun fahaman atau ikutan politik kita namun kita perlu mengukuhkan tali persaudaraan seperti firman Allah S.W.T dalam surah Ali Imran ayat 103 yang bermaksud “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni`mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu,lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”
Selamat Berkhidmat YB dan Terima Kasih Kepada Bekas YB serta Calon YB

